Jika ditanya tentang lokasi pengeluaran duit syiling secara besar-besaran, ramai pengkaji arkeologi berpandangan ia bermula sama ada di Turki atau Greece. Tetapi di tapak kota lama Guanzhuang, China, pengkaji arkeologi menemui sebuah kilang membuat duit syiling tertua di dunia. Kilang ini menghasilkan duit syiling berbentuk penyodok secara besar-besaran 2,600 tahun yang lalu.

Menurut pakar arkeologi dari Universiti Zhengzhou, Hao Zhao, kota Guanzhuang dibuka sekitar 800 SM. Ini disusuli dengan pembukaan faundri besi di kota berkenaan pada 770 SM. Pada awalnya, tukang-tukang besi di situ menghasilkan pelbagai jenis peralatan dan sen.ja.ta yang diperbuat daripada gangsa. Hanya 150 tahun selepas itu, barulah ia menghasilkan duit syiling gangsa secara besar-besaran.

Rajah 1: Tapak kota lama Guanzhuang. Sumber: Hao Zhao/Universiti Zhenzhou

Pentarikhan karbon menunjukkan operasi kilang duit syiling bermula antara 640 hingga 550 SM. Walaupun ada menyatakan duit syiling era Empayar Lydian sebagai duit syiling tertua di dunia kerana dihasilkan seawal 630 SM, Zhao berpandangan sebaliknya. Ini kerana berdasarkan rekod dan artifak duit syiling Lydian yang dijumpai, duit syiling kerajaan berkenaan hanya dihasilkan antara 575 hingga 550 SM.

Justeru, Zhao berpandangan duit syiling Guanzhuang merupakan duit syiling tertua di dunia. Antara artifak yang ditemui ialah dua buah syiling berbentuk penyodok dan puluhan acuan syiling yang diperbuat daripada tanah liat. Satu syiling ditemui dalam keadaan hampir sempurna: kurang 6 inci panjang dan 2.5 inci lebar serta seberat 27 gram.

Apabila diminta mengulas penemuan menakjubkan di Guanzhuang itu, Profesor Bill Maurer menyifatkan penemuan tersebut sebagai mengagumkan. Pakar antropologi dari University of California Irvine itu melihat penemuan duit syiling dan acuannya membolehkan pentarikhan karbon dapat dilakukan. Dengan dua bukti berkenaan, maka agak sukar untuk mencabar dakwaan bahawa duit syiling Guanzhuang merupakan duit syiling tertua di dunia.

Zhao dan pasukannya berspekulasi lokasi kilang berkenaan yang berhampiran dengan ibu kota pentadbiran Guanzhuang menunjukkan aktiviti pembuatan duit syiling ketika itu dibenarkan oleh kerajaan. Bagaimanapun, beliau mengingatkan sebarang kesimpulan tentang penemuan ini harus diperhalusi bagi membolehkan kerja-kerja kajian dan penyelidikan diteruskan.

Terdapat dua sebab mengapa duit dicipta. Ia dicipta sebagai cara para pedagang untuk membuat pertukaran barang atau sebagai cara kerajaan mengutip cukai dan hutang. Lantas, Maurer berpandangan penemuan di Guanzhuang sebenarnya menyokong hipotesis pakar-pakar arkeologi dan antropologi tentang duit – ia merupakan teknologi politik dan bukan teknologi ekonomi.

RUJUKAN

Kramer, Jillian. (2021, 5 Ogos). ‘World’s oldest’ coin factory discovered in China. National Geographic.

Sumber gambar: Hao Zhao/Universiti Zhenzhou


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.