Selepas kekalahan Empayar Uthmaniyah dalam P3r4ng Dunia Pertama, Kerajaan Jawatankuasa Kesatuan dan Kemajuan atau C.U.P. yang telah dibubarkan dalam satu kongres yang diadakan pada bulan November 1918 dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Satu kumpulan mula bekerjasama dengan golongan aristokrat dan Sultan Uthmaniyah, sebahagian pemimpin C.U.P. dari kalangan anggota Turki Muda telah melarikan diri keluar negara kerana bimbang akan dihvkum oleh Mustafa Kemal Pasha, dan kumpulan ketiga adalah golongan yang menyokong dan menyertai P3r4ng Kemerdekaan Turki.

Kumpulan yang terakhir ini walaubagaimanapun terbahagi pula kepada dua kumpulan dengan matlamat yang sama tetapi impian berbeza. Satu kumpulan yang ingin mebina kembali sistem imperialis di bawah Empayar Uthmaniyah selepas gerakan Nasionalis berjaya menuntut kemerdekaan, manakala satu kumpulan lagi bercita-cita tinggi mahu menubuhkan sebuah negara-bangsa yang baharu dengan ideologi Nasionalisme.

Pada bulan Januari 1922, gerakan aktivis rahsia bermula di Istanbul di bawah pimpinan Kara Kemal Bey bagi menubuhkan semula CUP, atau mungkin mengembali pemerintahan Turki Muda. Pada 29 November 1922, sebuah perjumpaan sulit diadakan di Istanbul oleh Kara Kemal Bey bersama beberapa anggota bekas kerajaan CUP dan para pemimpin Freemason. Kegiatan sulit ini tidak berhenti sehingga berlaku rundingan dengan Kiliç Ali Bey dan Ali Ehsan Bey yang dikirim ke Istanbul oleh Mustafa Kemal Pasha untuk menghalang penubuhan semula jawatankuasa tersebut.

Huseyim Cahit Bey, seorang wartawan dari CUP dan mantan perwakilan Istanbul menulis sebuah artikel sebelum Pemilihan Umum pada tahun 1923, beliau mengumumkan bahawa CUP tidak akan menyertai pemilihan tersebut. Huseyin Cahit Bey yang menerbitkan artikel bagi pihak bekas kerajaan yang telah jatuh itu dihvkum penjara seumur hidup di Çorum pada 7 Mei 1925 dan akhbar Tanin ditutup pada 16 April 1925.

Berikutan pemberontakan Sheikh Said terhadap kerajaan pusat pada Februari 1925, beberapa akhbar pembangkang ditutup berdasarkan Undang-undang Kestabilan Perintah yang dikeluarkan pada 4 Mac 1925, beberapa orang bekas anggota CUP menubuhkan Parti Republik Progresif pada 17 November 1924. Parti itu dipengerusikan oleh Kazim Karabekir Pasha, sebelum dibubarkan pada 3 Jun 1925 atas dakwaan “menyokong pemberontakan yang menghasut atas nama keagamaan”.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli parti itu masih diberi kebebasan untuk mengekalkan kehadiran mereka di dalam Majlis Nasional Agung Turki. Sebahagian anggota CUP yang tidak menyertai Parti Rakyat Republik selepas parti asal mereka dibubarkan, terus kekal di Istanbul sebagai gerakan sulit dengan sokongan lodge Freemason.

CUBAAN BVNVH TERHADAP ATATURK

Mustafa Kemal Pasha meninggalkan Ankara pada Mei 1926 dan mula melakukan jelajah menaiki kereta api ke beberapa bahagian negara itu, beliau tiba di Akhisar pada 8 Mei, kemudian ke Eskisehir dan Afyonkarahisar dan terus ke Konya sebelum melawat ke beberapa lagi wilayah lain. Ketika perhentiannya tiba di Balikesir pada 13 Jun, beliau merancang untuk melawat Izmir keesokan harinya.

Telegram yang membuktikan penglibatan suspek perancangan

 

Semasa berada di Balikesir, Mustafa Kemal menerima telegram dari gabenor Izmir iaitu Kazim Bey yang mengandungi maklumat bahawa dia akan dijadikan sasaran bvnvh di Izmir. Surat yang mendedahkan rancangan pembvnvhan yang disebut dalam telegram itu ditulis oleh seseorang yang bernama Giritli Sevli, salah satu individu yang berperanan dalam rancangan itu.

Setelah menghabiskan malamnya di Balikesir pada 15 Jun, Mustafa Kemal tiba di Izmir pada 16 Jun untuk meneruskan perjalanan yang belum selesai serta mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai apa yang berlaku.

Dalam perkembangan lain, pada 14 Jun, Perdana Menteri, Ismet Inonu Pasha juga telah mengetahui mengenai rancangan itu melalui telegram. Selepas Ismet Pasha menunjukkan telegram itu kepada jaksa dan hakim Tribunal Kemerdekaan, mereka memutuskan untuk menangkap kesemua pemimpin kanan Parti Republik Progresif, menggeledah kediaman mereka dan mengirim dokumen-dokumen yang ditemui ke Izmir.

Pihak polis Izmir segera mengambil tindakan untuk memburu individu yang namanya tertera pada telegraf berkaitan dengan rancangan pembvnvhan itu, individu pertama yang ditangkap adalah Ziya Hursit Bey di Hotel Gaffarzade bersama-sama dengan senj4ta api dan b0m yang disembunyikan dibawah katilnya.

Laz Ismail, Gurcu Yusuf dan Copur Hilmi ditangkap di Hotel Ragip Pasha dan Sari Efe Edip Bey ditangkap di Istanbul di Hotel Bristol.

Pelan pergerakan plot

Sebelum meninggalkan Ankara, perwakilan Tribunal Kemerdekaan telah memberikan perintah agar beberapa  bekas anggota CUP dan anggota Parti Republik Progresif yang sudah tidak hadir ke parlimen untuk ditangkap kecuali perwakilan Kastamonu, Halit Bey. Antara yang ditangkap adalah tokoh P3r4ng Kemerdekaan seperti Kazim Karabekir Pasha, Ali Fuad Pasha, Cafer Tayyar Pasha, Bekir Sami Bey, Rustu Pasha, Refet Pasha, serta bekas menteri kewangan, Mehmet Cavit Bey.

Hampir kesemua yang terlibat dalam plot pembvnvhan ini merupakan anggota Freemason, majoriti daripada mereka semua ini dihvkum gantung sampai m4ti. Terdapat pelbagai versi yang menjelaskan punca rancangan pembvnvhan ini tetapi amat sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi apabila pihak Mason sendiri pernah mendakwa bahawa Mustafa Kemal Ataturk juga adalah sebahagian daripada anggota Freemason di Turki. Jadi, adakah ini merupakan satu konflik dalaman di kalangan anggota Mason?

Tidak ada jawapan yang jelas untuk hal ini, tetapi apa yang pasti, memang benar Mustafa Kemal ketika menganggotai CUP yang dipenuhi dengan tokoh-tokoh revolusi Turki Muda dan anggota Freemason,  beliau dikatakan mungkin telah menyertai organisasi itu atas kepentingan tertentu, tetapi tidak menerima dasar-dasarnya. Versi yang lain mengatakan bahawa Mustafa Kemal tidak pernah menyertai Freemason tetapi beliau amat rapat dan dikelilingi oleh golongan berpengaruh dari lodge tertentu.

Ataturk adalah seorang yang idealis, beliau menolak gaya perlembagaan yang progresivisme kerana menganggap ia sebagai ejen barat. Maka Ataturk telah mengembangkan sistem sekularisme dengan ideanya sendiri tetapi mengecualikan legasi peninggalan Tanzimat era Uthmaniyah.

Grand Lodge Masonik Turki

Ataturk turut menolak beberapa institusi sayap dan akar umbi yang berasaskan Freemason seperti Rotarian. Pada dasarnya, ramai pihak menyangkakan tindakan Mustafa Kemal mengharamkan sebarang aktiviti Freemason di Turki adalah kerana ada hubungan dengan cubaan bvnvh terhadapnya, namun ianya tidak masuk akal walaupun ada kemungkinan kecil.

Punca utamanya mungkin kerana keengganan cabang Freemason di Turki menyokong dasar reformasi yang dilaksanakan Ataturk. Mereka juga mendakwa tindakan Ataturk menutup Grand Lodge Turki sebagai tidak mengikut prosedur undang-undang.

FREEMASON DI TURKI

Sejarah gerakan Freemason di Turki boleh dijejak pada awal abad ke-18. Sebahagian besar gerakan Masonik pada waktu itu masih terbatas di peringkat lodge yang berada di bawah bidang kuasa Grand Lodge asing, ketika itu belum ada Grand Lodge yang bebas di Turki.

Sultan Murad V

Semuanya berubah pada tahun 1856 apabila Grand Lodge Turki yang pertama ditubuhkan. Ramai tokoh terkenal Turki Uthmaniyah yang menganggotai lodge Freemason di Turki, termasuklah Sultan Murad V yanf menjadi sultan Uthmaniyah yang pertama dan terakhir menjadi anggota Freemason.

Namun, selepas Murad V diturunkan takhta tiga bulan kemudian, Grand Lodge yang pertama ini ditutup dan diharamkan oleh penerus Murad, iaitu Sultan Abdulhamid II.

Grand Lodge Turki dihidupkan kembali pada tahun 1909 di Istanbul semasa Uthmaniyah berada di bawah pentadbiran kerajaan CUP, tetapi oleh kerana pergerakan Grand Lodge dijadikan pusat operasi rahsia Freemason, ia sekali lagi ditutup pada tahun 1922 dan hanya dibuka sekali lagi pada 1925.

Ekoran peristiwa cubaan bvnvh terhadap Mustafa Kemal Ataturk, terdapat banyak lodge Freemason di Turki yang menghadapi penindasan dan  dlskrlminasi dari segi perundangan, beberapa anggota lodge yang terlibat dalam plot cubaan bvnvh terhadap Ataturk termasuklah bekas menteri kewangan telah dihvkum bvnvh.

Mehmeh Çavit Bey

Kemuncak kepada perseteruan di antara golongan Kemalis yang berjiwa nasionalis dengan anggota Freemason di Turki berlangsung secara sulit, hinggalah membawa kepada penutupan dan pengharaman sepenuhnya Grand Lodge dan sebarang aktiviti atau perjumpaan melibatkan Freemason pada tahun 1935 di atas perintah peribadi Ataturk.

Nama Ataturk pernah didedahkan sebagai anggota salah satu Lodge Mason bernama Rissorta Lodge No. 80 di Thessalonika yang dipantau oleh Grand Orient Perancis. Tetapi, sumber yang didedahkan itu telah dipersoalkan kerana tidak disahkan oleh sumber berdokumen yang lain, sekiranya Ataturk pernah menganggotai Lodge tersebut, mereka harus menunjukkan tanda tangan atau surat akuan sumpah dari Ataturk sendiri.

Apa yang boleh disimpulkan, Mustafa Kemal Ataturk mungkin seorang anggota atau bekas anggota Freemason, dan mungkin beliau tidak menganggotai organisasi itu, tetapi apa yang jelas adalah beliau dikelilingi oleh golongan Masonik. Namun Ataturk berjaya menyingkirkan mereka seorang demi seorang sehingga menghentikan terus aktiviti Mason di Turki.

ATATURK ISLAMOFOBIA?

Mungkin kita boleh memandang Ataturk dari dua sudut pandangan berbeza iaitu sebagai pegawai t3nter4 Turki Uthmaniyah dan sebagai bapa kemerdekaan Turki. Dia juga sering dirujuk mengikut nama yang berbeza dalam kedua-dua zaman ini, iaitu Mustafa Kemal Pasha adalah seorang pegawai t3nter4 Uthmaniyah yang patriotik dan berjaya mengalahkan pencerobohan Brirish dan sekutu di Galipolli.

Mustafa Kemal Ataturk pula adalah seorang yang agak rumit untuk dinilai, bagi golongan sekularis/Kemalis, Ataturk berjasa besar dalam membuka jalan demokrasi dan menggagalkan cubaan penj4jahan barat terhadap Turki. Namun sebahagian yang lebih konservatif pula sering mengkritik beliau kerana sikap Islamofobia yang ketara.

Ataturk mengaminkan doa semasa merasmikan bangunan Majlis Nasional Agung Turki

Walaubagaimana pun, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham, sebagai seorang yang tidak beribadat dan agak jahil dalam agama, Ataturk sebenarnya bukanlah terlalu ketara membenci Islam kerana sebagai pemimpin sekular, dia masih membenarkan ibadat diamalkan, namun hanya laungan azan yang ditukar kepada bahasa Turki.

Manakala kaum lelaki tidak dibenarkan memakai topi Fez tradisi Turki, tetapi dia tidak menghalang kaum wanita yang berhijab. Larangan berhijab hanya dilakukan pada tahun 1980 selepas cubaan rampasan kuasa, dan ia bukanlah melarang wanita dari berhijab tetapi larangan itu hanya dikenakan di tempat-tempat tertentu seperti mahkamah, sekolah dan bangunan kerajaan.

Bahkan, Ataturk juga pernah mahu mengekalkan sistem kekhalifahan namun dalam konteks yang memisahkan pemimpin Islam dari pentadbiran negeri, tetapi Khilafah turut dimansuhkan berikutan ancaman pemberontakan dari golongan Islamis Arab dan Syria. Jelas disitu bahawa kebencian peribadi Ataturk bukanlah terhadap Islam, tetapi terhadap bangsa Arab.

Apa yang lebih menarik, walaupun Ataturk adalah seorang kaki botol, kuat merokok dan gemar berfoya-foya, beliau dikatakan sangat pantang jika seseorang yang beragama Islam menegur beliau tanpa menyebut “Assalamualaikum”. Ataturk sendiri juga sudah terbiasa dengan amalan memberi salam cara Islam itu walaupun beliau tidak beribadat.

Ismet Inomu

Tindakan Ataturk mengharamkan aktiviti Freemason di Turki telah mengundang pelbagai persepsi. Ini kerana Freemason memiliki rekod penglibatan yang agak besar dalam pembentukan beberapa buah negara bangsa yang moden termasuklah Republik Turki. Seluruh bekas anggota lodge Freemason Turki terpaksa menghadapi dlskrlminasi untuk baki tiga tahun lagi sebelum kem4tian Ataturk.

Selepas kem4tian Ataturk, Freemason dihidupkan kembali oleh Ismet Inonu dalam jangka masa yang singkat sebelum Grand Lodge dibuka kembali sepenuhnya pada tahun 1956 dan terus kekal hingga ke saat ini.

Menjelang tahun 2020, terdapat sekitar 17,000 anggota Freemason yang bernaung dengan 158 buah Grand Lodge di seluruh dunia, Grand Lodge of Turkey adalah Grand Lodge Masonik yang terbesar di Turki.

RUJUKAN:

Yelbasi, Caner. (2019). Taking r3venge: the insvrgency and ass4ssination attempt by the 150s. The Circassians of Turkey: W4r, Vi0lence and Nationalism from the Ottomans to Atatürk. Bloomsbury Publishing


Kalau anda berminat membaca sejarah-sejarah Uthmaniyyah, kami nak cadangkan buku terbaru kami iaitu Uthmaniyah Di Hujung Jari yang boleh dibeli dengan Soviet Di Hujung Jari di webstore kami. Pautan: t.ly/a74N atau klik gambar ini. Atau klik terus gambar bawah ni!

http://t.ly/a74N

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.