Bagi yang pernah tonton anime atau baca komik One Punch Man, pastinya anda kenal dengan lelaki ini.

Dengar sahaja nama dia, musuh akan mengelak untuk melawan dia. Riak wajahnya yang mengerunkan sudah cukup untuk membuatkan musuh lari lintang pukang. Tiga kesan calar yang memanjang pada mata sebelah kanannya sebagai bukti pertarungan lalu menambah rencah kegerunan pada musuh-musuh.

King hanya berdiri tegak dihadapan musuh dan mengeluarkan aura mengancam kepada musuhnya.

Apabila King bersedia untuk bertempur, satu bunyi detakan kuat akan kedengaran. Ianya diberi nama King Engine. Khabar angin mengatakan bunyi itu mampu mengegarkan bumi. Dan pastinya, musuh yang terdengar bunyi itu akan lari lintang pukang ketakutan.

Salah seorang hero yang tidak kurang hebat dalam siri anime ni, Atomic Samurai pernah cuba nak bertarung dengan dia ni. Pengakhiran perlawanan itu ialah Atomic Samurai mengakui kehebatan King.

*dari komik, anime belum ada lagi pertarungan ni.

Sebenarnya, lelaki ni tak kuat mana pun. Dia langsung tak pernah bertarung.

Bunyi detakan yang kedengaran semasa dia berhadapan dengan musuh ialah bunyi degupan jantungnya yang sedang ketakutan. Kadar degupan jantung semasa manusia ketakutan atau perasaan berdebar-debar sama seperti selepas bersenam, 100-120 degupan seminit.

Aku suka dia ni, walaupun dia sedang ketakutan berhadapan musuh. Dia sentiasa berjaya mengawal keadaan dan berfikiran rasional. Dia masih mampu mengawal pernafasan dan aliran darah tubuh membuatkan degupan jantungnya kedengaran dalam ritma yang stabil. Penampilannya dengan reaksi wajah dan renungan tajam masih mampu dikekalkan dalam situasi itu.

Walaupun kadang-kadang dia cuma bernasib baik.

Semasa dia bertarung Atomic Samurai, King berdiri bersahaja dihadapannya. Atomic Samurai teragak-agak untuk menyerang kerana memikirkan adakah King sedang memasang merangkap dengan membiarkan setiap inci tubuhnya terbuka untuk serangan.

Akhir pertarungan, King telah menggunakan pedang untuk memotong sebiji epal dan Atomic Samurai mengakui kehebatan King.

*kena tengok sendiri apa yang terjadi semasa King memotong buah epal tu.

Kata seorang pakar dalam bidang kelakuan manusia, Dr. Gail Gross dalam satu artikel, kekal tenang dalam situasi genting mampu menyelamatkan nyawa. Ianya akan membuatkan manusia kekal berfikiran rasional dan menjadi lebih kreatif untuk mencari jalan keluar daripada situasi itu.

Itu lebih baik daripada kita cemas tanpa rasional kerana ianya akan membuatkan manusia gagal mencari jalan keluar daripada situasi genting.

Dengan jantung yang berdegup cepat, oksigen akan berkurangan dalam aliran darah. Menarik nafas secara teratur akan membuatkan paras oksigen dalam aliran darah kembali stabil.

Flight or Fight

Dalam situasi genting bagaimana sekali pun, manusia cuma ada dua pilihan ini. Fikiran yang rasional tanpa emosi berlebihan akan memudahkan manusia untuk membuat pilihan.

Pada tahun 1920, seorang ahli psikologi bernama Walter Cannon menyatakan tentang teori Flight or Fight. Dia mengatakan tubuh manusia mempunyai satu rantaian tindakan yang membantu manusia melepaskan diri daripada keadaan genting.

*jangan pelik kalau orang yang tak pernah marathon tiba-tiba lari laju masa kena kejar anjing.

Dalam situasi genting, jantung akan berdegup lebih cepat dari biasa. Bahagian kulit muka akan tampak lesu kerana kekurangan darah dan oksigen. Degupan jantung yang bertambah membuatkan aliran darah tertumpu pada jantung.

Anak mata manusia akan membesar. Ini adalah tindakan secara refleks kerana semasa kita menghadapi situasi genting, kita akan memandang secara keseluruhan sebagai tanda bersedia. Dan simptom terakhir ialah menggeletar. Otot pada tubuh akan menegang menyebabkan tubuh manusia menggeletar.

Tapi itu semua tidak terjadi pada King. Satu hari dia semasa dia sedang berjalan-jalan. Satu robot telah muncul dihadapannya dan mencabar King. King hanya berdiri tegak dan memancarkan aura ganasnya untuk menggerunkan musuh itu, detakan kuat yang dipanggil King Engine itu juga telah berbunyi menggegar suasana damai petang itu.

King kata tunggu sekejap. Aku nak pergi tandas. Kalau aku berlawan sambil tahan sakit perut nanti aku tak boleh bertarung bersungguh-sungguh.

King adalah satu-satunya orang yang mampu mengalahkan Saitama, tapi masa main video game kat rumah lar. Huhu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.