Abad ke-15 dan ke-16 menyaksikan kuasa-kuasa Eropah mula melakukan aktiviti penjelajahan dan penaklukan di sebelah Asia, Afrika dan benua Amerika. Dua aktiviti ini didorong oleh keperluan kononnya untuk mengangkat bangsa gasar (orang luar Eropah) agar bertamadun sama seperti mereka – versi ringkas untuk beban orang putih (white man’s burden). Dan ia terjadi akibat pengenalan satu dekri yang dikenali sebagai Doktrin Penemuan (Doctrine of Discovery).

Semuanya bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Eropah mula bersaing untuk meneroka dan menduduki wilayah-wilayah tertentu. Lantas, institusi paus, ya, institusi paus bukan gereja ya, untuk mengeluarkan dekri-dekri yang membenarkan mereka menjajah, menundukkan orang tempatan yang tinggal di situ dan memaksa mereka memeluk agama Kristian. Jika anda perasan, bukankah ia mencakupi slogan penjajahan yang kita biasa dengar di sekolah menengah: Gold (emas), Glory (kegemilangan dan prestij) dan Gospel (agama Kristian)?

Tetapi sebelum kita teruskan, apa kata korang beli ramai-ramai buku kami, KITAB TAMADUN ROM? Pada tahun 270 SM, Rom berjaya menguasai seluruh Semenanjung Itali dengan seabad kemudian, Rom muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di Mediterranean. Bagaimana itu berlaku? Ketahuinya dengan mendapatkan KITAB TAMADUN ROM sekarang! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Rom-i.238336777.13454617576

Jadi, kenapa slogan Gold, Glory dan Gospel (3G) ini dianggap penting? Gold atau sumber kekayaan amat penting bagi mengisi kantung kewangan kerajaan-kerajaan ini terutama selepas terjebak dalam peperangan selama ratusan tahun. Dengan Turki Uthmaniyah mengawal laluan perdagangan barat, maka kuasa-kuasa Eropah amat memerlukan laluan perdagangan alternatif bagi mengatasi halangan ini.

Glory pula merujuk kepada keperluan kuasa-kuasa Eropah bersaing mendapatkan tanah-tanah jajahan yang pernah diduduki Rom Timur/Byzantine. Tetapi konflik selama bertahun-tahun terutama dari segi agama melemahkan kedudukan mereka dari segi pengaruh dan prestij. Dengan wilayah-wilayah Eropah turut menjadi sasaran Turki Uthmaniyah, maka kuasa-kuasa Eropah perlu keluar dan menduduki wilayah-wilayah baru bagi mengimbangi atau menyaingi musuh mereka itu.

Sementara Gospel pula menyaksikan keperluan kuasa-kuasa Eropah untuk menyekat pengaruh Islam daripada sampai ke benua berkenaan. Betul, ia pernah dihalang sekali akibat kekalahan tentera Bani Umayyah di Tours pada Oktober 732 Masihi. Tetapi pengaruh Islam semakin kukuh terutama selepas Mehmed II mengetuai angkatan perang Uthmaniyah untuk menakluk Constantinople pada 1453. Kuasa-kuasa Eropah berharap dengan menjadikan penyebaran Kristian sebagai agenda penjajahan mereka, maka ia direstui oleh pihak gereja.

Paus Alexander VI

Antara Paus yang bertanggungjawab mengeluarkan dekri licik tetapi kejam ini ialah Paus Alexander VI (nama sebenar Rodrigo de Borja/Borgia) menerusi dekri Inter Caetera yang dibuat pada 1493. Dekri ini dikeluarkan setahun selepas Christopher Columbus berjaya sampai ke Dunia Baru bagi pihak Sepanyol.

Alexander VI bukan saja berdarah Sepanyol tetapi mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah Sepanyol ketika itu, Ferdinand II Aragon. Tetapi paus itu juga penuh dengan kontroversi seperti terlibat dalam kegiatan rasuah dan amalan nepotisme. Buktinya, Inter Caetera dikeluarkan selepas Portugal mengeluarkan bantahan terhadap kegiatan Sepanyol di Dunia Baru (pelayaran Columbus) sekaligus menjejaskan cita-cita mereka.

Penjelajahan dan penaklukan yang dibuat seperti Columbus pada 1492 dilihat mengembangkan slogan 3G: Gold, Glory and Gospel.

Dengan penerbitan Inter Caetera, Sepanyol mempunyai hak untuk menduduki mana-mana wilayah Kepulauan Azores dan Cape Verde. Yang kelakarnya, seorang lagi Paus berdarah Borgia turut memberi hak penjajahan sama kepada Portugal lebih 40 tahun sebelumnya iaitu Paus Callixtus III, bapa saudara Alexander VI. Tetapi bezanya ialah dekri yang dibuat Alexander VI lebih terperinci dengan dekri bapa saudaranya bersifat terlalu umum.

Portugal boleh mengamuk macam orang gila tetapi keputusan telah dibuat. Tetapi menerusi Inter Caetera, kuasa-kuasa Eropah (termasuk Portugal) diingatkan agar menjadikan aktiviti penjajahan dan penyebaran agama Kristian sebagai agenda utama mereka. Dengan berbuat demikian, mereka menyebarkan ketamadunan yang wujud di Eropah tanpa mengira mereka penduduk asal atau status kerajaan mereka maju atau tidak.

Sebab bodoh yang diberi Alexander VI didorong oleh satu konsep yang dipanggil tanah kosong atau terra nullius. Secara ringkas, tanah kosong di sini merujuk kepada mana-mana wilayah yang tidak berada di bawah pemerintahan Kristian. Bagi Alexander VI, tanah-tanah ini patut ditakluki atas alasan ia tanah bebas dan agenda penyebaran Kristian dapat dipergiatkan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Gabungan teori terra nullius dan dekri Paus seperti Inter Caetera ini yang membentuk Doctrine of Discovery – doktrin yang menjadi teras white man’s burden. Ia ibarat pas yang memberi kelulusan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk melaksanakan slogan 3G walau dengan apa cara sekalipun.

Walaupun sesetengah Paus seperti Paus Paul III mengeluarkan dekri harta penduduk asal tidak dirampas dan sebarang aktiviti perhambaan diharamkan pada 1573, ia dipandang sepi oleh kuasa-kuasa Eropah. Cakaplah apa saja taktik, kita pernah dengar dalam pembelajaran subjek sejarah sekolah menengah. Rasuah, lantik/angkat pembesar/raja yang boleh bersekongkol, peperangan dan undang-undang tertentu. Ia bukan saja berlaku di Tanah Melayu tetapi di semua wilayah koloni Eropah dari benua Amerika hinggalah India dan Afrika.

Dan lebih malang, Doctrine of Discovery turut dijadikan sebagai alasan penghakiman dalam kes-kes berkaitan dengan pertikaian hak pemilikan tanah. Contoh paling mudah, kes Johnson v. M’Intosh yang dibawa ke Mahkamah Agung AS pada 1823.

Ketua Hakim AS, John Marshall tolak usaha puak Piankenshaw dapatkan semula tanah mereka atas alasan puak tersebut bodoh jika dibandingkan dengan orang Eropah.

Kes ini membabitkan pertikaian hak milik tanah puak Piankeshaw (sebuah puak orang asli Amerika) yang cuba didapatkan semula puak itu daripada kerajaan AS. Tetapi ketua hakim ketika itu, John Marshall menolak usaha mereka itu atas alasan orang asli Amerika lebih bodoh daripada orang Eropah dengan berpandukan doktrin tersebut. Sebab bodoh saja cukup untuk nafikan hak orang!

Menjelang abad ke-20, dengan banyak negara dimerdekakan daripada kuasa-kuasa Eropah, Doctrine of Discovery dianggap tidak relevan. Tetapi entah kenapa, institusi paus seolah-olah berdiam diri tentang hal membatalkan doktrin kejam yang memusnahkan ratusan ribu kehidupan orang asal selama lebih 500 tahun termasuk orang Melayu.

Macam anggap diri tak bersalah atas semua ini atas alasan bukan aku yang takluk dan jajah. Masalahnya, berapa banyak harta orang asal yang dirampas dan kini jadi sebahagian daripada perbendaharaan kuasa-kuasa Eropah? Belum campur lagi ratusan ribu individu yang dinafikan peluang mengenali budaya, bahasa dan agama mereka atas alasan ajaran Kristian yang dibawa lebih hebat. Bila itu berlaku, maka pupuslah budaya dan bahasa orang asal yang dianggap kolot oleh penjajah.

Mungkin atas sebab inilah, semua paus abad ke-20 dan ke-21 termasuk Paus Francis teragak-agak untuk batalkan Doctrine of Discovery. Bila batal, maka institusi paus kena akui apa yang berlaku akibat doktrin tersebut ialah satu jenayah perang, kemanusiaan dan penghapusan etnik. Dan itu akan dedahkan mereka dan kuasa-kuasa Barat kepada tindakan undang-undang yang difailkan oleh negara atau kumpulan orang asal yang terkesan dengan doktrin kejam tersebut.

Kelakar ya, selama bertahun-tahun orang Barat anggap diri terlampau suci daripada orang lain. Berlagak kononnya mereka tak lakukan jenayah semasa menjajah. Agaknya, kalau pembatalan doktrin tersebut dibuat, macam cacing kepanasanlah para pemerintah Barat kerana tak sanggup dikenakan pengadilan atas perilaku lampau mereka.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Boyd, A. (2022, 28 Julai). What is the Doctrine of Discovery? And why do people want the Pope to denounce it?. Toronto Stars.

Blakemore, E. (2022, 22 Julai). This 500-year-old Catholic decree encouraged colonization. Will the pope revoke it?. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply