Insiden ni antara insiden paling banyak memakan korban dalam sejarah disebelah Asia. Berlaku pada 10 May 1993, seramai 188 dilaporkan mati dan lebih 500 cedera akibat insiden ini. Bahkan, ia juga merupakan antara tragedi paling berdarah melibatkan kebakaran di Thailand.

Kilang Kader Toy Industri ni dimiliki oleh Kader Industrial Company. Struktur bangunan berbentuk E, ada empat bangunan (tapi bangunan 4 terpecah dari huruf E tu). Setiap bangunan ada empat tingkat.

Ketiga-tiga bangunan musnah dalam kejadian petang tu. Simpanan fabrik, plastik dan bahan mudah terbakar mempercepatkan api marak dari satu bangunan ke bangunan yang lain.

Statistik ringkas berkenaan pekerja dalam bangunan. Kebanyakan pekerja merupakan wanita muda yang datang dari latarbelakang keluarga miskin, mencari sesuap nasi di sini.

Bangunan 1 : 1146 pekerja
Bangunan 2 : 405 pekerja.
Bangunan 3 : tidak dapat dipastikan.

Pada pukul 4 petang, api kecil telah dikesan dekat tingkat pertama bangunan 1. Tingkat pertama ni digunakan untuk proses pembungkusan dan penyimpanan barang produk yang dah siap. Pekerja dan pengawal keselamatan cuba padamkan api menggunakan peralatan pemadam api yang sedia ada tetapi gagal.

Disebabkan pengawal merasakan bahawa api tu kecil dan boleh dikawal, jadi pengawal tak benarkan pekerja tinggalkan bangunan. Ini juga untuk cegah kecurian semasa dalam keadaan pra-kecemasan. Tanpa dijangka,. api mula merebak dari tingkat satu ke tingkat atas.

Pekerja dari tingkat tiga dan empat dalam bangunan 1 mula bergegas keluar dari bangunan. Api yang merebak dekat tingkat pertama telah menghalang laluan keluar dan memaksa pekerja menggunakan satu laluan lagi (ada dua laluan). Dianggarkan kira-kira 1100 pekerja menggunakan laluan tu untuk menyelamatkan diri. Untuk menyelamatkan diri, pekerja terjun dari bangunan dan menyebabkan kecederaan. Dan dilaporkan terdapat pekerja yang mati semasa terjun untuk menyelamatkan diri.

Kejadian ini mengundang keputusan drastik dari kerajaan Thailand untuk melaksanakan dasar keselamatan yang lebih ketat terutamanya untuk isu pencegahan kebakaran. Dilaporkan dalam wall street journal, menteri industri Thailand menyebut, mana-mana kilang yang tidak mempunyai sistem pencegahan kebakaran perlu memasang sistem itu atau berhadapan tindakan penutupan kilang.

Rujukan:

Case Study the Kader Toy Factory Fire. https://www.ukessays.com/essays/general-studies/study-kader-toy-factory-fire-9764.php

Reutres (1993). Thai Factory Fire’s 200 Victims Were Locked Inside, Guards Say  https://www.nytimes.com/1993/05/12/world/thai-factory-fire-s-200-victims-were-locked-inside-guards-say.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.