Korea Utara ini memang kita sedia maklum bahawa negara berkiblatkan komunis ini terkenal dengan peraturan yang ketat dan ketaksuban rakyat kepada pemimpin dinasti Kim ini.

 

Tapi, ada satu kes ni agak pelik sampai kerajaan sendiri pun tak tahu apa yang perlu dibuat. Kes yang saya maksudkan ini ialah kes Matthew Todd Miller, banduan lelaki dari AS yang taknak dirinya dibebaskan dari penjara Korea Utara.

 

Cerita pasal kisah hidup Miller, dia lahir di kota Bakersfield, California dan anak bongsu dari empat orang adik beradik keluarga Miller, di mana ayahnya bekerja sebagai jurutera petroleum. Pada tahun 2010, Miller melawat abangnya di Korea Selatan yang bekerja sebagai tentera udara yang menerbangkan F-35.

 

Di sana, Miller bekerja sebagai pengajar dan belajar bahasa Korea. Nampak macam kehidupan biasa, kan? Tapi mengikut laporan, Miller begitu obses dengan Korea Utara dan mengambil keputusan untuk pergi ke sana.

 

Sampai di Korea Utara pada 10 April 2014, Miller pergi ke sekumpulan pegawai yang bertugas dan mengoyakkan visanya di depan mereka. Lepas tu, dia nak politik suaka, iaitu meminta perlindungan dari ditindas oleh kerajaan asal.

 

Pada mulanya dia meminta dirinya dipenjara. Pegawai yang bertugas itu tidak mahu dan meminta Miller kembali ke negaranya semula. Miller risau dan mulakan langkah yang agak drastik, iaitu bagitau yang dia ada maklumat sulit tentang kerajaan AS.

 

 

Jadi, Miller ditahan kerana melakukan tindakan yang mencurigakan. Siap dibicarakan lagi di mahkamah pada 14 September 2014. Setelah banyak kali disoal, akhirnya Miller memberitahu niat sebenarnya, iaitu mahu merasa dirinya dipenjara dan bergaul dengan orang Korea Utara yang nak memandangnya tidak hanya sebagai pelancong. Pada akhir perbicaraan, Miller mendapat hukuman buruh kasar selama 6 tahun.

 

Lepas lapan bulan dipenjara, Miller dibebaskan dan dibawa ke AS setelah Miller meminta bantuan keluarga Barrack Obama (presiden AS ketika itu) melalui surat yang dia tulis.

 

Begitulah kisah seorang lelaki AS yang telah ‘mencapai impiannya’ iaitu dipenjara di Korea Utara. Ramai berspekulasi akan tindakan Miller, sama ada dia ni perisik negara atau saja buat benda menyusahkan negara dinasti Kim ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply