Khalid Al-Walid merupakan nama yang tidak asing jikalau kita sebut operasi pasukan Islam di Iraq dan Syam. Khalid Al-Walid merangkul gelaran Sang Pedang Allah Yang Terhunus (Saifullah Al-Maslul). Gelaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW ketika pengislamanya. Kepahlawanannya terserlah ketika kali pertama ketika Perang Uhud.
Khalid Al-Walid menggunakan sebaiknya kelengkapan yang ada pada pasukannya serta kedudukannya. Dalam Pertempuran Uhud, Khalid Al-Walid telah ditempatkan di kaki bukit Uhud. Kawasan ini dikatakan sebagai kunci kepada kedudukan pasukan Islam di kaki bukit Uhud.
Bagi menghindari kemaraan pasukan Khalid Al-Walid, Rasulullah SAW telah meletakkan pasukan Pemanah di atas bukit Uhud bagi menghindari kemaraan Khalid Al-Walid. Kelekaan pasukan Muslimin yang berada di Bukit Uhud dengan meninggalkan posisi mereka menyebabkan kekosongan di bahagian bukit Uhud.
Khalid Al-Walid menggunakan peluang ini untuk menerobos ke bahagian belakang pasukan Muslimin. Kesempatan ini telah mengubah keputusan peperangan ini. Pada peringkat awal, pasukan Muslimini telah memenangi peperangan ini. Namun, menjelang pusingan kedua disebabkan peluang ini. Khalid Al-Walid berjaya membawa pasukan Musyrikin Mekah kepada kemenangannya.
Kalau anda perasan, kebanyakan strategi dan kunci kemenangan Khalid Al-Walid ini adalah bergantung kepada penggunaan pasukan berkudanya atau light cavalry. Light cavalry ini biasanya akan dipimpin oleh Khalid Al-Walid dalam mana mana pertempuran.
Jom kita perhatikan strategi Khalid Al-Walid dalam pertempuran yang utama dalam sejarah Islam.
[Pertempuran Mu’tah]
Dalam pertempuran ini, Khalid Al-Walid menggunakan strategi pengunduran. Pertempuran Mu’tah ini sendiri diakui salah pertempuran yang sangat sengit. Dalam pertempuran ini, Khalid Al-Walid telah menggunakan 9 bilah pedangnya. Dek kerana sengitnya pertempuran ini, pedang Khalid Al-Walid kebanyakannya semua patah disebabkan perang ini.
Memandangkan bilangan pasukan Muslimin yang sangat kalah jumlah dengan pasukan Rom. Pasukan Khalid Al-Walid terpaksa mengundurkan pasukan Islam ke Madinah. Namun bagaimana?
Khalid Al-Walid menggunakan strategi pengkaburan. Khalid Al-Walid memanfaatkan muka bumi padang pasir dan mengaburkan pandangan pasukan Rom. Sudahlah begitu, bagi memastikan pasukan Rom tidak mengejar pasukan Muslimin, Khalid Al-Walid meletakkan pasukan pemanah bagi membantu pengunduran pasukan Islam.
Pengunduran ini memberi tamparan kepada pasukan Rom kerana mereka telah ditipu oleh pasukan Muslimin yang juga pasukan Arab yang mereka rendahkan selama ini.
[Pertempuran Yarmuk]
Sebenarnya, dalam pertempuran ini pasukan Muslimin hampir tewas. Pasukan Rom telah maju ke arah pasukan Muslimin dan mengasaknya sehingga ke perkhemahan pasukan Muslimin. Khalid Al-Walid telah mengatur sebahagian pasukan Muslimin berada dalam posisi “core” yang mana posisi tidak boleh digerakkan.
Posisi ini dipegang oleh Sayyidina Abu Ubaydah Al-Jarrah. Melihat keadaan ini, Khalid Al-Walid telah memimpin pasukan berkuda telah memecah kepungan pasukan Rom dan akhirnya kepungan pasukan Rom ini mampu dipecahkan oleh Khalid Al-Walid dengan sebaiknya.
Serangan yang keras ini akhirnya telah menggiring pasukan Rom kepada kekalahan mereka yang dahsyat. Kemenangan pasukan Islam ini menjadi kunci kemenangan pasukan Islam untuk menakluk Syam dan Levant.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





