Tentera merupakan aset terbesar kerajaan Islam pada Khulafa Al-Rasyidin. Kekuatan ketenteraan Islam dan mobilisasi ketenteraan Islam adalah hasil serapan mereka dari kerajaan Rom dan Parsi. Pengalaman pengurusan perang ini kemudiannya diserap dalam kerajaan Islam. Pada era Rasulullah SAW, tentera dilantik melalui sukarelawan Jihad. Mereka ini kemudiannya mendapat Ghanimah apabila memenangi peperangan.

Situasi ini kemudiannya berubah apabila tiba era pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar melihat perlunya pengurusan yang baik dan efisien bagi harta dan hasil kaum Muslimin pada waktu itu dengan maksima yang mungkin.

[Khalifah Umar menghapuskan Agihan Ghanimah]

Bagi Khalifah Umar, harta kaum Muslimin sewajarnya dimanfaatkan dengan baik dan perlu dikelolakan dengan baik demi Kaum Muslimin. Khalifah Umar kemudiannya melaksanakan sebuah dasar yang mengubah konsep ketenteraan dalam Islam pada waktu itu.

Khalifah Umar memperkenalkan gaji kepada pasukan Islam pada waktu itu. Konsep gaji ini diadakan menggantikan ghanimah. Justeru itu, ghanimah akan dipulangkan kepada negara. Pengambilan tentera pula diambil secara tetap dan bukan lagi sukarelawan. Tentera hanya perlu berkhidmat sebagai tentera semata mata.

Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menjaga kebajikan tentera ini.

Antaranya, Khalifah Umar memperkenalkan pencen buat pasukan Muslimin yang berjihad. Pencen ini kemudiannya dibayar dan ditanggung oleh kerajaan melalui hasil Baitul Mal. Selain itu, Khalifah Umar juga turut memperkenalkan sebuah dasar untuk menjaga kebajikan balu syahid di medan Jihad dengan memberi keperluan kepada mereka.

Semua dasar ini telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar bagi memantapkan lagi mobilisasi ketenteraan Islam pada waktu itu. Hasilnya, kerajaan Islam pada waktu itu berjaya menempa namanya di medan antarabangsa sehingga berjaya menembusi dua kerajaan besar iaitu Rom dan Parsi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.