Pada suatu masa dahulu, di Empayar Parsi, terdapat sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang Raja yang bernama Shahryar.
Shahryar mempunyai seorang isteri yang merupakan pemaisuri untuk kerajaannya itu. Satu hari, Shahryar pergi keluar berburu. Ketika dah keluar, dia teringat bahawa dia tertinggal satu peralatan berburu.
Dia pun balik ke istana nak ambil peralatan tersebut. Tiba-tiba dia ternampak isterinya berlaku cu.ra.ng bersama seorang pegawai istana.
Shahryar kemudiannya kecewa dan sangat sedih. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke istana kerajaan adiknya, Shahzaman di Samarkand. Setibanya dia ke situ, adiknya tidak ada di istana.
Tapi, dia ternampak adik iparnya (isteri Shahzaman) juga berlaku cur.an.g macam isteri dia buat.
Sejak itu, dia pun macam “ah, perempuan semua sama.” Dan dia bertekad untuk tak percaya lagi dekat mana mana wanita.
Maka, dia mula jalankan misi gila dia tu. Shahryar akan berkahwin dengan wanita-wanita di kerajaannya dan memb.un.uh mereka sejurus selepas malam pertama pada waktu subuh.
Wanita-wanita di kerajaan itu pun takut jika diseru oleh Shahryar untuk mengawini dirinya. Nak lawan, Shahryar ni pemerintah. Nak taknak kena akur.
Sampailah ada seorang wanita ini yang bernama Shahrazad, yang merupakan anak kepada salah seorang wazir di kerajaan itu, Jaafar.
Shahrazad ni lain dari wanita lain. Dia menawarkan dirinya untuk mengahwini dengan Shahryar dan tak takut untuk dihukum b.un.uh seperti yang dialami oleh wanita-wanita sebelumnya.
Malam selepas perkahwinan pun tiba. Seperti kebiasaan, menjelang subuh wanita yang mengahwini Shahryar akan dihukum b.un.uh. Motif? Tak tahu. Kepuasan la kot.
Tapi Shahrazad ni licik sikit. Dia minta dekat suaminya satu permintaan. Iaitu dia hendak cerita akan sebuah kisah sebelum dia dib.un.uh. Shahryar pun melayan.
Bila nak menjelang subuh sahaja, Shahrazad akan membuatkan ceritanya tergantung pada klimaks. Dia berjanji akan menyambung cerita tersebut pada malam yang berikutnya. Secara tidak langsung hukuman b.unu.h yang patutnya dijatuhkan ke atasnya ditanggukan.
Kalau kita pun tengah klimaks mesti nak tahu sambungan kan? Haa macam tu la Shahryar.
Dan perkara ini berlanjutan hingga ke malam-malam yang seterusnya sehingga kisah-kisah yang diceritakan oleh Shahrazad ni menjadi cerita berbingkai (cerita dalam cerita). Shahrazad menceritakan kisah-kisah ini hinggalah sampai ke malam ke 1001.
Ada pendapat menyatakan 1001 tu cuma perumpamaan nak cakap yang banyak malam dihabiskan untuk Shahrazad cerita kisah-kisah ni.
Tapi ada juga yang berpendapat 1001 ni memang betul-betul hingga ke malam ke 1001.
Shahrazad dan Shahryar telah pun dikurniakan 3 orang anak lelaki dan pada malam ke 1001 tu akhirnya Shahrazad beritahu kepada Shahryar bahawa bukan semua wanita sama.
Masih ada wanita yang sanggup setia. Perkara ini membuatkan Shahryar tersedar dan tidak lagi melakukan pemb.unu.han ke atas wanita.
Antara kisah yang terkenal dari 1001 malam ni ialah Aladdin, Ali Baba dan 40 penyamun
Artikel dikirimkan oleh ajmalowski untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih