Banyak kejadian aneh berlaku setelah jatuhnya empayar Rom, kemudian kejadian sebegini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat yang berada dalam fasa pertengahan Eropah, iaitu fasa keruntuhan tamadun yang telah dibantai oleh anasir dari luar Eropah. Antara kejadian aneh itu ialah menjual lemak manusia, membuang najis merata-rata, raja yang memerintah sebenarnya gila akibat sakit, dan beberapa kejadian lain.
Untuk artikel ini, kita membincangkan tentang keseronokan raja Perancis yang menikmati dendangan lagu dari alatan muzik bernama ‘piano babi’. Apakah sebenarnya ‘piano babi’ ini? Mengapa alatan muzik aneh ini menjadi alat hiburan raja? Adakah sejarah disebalik kenikmatan raja Perancis ini?
Terlebih dahulu, kita kenali dahulu raja Perancis bernama Louis XI, pemerintah Perancis pada tahun 1461 hingga 1483 setelah mengambil alih takhta dari ayahandanya bernama Charles VII. Baginda memajukan kerajaannya melalui reformasikan ekonomi dan meluaskan pengaruhnya. Baginda juga terkenal dengan nama ‘Raja Labah-Labah’ atau nama Perancis-nya ialah ‘l’universelle araignée’ oleh pihak musuh kerana kelicikan baginda melakukan tipu daya dalam berhubung diplomatik dengan kerajaan luar demi kepentingan kerajaannya.
Di sebalik kelicikan dan sifat berpandangan jauh raja Louis XI, baginda mempunyai hobi yang aneh, iaitu mendengar lagu dari alat muzik bernama ‘piano babi’, atau nama lainnya ialah hog harmonium, piganino, pigano, dan porko forte. Piano ini berfungsi di mana apabila kita menekan satu not, ia keluarkan bunyi teriakan babi.
Hobi aneh baginda ini telah dicatat dalam karya berjudul The Wonders of the Little World yang ditulis oleh Nathaniel Wanley pada tahun 1678. Dalam karya tersebut, Raja Louis XI memberitahu kepada pereka cipta amatur bernama Abbot of Baigné tentang betapa ‘indahnya’ suara babi yang baginda dengar ia mempunyai ‘unsur alam’.
Kemudian, Abbot mencipta sebuah piano yang begitu sadistik di mana papan kekunci piano dihubungkan dengan sangkar, seterusnya beberapa ekor babi yang dipilih diletakkan dalam sangkar tersebut. Jika ditekan salah satu papan kekunci piano, paku logam akan menusuk badan babi dan ia mengeluarkan bunyi kesakitan. Siapnya ciptaan ‘piano babi’ oleh Abbot, Raja Louis XI terus menyukai piano tersebut dan jadikan ia sebagai hobi dengan mendengar suara babi kesakitan yang dimainkan oleh pemain ‘piano babi’. Amat kejam kan?
Kalau anda rasa ‘piano babi’ cukup untuk memperlihatkan kekejaman warga Eropah melayan haiwan, anda harus menggali lebih dalam lagi. Menurut Lisa Kiser dalam karyanya berjudul A Cultural History of Animals in the Medieval Age, haiwan telah sekian lama menjadi hiburan bagi masyarakat Eropah bermula dari tahun 1000 hingga 1400.
Terdapat pertubuhan sarkas haiwan di mana penonton dapat saksikan pameran haiwan aneh yang tinggal dalam sarang dan persembahan haiwan yang ‘berbakat’ seperti monyet melakukan juggling, beruang mahir bercakap, dan ayam jantan menari.
Di sebalik ‘bakat’ haiwan-haiwan sarkas, ia sebenarnya diseksa oleh pelatih supaya kesemua haiwan sarkas kekal melakukan ‘bakat’ yang sama dan sentiasa menjinakkan mereka supaya tidak kembali liar. Terdapat juga beberapa pertandingan haiwan bertempur seperti di Britain, pertandingan beruang melawan segerombolan anjing banyak diadakan. Pertandingan ini sebenarnya pertarungan berdarah kerana jika salah satu haiwan cedera teruk, ia telah kalah dari pertarungan tersebut. Pertandingan penuh berdarah ini menjadi popular sehingga abad ke-19 Masihi.
Selain pertandingan dan persembahan haiwan sarkas, terdapat juga bentuk mpenyeksaan terhadap haiwan melalui penciptaan alat muzik menggunakan suara haiwan, sepoerti ‘piano babi’. Dalam buku muzik bernama Musurgia Universalis yang ditulis oleh mubaligh Kristian bernama Athanasius Kircher, beliau pernah mencatatkan tentang alat muzik bernama katzenklavier, atau kita panggil dengan nama ‘organ kucing’.
Fungsi ‘organ kucing’ sama seperti piano babi, di mana 8 ekor kucing akan diikat di atas piano, kemudian hubungan kakinya dengan papan kekunci di mana jika papan kekunci itu ditekan, kaki kucing ditusuk dan keluarga bunyi mengiau yang kuat.
Asalnya ‘organ kucing’ dicipta bagi menenangkan putera raja yang mengalami tekanan hidup. Ramai golongan percaya bahawa ‘organ kucing’ hanyalah rekaan penulis semata-mata dan ia hanya mitos saja. Kemudian, sejarawan Sepanyol pada abad ke-16 Masihi bernama Juan Calvete de Estrella membuktikan kebenarannya melalui catatannya tentang pemerintah Sepanyol bernama Raja Philip II yang menyaksikan sendiri ‘organ kucing’ yang dimainkan oleh seekor beruang!
Inilah salah satu sejarah gelap Eropah yang telah didedahkan kepada pembaca, agar kisah ini mendapat iktibar yang baik, di mana hiburan orang dahulu dan kini sangat berbeza. Penyeksaan haiwan pada fasa pertengaha Eropah dianggap kebiasaan kerana persembahan haiwan sarkas dan pertandingan melaga sesama haiwan mampu mengaut keuntungan. Inilah salah satu hiburan yang ‘memgasyikkan’ bagi rakyat termasuklah raja Eropah.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Bogaard, Cecilia. 6 July 2022. Louis XI Enjoyed an Abominable Orchestra of Squealing Pigs – the Piganino. Ancient Origins.
Eschner, Kat. 2 May 2017. Music or Animal Abuse? A Brief History of the Cat Piano. Smithsonian Magazine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih