Saya hairan. Macam mana kenyataan macam ini boleh disebut berulang-kali tanpa ada apa-apa tindakan? Bukankah ini contoh kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan di antara kaum.

Apatah lagi kenyataan ini tiada sebutir pun kebenaran di dalamnya.

Kita letak ke tepi sebentar wujud atau tidak konsep “ketuanan” itu sebab tak ada sekali pun muncul perkataan ini di dalam perlembagaan kita. Kita cerita pasal kebenaran contoh yang Khalid Samad beri pun dah cukup.

Khalid cuba rangkumkan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera di dalam bentuk “Ketuanan”.

Kemudian diajak dan dihasut rakyat supaya berfikir dalam jaluran “Ketuanan Melayu itu sama macam Zionisme, Nazisme dan White Supremacy”.

Untuk orang yang ada otak dan berakal, dia tak perlu fikir jauh-jauh. Cukup dia rajin buka balik sejarah apa yang berlaku (dan sedang berlaku) di era Zionisme, Nazisme dan White Supremacy ni untuk tahu apa yang Khalid cakap ni merepek teruk.

Jenis merepek yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dan memercik api perkauman. Pada saya, ini dah boleh dikira menghasut!

Keduanya, macam mana orang macam Khalid ni boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti, menjadi YB kepada sebuah kawasan yang majoriti Melayu Muslim serta menjadi Menteri dengan sikap dan pemahaman sejarah yang songsang begini?

Seorang pemimpin berbangsa Melayu, memimpin masyarakat majmuk seperti di Malaysia sepatutnya mempunyai kualiti yang mampu bersikap objektif dan menjadi penghubung jambatan antara kaum. Mampu menjadi pengaman dan mengajak masyarakat majmuk ini tadi menuju ke hadapan.

Bukan memecah-belahkan masyarakat dengan ciapan bodoh macam ni.

1. Wujudkah apa yang dikatakan konsep Ketuanan Melayu ni?

Konsep Ketuanan ni tiada. Yang ada hanya konsep Keistimewaan Hak Melayu dan Bumiputera. Cuma ada pemimpin terdahulu yang menyimpulkan Hak-Hak Istimewa ini sebagai “Ketuanan”. Konsep ini hanya padangan pemimpin itu dan bukan konsep yang dipegang sebagai idealisme negara.

2. Kenapa wujud Hak-Hak Istimewa ini?

Hak-hak ini wujud kerana 2 perkara yang mengabsahkannya. Pertama, kerana Melayu dan Bumiputera merupakan penduduk asal Kepulauan Melayu, Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Keduanya, ia adalah ‘part and parcel’ dari persetujuan bersama semua kaum yang nak merdeka bersama.

It is only logic, that when a colonialized nation got back their independence, they want to gain back what they have lost and build their identity, history and civilization again. Tapi dekat Malaysia ni unik sebab kita perlu menerima saudara baru. Maka sebuah syarat di mana wujudnya Hak-Hak Istimewa ini sebagai langkah untuk membina kembali identiti, sejarah dan ketamadunan yang telah hilang.

Orang Cina di Malaysia sendiri pun perjuangkan ekonomi, budaya dan sejarah mereka. Apa yang bebal bangang tak faham apa yang orang Melayu nak? Bendanya sama saja.

3. Adakah Hak-Hak Istimewa ini dipersetujui bersama?

Ya. Itu pokok pangkalnya. Perkara ini DIPERSETUJUI BERSAMA oleh SEMUA PEMIMPIN KAUM ketika itu.

4. Adakah konsep ini menindas bangsa lain selama ini?

Tidak. Kita tidak ada isu membezakan warna kulit seperti di Amerika. Kita tidak ada aktiviti ‘lynching’ seperti yang berlaku pada kulit hitam di Amerika. We don’t even have a proper translation of lynching in Bahasa Melayu. Kita tidak menghalang agama lain mengamalkan agama mereka malah rumah ibadat mereka bersepah di Malaysia.

Orang Melayu tidak pernah memboikot perniagaan bangsa lain (walaupun bangsa lain memilih pekerja berasaskan warna kulit dan bahasa mereka) sehingga menjadikan mereka antara individu terkaya di Malaysia. Kita juga antara negara yang sedikit dalam dunia yang membenarkan sekolah berjenis-jenis.

So apa kejadahnya nak samakan konsep Hak-Hak Istimewa ini dengan Zionisme, Nazisme dan White Supremacy?

5. Kerajaan lebih menjaga Melayu?

Betul ke? Sebab apa? Sebab Dasar Ekonomi Baru? Sebab apa ada dasar ni? Bila dasar ni diperkenalkan? Apa isunya?

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan tahun 1971, 14 tahun selepas kita Merdeka. Kalau betul kerajaan Malaysia ni fokus Melayu saja, why took that long? Apa yang jadi selama 14 tahun tu?

Apa yang jadi selama 14 tahun tu adalah ada bangsa lain yang tak mahu kongsi kek ekonomi. Mereka tak mahu kongsi walaupun mereka tahu kekayaan mereka selama beratus tahun di Tanah Melayu ini adalah hasil daripada diberi tongkat dan keistimewaan oleh pihak British.

Itupun kerajaan Melayu ketika itu cukup baik. Instead of taking a negative approach dengan menindas towkay-towkay ini untuk menerima orang Melayu, kerajaan mengambil langkah proaktif dan positif dengan mencipta beberapa dasar yang boleh membangunkan pendidikan dan ekonomi orang Melayu.

Dasar yang hari ini bangsa lain tiba-tiba persoalkan walaupun MEREKALAH PENYEBAB UTAMA dasar-dasar dan institusi-institusi itu diperkenalkan.

Dia sama macam isu #BMF dan #Jawi hari ini.

Kutuk Melayu kononnya pembayar cukai paling rendah. Nak ambil pekerja “Chinese speakers only”, kutuk Melayu tak pandai berniaga. Menentang Jawi kaw-kaw.

Tapi bila orang Melayu kata kalau benci sangat Jawi produk anda jangan pakai tulisan Jawi, dia melenting.

Bila orang Melayu cuba naikkan ekonomi dengan BMF, dia bising juga.

Apa korang nak sebenarnya ni?

Cukuplah saya cerita 5 poin ini sahaja untuk menerangkan perihal Hak-Hak Istimewa dan apa kronologi yang meletakkan kita di sini hari ini.

Kembali kita kepada kenyataan Khalid ni.

Sepatutnya Khalid sebagai pemimpin politik dan pemimpin masyarakat berusaha menjadi jambatan dan menyatukan kembali masyarakat. Membantu menerangkan apa yang sedang terjadi dan cuba untuk meruntuhkan tembok antara kaum.

Bukan pergi bantu bina tembok lagi tinggi, malah tak melampau jika saya katakan mengapi-apikan lagi.

Tolaklah pemimpin begini. Tolaklah pemimpin-pemimpin yang bodoh yang tak tahu hujung-pangkal perkara dan hanya tahu memburukkan keadaan lagi.

Jahanam negara ada pemimpin macam ni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.