Mana-mana negara multi-etnik pasti akan menghadapi masalah semangat “regionalism” yang membawa kepada pemisahan (“separatism” atau “secessionism”). Sepanyol pun tidak terkecuali.

Mungkin ramai anggap Sepanyol sebuah negara “homogeneous” (satu bangsa), tapi sebenarnya Sepanyol adalah sebuah negara multi-etnik hasil gabungan beberapa entiti seperti Castile-León, Aragon, Navarre/Basque (di utara), Galicia dan Granada.

Setiap entiti ini pada asalnya mempunyai kerajaan, undang-undang dan bahasa sendiri. Orang Catalonia (Catalan) bertutur dalam Bahasa Catalan (“Català”), orang Galicia bertutur dalam “Galego”, orang Navarre/Basque dalam “Euskera”, orang Aragon dalam “Aragonés”. Bahasa yang dikenali sebagai “Spanish” (“Español”) atau Bahasa Sepanyol baku merupakan Bahasa “Castellano” yang ditutur oleh orang Castile.

Cara mengeja “Catalonia” pun berbeza: dalam Bahasa Sepanyol baku ia dieja sebagai “Cataluña”, dalam Català dieja sebagai “Catalunya”.

Dalam sains politik, negara bangsa disifatkan sebagai sebuah “imagined community” di mana penduduknya berimaginasi bahawa mereka berkongsi identiti yang sama. “Popular nationalism” penting bagi mewujudkan naratif yang boleh membuat manusia daripada pelbagai latar belakang berimaginasi bahawa mereka merupakan satu bangsa yang berkongsi satu destini. Identiti kebangsaan ini tidak wujud di kalangan orang Sepanyol kerana gerakan “popular nationalism” tidak wujud dalam sejarah Sepanyol seperti di Jerman dan Itali. Jadi, masing-masing setia dengan identiti tempatan yang asal.

Catalan pada asalnya bernaung di bawah pemerintahan Aragon. Pada tahun 1469, Raja Aragon iaitu Ferdinand II berkahwin dengan Ratu Isabella daripada Castile, maka terbentuk kesatuan (“dynastic union”) antara Castile dan Aragon. Kesatuan tersebut merupakan asas negara baru bernama Sepanyol atau “España”.

Catalan tak berapa suka kesatuan tersebut. Mereka anggap Castile terlalu dominan. Mereka rasa dieksploitasi oleh Castile dari segi ekonomi. Sentimen ini berlarutan dan akhirnya mencetuskan beberapa pemberontakan Catalan seperti “War of the Reapers” (1640-1652) dan “Revolt of the Barrentines” (1687-1689). Semua tidak berjaya.

Pada tahun 1714, Raja Philip V daripada Dinasti Bourbon di Perancis telah menguasai Sepanyol. Philip V rasa serabut dengan sistem “dynastic union”, maka dia memperkenalkan pemusatan kuasa ala Perancis melalui undang-undang “Decretos de Nueva Planta”. Undang-undang dan bahasa tempatan termasuk Catalonia dimansuhkan. Bahasa Castile ditabalkan sebagai bahasa rasmi. Ini menimbulkan “resentment” di kalangan Catalan dan semangat untuk mendirikan negara berasingan menjadi semakin jelas.

Semangat pemisahan Catalan diperkuatkan lagi dengan pemerintahan pemimpin fasis bernama Francisco Franco dari tahun 1939 hingga 1975. Catalan ditindas kerana Catalonia dilihat sebagai sarang gerakan kiri seperti anarkis dan sosialis. Presiden kelab bola sepak FC Barcelona, Josep Sunyol dibunuh oleh rejim Franco pada tahun 1939 kerana terlibat dalam gerakan kiri. Corak jalur merah dan kuning atas logo FC Barcelona turut diharamkan kerana ia melambangkan bendera “Senyera” iaitu jata diraja Aragon. “El Clásico” (pertembungan pasukan FC Barcelona dan Real Madrid) bukan sekadar perlawanan bola sepak tapi juga “perang” antara Catalonia dan Castile.

Sebaik saja Franco meninggal dunia, Catalan berdemonstrasi menuntut hak autonomi. Catalonia diberi taraf “nacionalidad” (“nationality”) dalam Perlembagaan Sepanyol 1978, namun Catalan mahu lebih iaitu pengiktirafan sebagai “nació” (“nation”). Referendum kemerdekaan pernah diadakan pada 9 November 2014 dan lebih 80% Catalan telah menyatakan hasrat untuk merdeka, namun hasil referendum dinafikan oleh kerajaan pusat di Madrid kerana menurut perlembagaan, referendum hanya boleh diadakan oleh kerajaan pusat.

Memandangkan EU pun tidak sokong referendum Catalonia pada 1 Oktober nanti, nampaknya referendum kali pun tidak akan membawa apa-apa hasil, namun ia berfungsi sebagai satu kenyataan politik untuk terus menyemarak “Catalan nationalism”.

Kalau Kurdish dilihat sebagai “nation without a state”, maka Catalan boleh dianggap sebagai “nation within a state”. Pembentukan dan pengekalan identiti kebangsaan bukan sesuatu yang mudah. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia akan jadi bom jangka yang boleh “destabilize” masyarakat dan negara.

Bacaan lanjut:
Alice Smith, The Origins of Catalan Nationalism, 1770-1898 (2014).
Joseph R. Llobera, Foundations of National Identity: From Catalonia to Europe (2004).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply