“Khitan bayi perempuan menaikkan seri pada wajah.”
Frasa yang terlalu sinonim sejak dahulu kala dan turut diperkatakan oleh si tua yang lebih dikenali sebagai Cu Timah. Seorang bidan kampung yang sudah hampir 38 tahun berkecimpung dalam bidang tradisional ini. Namanya sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Kampung Sedim di Kedah.
Fatimah Ahmad, 80, merupakan individu yang dipercayai oleh penduduk kampung dalam menggunakan perkhidmatan beliau mengkhitan bayi perempuan. Malahan perkhidmatan itu masih dijalankan sehingga kini.
Selain menawarkan perkhidmatan mengkhitankan bayi, Cu Timah juga turut menyediakan perkhidmatan urutan tradisional seperti mengurut ibu mengandung, berpantang hingga ke penjagaan bayi.
Berpeluang bertemu dengan bidan kampung itu di kediamannya baru-baru ini, membuktikan perkhidmatan yang diusahakan sejak tahun 1984 masih diterima oleh penduduk kampung sekitar itu sehingga kini.
Khitan bayi perempuan dalam perspektif sains
Khitan perlu dilakukan ke atas bayi perempuan seawal kelahiran. Kebiasaannya, khitan dilakukan oleh bidan kampung melalui cara tradisional. Kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan perkhidmatan khitan bagi bayi perempuan.
Pengasas Klinik Ajwa seksyen 7, Shah Alam, Dr Leny Marlina berkata, “khitan bayi perempuan merujuk kepada pemotongan atau lukakan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Ini berbeza dengan Female Genital Mutilation (FGM) yang dibenteraskan oleh World Health Organization (WHO) yang lebih kepada kemudaratan.”
Khitan mengikut syariat Islam
Adat berkhitan bagi bayi perempuan tidak diwajibkan seperti khatan kanak-kanak lelaki, namun mempunyai tujuan yang sama iaitu menjaga kebersihan dalam ibadah.
Meskipun khitan dikaitkan dengan amalan tradisi dari suku kaum di Benua Afrika, hakikatnya khitan bagi bayi perempuan adalah salah satu ibadah yang perlu dilaksanakan.
“Disini kami lakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam seperti tidak memudaratkan, dan tidak mengalami pendarahan teruk.” Leny Marlina, 44 tahun.
Menurut Prof. Dr Wahbah al-Zuhaili, khitan itu disyariatkan dan tidak ada pandapat yang boleh menidakkannya. Tetapi jika seseorang wanita tidak melaksanakannya, tidaklah berdosa keatasnya kerana itu merupakan haknya dan tidak diwajibkan.
Mengkhitan secara tradisional dan moden
Secara amnya, khitan bayi perempuan secara tadisional sangat terhad dari segi penggunaan peralatan atau mungkin terdedah kepada jangkitan kuman, akibat pemilihan tempat yanh kurang sesuai dan kebersihan peralatan itu sendiri.
“Berbeza dengan khitan secara moden, yang mana peralatan yang digunakan sedikit canggih, selain dibantu oleh ubat-ubatan. Selain turut dikendalikan oleh individu yang lebih pakar atau arif dalam bidang ini.
“Untuk perkhidmatan secara tradisional, tidak dinafikan kerana terdapat pendekatan secara meluas tentang kebidanan ini sendiri ketika dahulu. Jika persoalannya masih relavan atau tidak, ini bergantung kepada peredaran masa yang mana sekarang kita lebih gemar mendapatkan sumber yang dipercayai,” jelasnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih