Mereka yang membesar pada era 90-an pasti pernah menonton filem “Scream” yang ditayangkan sekitar tahun 1996/1997. Filem unik yang mengubah lanskap filem thriller dan seram menggabungkan unsur black comedy dan puzzle memberikan kelainan buat peminat filem genre ini ketika itu.
Secara ringkasnya “Scream” menceritakan kisah seorang pelajar sekolah tinggi yang menjadi sasaran seorang pembVnVh misteri bertopeng dan berkostum digelar Ghostface. Namun tahukah anda, filem ini diadaptasi daripada kisah pembVnVhan sebenar? Apa yang akan dipaparkan kepada anda, adalah kisah “The Gainesville Ripper” yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat awal 90-an dahulu dengan watak utamanya, Danny Rolling.
Danny Rolling dilahirkan pada tahun 1954 di sebuah pekan kecil Shreveport, Louisiana. Ibunya, Claudia berusia 19 tahun pada ketika itu, berkahwin dengan bapanya, James seorang pegawai polis yang merupakan veteran Perang Korea yang mengalami PTSD (post-traum4tic stress disorder) dan juga mewarisi masalah mental.
Hilang kewarasan, kawalan dan bertindak ganas, James seringkali bertengkar dengan Claudia sehingga menyebabkan Danny dan adiknya Kevin terkesan dengan perbuatan ibu dan bapa mereka. Mereka berdua menjadi tempat luahan kata-kata kesat dan tidak kurang juga serangan fizikal ke atas mereka ketika mereka membesar.
Danny cuba mengubah suasana ganas yang menghantui hidupnya dengan melibatkan diri dalam bidang seni dan muzik, bertemankan sebuah gitar sebagai hadiah yang diterima ketika Krismas pada usia 15 tahun yang dianggapnya sebagai “kenangan terindah zaman remajanya”. Danny juga pernah beberapa kali cuba untuk membVnVh diri sebagai jalan penyelesaian kepada masalahnya, namun gagal.
PERMULAAN KEPADA R0MP4KAN BERSENJATA DAN KELUAR MASUK PENJARA
Selepas dibuang daripada Tentera Udara US pada 1972 kerana penyalahgunaan dadah, Danny tinggal bersama datuknya dan buat seketika, mendapati hidupnya sedikit tenang melalui kehadirannya ke gereja. Dia berkahwin dengan seorang wanita bernama O’Mather Halko, dengan dikurniakan seorang anak perempuan, tetapi kehidupan rumah tangganya berakhir dengan tragis yang membawa Danny bertindak ganas kepada isterinya sepertimana yang ditempuhnya ketika zaman kanak-kanak melihat bapanya bertengkar ibunya.
Setelah berpisah, kehidupan Danny semakin teruk. Dengan tabiatnya yang sebelum ini ditambah pula dengan kemunculan bayangan yang didakwa mengganggunya, Danny mer0gol seorang wanita yang dianggap mirip kepada bekas isterinya dan dia juga terlibat dengan beberapa kes r0mp4kan bersenjata di bahagian Selatan Amerika Syarikat, menyebabkan penahanannya di penjara Jackson, Georgia pada 1979.
Tahun-tahun 80an, Danny sering keluar masuk p3njara kerana keterlibatannya di dalam aktiviti r0mp4kan bers3njata di Alabama dan Mississippi. Masanya banyak dihabiskan dengan mengembara ke seluruh negeri dengan aktiviti mencvri dan juga mendekati wanita.
Kembali ke Shreveport pada November 1989, Danny telah dipecat daripada kerjanya di sebuah restoran. Pada malam yang sama, Danny mem3cah masvk ke sebuah rumah dihuni oleh Julie (24 tahun), anak saudaranya Sean (8 tahun) dan bapa Julie, Tom (55 tahun) sebelum membVnVh mereka.
Pada Mei tahun berikutnya, Danny telah bertengkar dengan bapanya, James hingga menyebabkan James dit3mbak oleh Danny pada bahagian perut dan kepalanya. Walaupun James terselamat dalam insiden itu, James kehilangan sebelah mata dan telinganya, sebelum berpindah ke Kansas dan Florida, dan berakhir di Gainesville.
PEMBVNVHAN KEJAM LIMA PELAJAR DI GAINESVILLE.
Pada 1990, Danny membina sebuah tapak perkhemahan di kawasan belukar berhampiran University of Florida. Di sinilah bermulanya siri pembVnVhannya tatkala pelajar memulakan semester musim luruh mereka.
Pada 24 Ogos, Danny menceroboh kediaman pelajar baru Christina Powell dan Sonja Larson, men!kam dan mer0gol m4ngsanya. Keesokannya, Danny menjadikan pelajar Kolej Komuniti Santa Fe, Christa Hoyt sebagai m4ngsa seterusnya, dengan mem!sahkan kepala m4ngsanya di atas rak menghadap jas4dnya yang tidak berny4wa di katil.
Pada 27 Ogos, pembVnVh muncul di rumah pelajar University of Florida, Manuel Toboada dan Tracy Paules, kedua-duanya berusia 23 tahun. Toboada, seorang pemain futbol, cuba mempertahankan diri daripada Danny dengan melawan, namun akhirnya mereka berdua tewas dan mayat mereka dirobek dengan ganas oleh Danny.
DANNY DIKENAKAN HUKUMAN SELEPAS DUA TAHUN INSIDEN BERLAKU
Selepas Danny meninggalkan bandar tersebut, sebuah pasukan ditubuhkan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden mengerikan yang telah menggemparkan penduduk itu. Pihak berkuasa mengesyaki suspek, seorang pelajar UF yang tinggal berhampiran tempat kejadian dengan dua pelajar yang dibVnVh itu, kerana dia menunjukkan kelakuan yang pelik dan ditahan kerana mencederakan neneknya.
Tetapi akhirnya suspek itu didapati menghidapi penyakit ‘acute manic depression’. Berikutan tiada bukti kukuh yang mengaitkan suspek dengan kejadian pembVnVhan itu, pasukan penyiasat telah menggantung siasatan.
Namun, sebenarnya pembVnVh utama sudah pun berada di dalam penjara. Pada September, Danny melakukan r0mp4kan bersenjata di kedai runcit Winn-Dixie, di pekan Ocala, Florida sebelum tertangkap apabila keretanya dilanggar pihak berkuasa.
Sehingga tahun berikutnya, barulah pasukan penyiasat mengambil sampel DNA Danny daripada giginya untuk mengaitkannya dengan bukti DNA yang diperoleh pada tempat kejadian Gainesville, yang menjadikan Danny sebagai suspek utama.
Dengan pelbagai hukvman yang telah dikenakan sebelum ini atas kesalahan-kesalahan r0mp4kan, akhirnya Danny telah dibicarakan dan diberi hukuman secara rasmi atas kejadian pembVnVhan pelajar di Gainesville pada tahun 1992.
DANNY MENDAKWA DIA DIPENGARUHI ‘SESEORANG’ BERNAMA “GEMINI”
Pada Februari 1994, Danny mengubah pengakuan kepada ‘bersalah’. Untuk mengesahkannya, pihak juri telah mendengar testimoni daripada ibunya, yang menjelaskan kekerapan kec3deraan yang diterima oleh defendan daripada bapanya dan juga dapatan daripada pakar psikiatri yang menggambarkan satu personaliti bernama “Gemini” yang mendorong dia melakukan tindakan sadis.
Pengesahan daripada dua orang psikiatri menunjukkan tingkahlaku dia sebagai ‘severe personality disorder’, namun mengakui bahawa Danny tahu dan sedar akan jenayah yang dilakukannya. Pihak juri telah mendapati beliau bersalah terhadap 5 kes di Gainesville tersebut dan dijatuhkan hukuman m4ti.
Rayuannya untuk meringankan hukvman ditolak, dan akhirnya PembVnVh Gainesville ini menjalani hukuman di Penjara Negeri Florida pada 25 Oktober 2006. Pada saat-saat terakhirnya, dia sempat memetik ayat-ayat kitab yang pernah dimainkan ketika masa kecilnya saat mendapat gitar pertama beliau. Sambil disaksikan oleh 47 orang di hadapan bilik hukuman, Danny mendendangkan ayat-ayat tersebut sebelum diberikan suntikan m4ut sebagai hukuman.
RUJUKAN:
Ott, T. (2019). Danny Rolling: The True Story Behind the K!ller Who Inspired ‘Scream’. Biography. https://www.biography.com/news/danny-rolling-scream-k!ller-gainesville
DeLong, W. (2018, December 19). The True Story Behind The Three-Day Mvrder And Mvtilation R4mpage That Inspired ‘Scream’. Retrieved from https://allthatsinteresting.com/danny-rolling-gainesville-r!pper
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih