Umat Islam wajib percaya pada kiamat tanpa kompromi kerana konsepnya sangat menyeluruh. Peristiwa ini digambarkan “masih jauh tetapi sangat dekat”. Sementara kita masih ada masa, maka eloklah kita tengok alam semesta buat seketika. Kewujudan bintang-bintang di luar angkasa layak dijadikan contoh dan gambaran secara tidak langsung. Namun apakan daya – asal tulis pasal angkasa, ada yang cemuh cakap dongengan kafir bagai.

Ketepikan mereka – kita jalan terus dan memberi pendedahan tentang sains, kali ini mengenai sistem berplanet dengan bintang G238-44.

Sistem berplanet adalah seperti sistem suria kita – ada sebuah bintang (Matahari) memelihara banyak planet. Dalam situasi ini, sistem berplanet ini dinamakan sempena bintangnya, G238-44, yang sudah lama mati.

Proses kematian bintang berbeza ikut jenis. G238-44 adalah seperti Matahari. Jisim mereka tidak cukup Frazier, 2019) untuk meledak sampai jadi bintang neutron (neutron star) atau lohong hitam (black hole). Jadi G238-44 terpaksa redha dan sedar dirinya kecil, yakni kerdil putih (white dwarf). Inilah nasib 97 peratus bintang di luar angkasa (Fontaine, et al., 2001).

Kecil-Kecil Cili Padi

Bintang kerdil tidak sama untuk dibandingkan dengan manusia kerdil. Jauh beza. Manusia kerdil boleh dibuli sesiapa saja. Bintang kerdil duduk seorang diri di bahagian angkasanya, dengan kekuatan yang mampu membinasakan apa-apa saja di sekeliling. Dengan menggunakan teleskop berteknologi tinggi, saintis daripada Universiti California Los Angeles menemui sisa-sisa planet pada atmosfera G238-44 (Starr, 2022).

Ilustrasi kerdil putih. (NASA, ESA, Joseph Olmsted (STScI))

Macam mana saintis tahu sisa-sisa planet? Mereka tengok bahan (elemen) setiap sisa ini – ais, batu dan logam. Ketiga-tiga bahan ini adalah bahan asas yang menjadikan planet, asteroid dan komet. Bermakna G238-44 sedang membaham semua benda di kelilingnya.

Betapa Pentingnya Kajian Ini

Mungkin ada yang mencemuh katanya tiada manfaat. Ilmu sentiasa ada manfaat. Inilah nasib yang menanti Bumi, apabila Matahari mencapai penghujung. Proses ini memakan masa berbilion tahun. Matahari akan mengembang sampai jadi Gergasi Merah (Red Giant). Waktu ini, Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh tenggelam habis dalam apinya.

Gambar bawah menunjukkan apa akan jadi selepas Matahari mengembang.

Lingkaran hijau dalam gambar-gambar kelihatan teranjak ke Musytari dan Zuhal selepas Matahari mengembang. Itu adalah “habitable zone” (zon paling selamat untuk hidup) pada masa itu. Dua planet ini akan menjadi panas sekurang-kurangnya selama 500 juta tahun. Akan sampai satu masa, Matahari kehabisan segala bahan bakarnya dan tinggallah kerdil putih.

Ketika itu, atmosferanya mesti penuh dengan bahan-bahan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Sama seperti G238-44, yang menghanguskan planet-planetnya. Entah apa yang hidup di situ pada zaman dahulu. Mungkin ada bakteria. Mungkin ada virus. Malah mungkin ada kehidupan pintar. Terlalu banyak mungkin. Yang pasti, sekarang G238-44 menjadi contoh untuk dibayang… bahawa manusia tiada kuasa langsung untuk menghalang kejadian ini. Segala keindahan alam akhirnya tinggal bangkai, untuk dikoyak sebuah bintang yang sudah mati.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bintang ini pula sekarang dalam perjalanan untuk menjadi “black dwarf” (kerdil hitam). Setakat ini status kerdil hitam hanyalah teori saintis yang mengandaikan suatu keadaan apabila bintang menjadi sejuk (Heger, et al., 2003). Proses kejadian kerdil hitam mengambil masa lebih lama berbanding 13.77 bilion tahun, lagi tua daripada alam semesta ini sendiri.

Proses evolusi bintang (R.N. Bailey/CC BY 4.0).

 

Sebagai penutup: pembaca mesti fikir, waktu ini sudah lama kiamat. Benar. Tidak boleh dinafikan. Cuma tidak bermakna kita kena tolak ilmu ini terus. Pengetahuan tetap pengetahuan.

RUJUKAN:

Fontaine, G., et al. (2001). The potential of white dwarf cosmochronology. Publications of the Astronomical Society of the Pacific. 113 (782): 409-435.

Frazier, S. (2019, September 26). Why the sun won’t become a black hole? NASA.

Heger, A., et al. (2003). How massive single stars end their life. The Astrophysical Journal. 591 (1): 288-300.

Starr, M. (2022, Jun 21). A Dead Star Has Been Caught Ripping Apart Its Planetary System. Science Alert.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply