Tatkala dunia sibuk bergelut dengan penularan wabak Covid-19, Korea Utara pula berdepan satu masalah tersendiri yang dipanggil isu kesihatan pemimpin mereka, Kim Jong-un. Khabar angin ini bermula apabila Jong-un kali terakhir muncul di khalayak pada 11 April untuk menghadiri mesyuarat politburo parti. Sejak itu, beliau tidak dapat dikesan termasuk tidak hadir untuk sambutan ulangtahun datuknya, Kim Il-sung yang disambut pada 15 April tahun ini.

Khabar angin sebegini nyata merisaukan ramai pihak dari Amerika Syarikat hinggalah pakar-pakar keselamatan. Tetapi bagi Korea Selatan, mereka tahu jika mereka tidak berurusan dengan Jong-un sekalipun (sekiranya beliau meninggal dunia), mereka perlu berurusan dengan seorang lagi anggota Dinasti Kim dan bakal pemimpin utama mereka, Kim Yo-jong pada masa hadapan.

Ramai mungkin mengenalinya sebagai adik perempuan Jong-un atau wanita yang memegang bekas abu rokok abangnya semasa rehat sebelum persidangan nuklear AS-Korea Utara 2019 di Hanoi, Vietnam. Tetapi tidak ramai tahu Yo-jong merupakan perancang di sebalik jentera propaganda Korea Utara dan bertanggungjawab membentuk imej awam Jong-un sama ada di Pyongyang atau di luar negara.

Hubungan dua saudara ini amat rapat apatah lagi selepas dihantar oleh bapa mereka, Kim Jong-il ke Switzerland pada tahun 1990-an hingga 2000 bagi mengelak mereka dipengaruhi pengaruh datuk mereka, Il-sung. Kerapatan ikatan mereka ini menjelaskan bagaimana Yo-jong mampu meraih kepercayaan abangnya 100% dan mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia politik negara itu.

Jika tidak, mengapa Jong-un memilih menghantar Yo-jong untuk hadir ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan sebagai wakil dirinya. Kedua, beliau boleh mengeluarkan satu surat mengkritik Presiden Moon Jae-in di bawah namanya sendiri selepas Seoul membantah aktiviti latihan tembakan yang dibuat Pyongyang pada Mac tahun ini.

Akhir sekali, Yo-jong secara terbuka memuji Presiden Donald Trump kerana berusaha menjaga hubungan baik kedua-dua negara dan tawaran bantuan menangani penularan Covid-19. Dua tindakan yang dibuat beliau ini sudah pasti mendapat izin daripada Jong-un dan petanda bahawa adiknya itu sedang diatur menjadi penggantinya yang seterusnya.

Tetapi Yo-jong juga pernah berada dalam bahaya gara-gara kegagalan persidangan nuklear Hanoi. Disebabkan kegagalan persidangan berkenaan, beliau dikatakan disingkirkan daripada jawatankuasa politburo parti dan diarah tidak memunculkan diri selama setahun. Hanya baru-baru ini, Yo-jong dilantik semula ke jawatankuasa berkenaan.

Dan pada tahun 2017, pentadbiran AS meletakkannya dalam senarai pegawai-pegawai tinggi Korea Utara yang disyaki terlibat atau mengetahui perlanggaran hak asasi manusia yang berlaku di negara itu. Tetapi bagi ramai pakar, walaupun tidak terlibat dengan sesetengah tindakan kejam Jong-un, sudah pasti Yo-jong mengetahui semua taktik permainan abangnya itu.

Pakar Korea Utara dari International College of Management di Sydney, Leonid Petrov menyifatkan Yo-jong sebagai figura politik yang dipercayai Jong-un yang membantunya mengekalkan imej positif Korea Utara bukan saja di tanah air tetapi juga di luar negara.

Yo-jong mula dilihat oleh orang luar buat kali pertama pada tahun 2010 selepas menghadiri satu persidangan parti. Sejak itu, beliau kerap dilihat menjadi sebahagian daripada rombongan pegawai yang mengiringi Jong-il dan meratapi pemergian bapanya pada tahun 2011.

Graduan sains komputer dari Universiti Kim Il-sung pada 2007 juga dikatakan bertanggungjawab membantu Jong-un sebagai pengganti bapa mereka selepas Jong-il mengalami strok sebanyak dua kali pada tahun 2008. Justeru, tidak hairanlah mengapa Leif-Eric Easley, seorang pakar kajian antarabangsa dari Universiti Ewha menggelarnya orang yang bertanggungjawab memodenkan pentadbiran negara itu.

Ini kerana menurut beliau, Yo-jong bertanggungjawab memodenkan jenama rejim Kim dan mengukuhkan lagi jentera propaganda Korea Utara. Dan Petrov tidak terkejut sekiranya pengaruhnya semakin bertambah dari semasa ke semasa sebagai persediaan Pyongyang mengharungi dunia pasca-Covid-19.

Di sebalik skeptisme sesetengah pihak keupayaannya sebagai pengganti Jong-un berikutan struktur pentadbiran yang bersifat patriarki, tidak ramai pakar sedar kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan ahli keluarga Kim. Dan menurut Lee Sung-yoon dari Tufts University, Masachusetts, Yo-jong mampu kekal bertakhta dengan mengaplikasikan gabungan taktik keganasan dan diplomasi yang diamalkan ahli keluarganya.

Tambah Sung-yoon, “Jeneral-jeneral yang berpengaruh mempunyai sebab kukuh untuk melindungi kepentingan mereka dan mereka faham kuasa sebenar mengalir melalui keluarga Kim. Beliau mampu menunjukkan kuasanya dengan menggunakan campuran keganasan dan diplomasi. Beliau tahu cara permainan untuk kekal berkuasa.”

RUJUKAN:

McCurry, Justin. (2020). Kim Yo-jong: the sister of Kim Jong-un, fast ‘becoming his alter ego’. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/apr/20/kim-yo-jong-the-sister-of-kim-jong-un-fast-becoming-his-alter-ego

The Star. (2020). Will a woman run North Korea? Kim Yo-jong outshines male rivals. https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/26/will-a-woman-run-north-korea-kim-yo-jong-outshines-male-rivals


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.