Ruhollah Khomeini meninggalkan satu legasi yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Selama 2,500 tahun, Iran dipimpin sistem monarki. Namun sentuhan Khomeini telah menamatkan riwayat tersebut.
Dan pada 11 Februari 1979, Khomeini daripada buangan menjadi Ketua Negara Iran. Beliau memenuhi semua kriteria yang diminta rakyat Iran: pegangan agama dan tegas berkuasa. Sementara Mohammad Reza Pahlavi pula menerajui kerajaannya dengan sekularisme dan masalah kesihatan sejak 1974.
Tidak ramai tahu bahawa Reza Pahlavi mempunyai leukemia yang menjadi teruk pada tahun 1978 (Zonis, 1991). Beliau kerap berjumpa dengan doktor Perancis sama ada Jean Bernard atau Georges Flandrin yang bertungkus-lumus memberikan rawatan.
Mereka memberikan ubat prednisone yang boleh mencetuskan kemurungan dan gangguan fikiran. Jadi apabila Revolusi Iran bermula, kerajaan tidak mendapat sebarang kata putus daripada Reza Pahlavi. Baginda sudah tidak mampu membuat keputusan.
Selama ini Reza Pahlavi tayangkan diri kebal macam Tuhan, sekarang baginda jarang muncul. Malah kerajaan terpaksa suntingkan muka Reza Pahlavi pada gambar lain untuk menenangkan keadaan, yang sebenarnya ibaratkan mencurah minyak pada api lagi.
Sosok tubuh Khomeini pula nampak lebih gagah berbanding Reza Pahlavi. Pada 16 Januari 1979, Reza Pahlavi sudah tidak lagi dianggap sebagai Raja Iran.
Jadi Perdana Menteri Shapour Bakhtiar membuat keputusan untuk mencapai solusi. Bakhtiar membenarkan Khomeini kembali dan membuat beberapa permintaan. Semua permintaan ini ditolak Khomeini yang mahu tubuhkan negara baharu. Beliau berjaya, kerana Perlembagaan Republik Islam Iran menggantikan Perlembagaan Parsi 1906.
“Hichi” – Satu Perkataan Yang Mendedahkan Dimensi Politik Khomeini
Khomeini menjadi Pemimpin Agung (Supreme Leader) Iran yang berfungsi seperti raja juga. Tetapi di sebalik wajah yang bengis, Khomeini pun manusia seperti orang lain.
Tidak pasti bila kesihatannya mula terjejas. Tetapi dalam tempoh 10 tahun mengetuai negara, halangan usia mencapai kemuncak sehingga 23 Mei 1989 apabila Khomeini digegaskan ke sebuah klinik di Jamaran.
Dalam masa 10 hari, beliau menghadapi lima s3rangan jantung. Dan beliau pergi buat selamanya pada 3 Jun 1989, selepas s3rangan kelima.
Ruhollah Khomeini dan Mohammad Reza Pahlavi sebenarnya ialah dua syiling yang berputar di atas bara api. Hanya sebelah kepala sahaja yang mempamerkan nilai syiling tersebut. Reza Pahlavi malangnya menjadi ekor. Keluar dari Iran, Reza Pahlavi menetap di Kepulauan Bahamas buat sementara waktu sebelum berlepas ke Mexico untuk mendapatkan rawatan.
Di Amerika Syarikat (dan kemudian Panama), beliau (bukan lagi raja) berasa tidak selamat. Lalu beliau lari ke Mesir dimana beliau dikebvmikan dengan penghormatan terakhir diberikan Anwar Sadat.
Penghormatan terakhir diberikan kepada Khomeini pula jauh menandingi kemasyhuran Reza Pahlavi. Semua orang tahu beliau akan dikebvmikan di Perkvburan Behesht-e Zahra. Jadi sepanjang perjalanan sejauh 32 kilometer dipenuhi orang ramai yang dijangka antara 2.5 hingga 10.2 juta orang (Guinness World Records, 2015).
Apabila m4yat Khomeini diusung, kekecohan berlaku. Orang keramaian mer3mpuh garisan untuk melihat Khomeini buat kali terakhir. Jika seorang dua berbuat sedemikian, tentu sekali tiada masalah. Tetapi ratusan dan ribuan dalam kalangan ini mengundang masalah besar.
Keranda Khomeini dirosakkan teruk, dengan m4yatnya kemudian terjatuh ke tanah. Orang begitu ramai mengkoyakkan kain kafan yang dipakaikan untuk disimpan seolah-olah kain tersebut terlalu suci (Buchan, 2009).
Kedua-dua kaki Khomeini yang serba putih terdedah sehingga melebihi paras aurat.
“Kami sudah yatim!”
“Wahai, Imam!”
Itulah antara laungan yang mengisi udara.
Anggota-anggota keselamatan tiada pilihan selain melepaskan beberapa das t3mbakan untuk meredakan keadaan. M4yat Khomeini beberapa jam kemudian dikembalikan ke tanah perkvburan melalui helicopter, dengan keranda dibuat daripada besi.
Iran kembali seperti biasa dengan pelantikan Ali Khameini ke tampuk Pemimpin Agung. 3 Jun menjadi cuti umum buat Iran, dengan orang ramai mengunjungi tanah perkvburan untuk berdoa.
RUJUKAN:
Buchan, J. (2009, Mac 12). Ayatollah Khomeini’s funeral: The funeral of Ayatollah Khomeini was not a tragedy but a gruesome farce. New Statesman. Retrieved from https://www.newstatesman.com/asia/2009/03/khomeini-funeral-body-crowd
Guinness World Records. (2015, Ogos 25). Largest percentage of population to attend a funeral. Retrieved from https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/largest-percentage-of-population-to-attend-a-funeral
Zonis, M. (1991). Majestic Failure: The Fall of the Shah. University of Chicago Press. Halaman 159.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih