Membina kincir air dengan menggunakan buluh merupakan salah satu kepakaran masyarakat di Nusantara atau Alam Melayu sejak ribuan tahun dulu. Kincir air dibina dari saiz yang kecil hingga saiz gergasi mengikut keperluan.
Kincir air gergasi dibina apabila kedudukan penempatan masyarakat atau masjid jauh lebih tinggi dari kedudukan air sungai. Maka penduduk setempat tidak perlu untuk turun dari tebing sungai yang tinggi bagi mengangkut air. Air sungai diangkut dari paras rendah ke paras tinggi secara automatik dengan kincir air.
Masyarakat di Nusantara yang tinggal di kawasan pergunungan biasanya mahir membina kincir air gergasi seperi suku Minang, Kerinci, Jawa dan sebagainya. Keadaan geografi menyebabkan mereka memiliki pemikiran teknikal seperti ini.
Kincir air di Sungai Ombili, Solok, Sumatera Barat ini adalah antara kincir air gergasi yang ada pada hari ini. Walaupun pembinaannya agak baru, namun pengetahuan teknologi pembinaan kincir air gergasi telah pun wujud sejak ribuan tahun dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih