Telah sampai khabar kepada Khalifah Hārūn Ar-Rashīd, bahawa terdapat seorang soléh yang terkenal di mata umum, mengingatkan kepada para hadirin supaya membuat perkara yang baik dan menjauhi yang mungkar. Malahan dia juga tidak gentar untuk menegur hatta kepada khalifah sendiri. Perkara seperti ini menyebabkan khalifah merasa tidak senang hati dan memerintahkan orang soléh tersebut ditangkap dan dikurung di sebuah rumah tahanan yang pintu dan tingkapnya ditutup dan tidak dibenarkan sesiapa pun datang melawat.

Namun, selang beberapa hari dikurung, beberapa orang pengawal istana menyampaikan berita telah melihat tahanan tersebut bersiar-siar mengambil angin petang di halaman istana yang berhampiran dengan rumah tahanan tersebut. Pada mulanya mereka menyangka orang lain tetapi setelah diamat-amati ternyata orang soléh tersebut.

Perkara tersebut disampaikan kepada khalifah yang terkejut apabila menerima berita itu kerana disangkanya ada orang yang melepaskannya untuk bersiar-siar di situ. Setelah diselidiki memang tiada sesiapa yang membukanya, dan bertambah hairan bagaiamana ia boleh keluar begitu sahaja padahal rumah tahanan itu dijaga rapi dan tidak ada siapa pun dibenarkan untuk membuka pintu dan tingkapnya.

Khalifah pun memanggilnya untuk disoal siasat dan bertanya, “Beta mendapat laporan bahawa engkau setiap petang keluar masuk dari rumah tahanan itu! Betul atau tidak?

“Benar tuanku!” jawabnya.

“Siapa yang membebaskan engkau dari rumah itu?” tanya khalifah.

“Yang membebaskan hamba ialah yang mengizinkan hamba masuk ke dalam taman itu!” jawab orang soléh itu.

“Siapa pula yang mengizinkan engkau masuk ke dalam taman itu? khalifah bertanya lagi.

“Yang mengizinkan hamba masuk ke taman itu ialah yang membebaskan hamba dari rumah itu!” jawabnya lagi.

Mendengar jawapan itu, khalifah ketawa termasuklah para hadirin yang mengikuti perbicaraan itu. Mereka merasa lucu malah keliru dengan apa yang mereka dengar.

“Ini perkara yang ajaib!” kata khalifah.

“Sesungguhnya sangat ajaib!” jawabnya, “Cuba tuanku beritahu hamba, mana satukah dari urusan-Nya yang tidak ajaib?”

Mendengarkan kata-kata orang soléh itu, khalifah kelu terdiam lalu menangis kerana insaf dengan penganiayanya. Meskipun dia telah mengurungnya dengan kawalan yang ketat tetapi Dia telah membebaskannya pada bila-bila masa yang Dia kehendaki!

Orang soléh itu pun dibebaskan dengan diberikan hadiah seekor kuda yang boleh dipilihnya sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply