Pergunungan Himalaya adalah pergunungan yang terbentuk akibat perlanggaran antara kedua-dua benua iaitu benua Eurasia dan India sekitar 40-50 juta tahun dulu. Pergunungan ini mempunyai gunung tertinggi di dunia yang telah kita sedia makluk, iaitu Gunung Everest. Namun tahukah anda bahawa terdapat sebuah tasik yang menggerunkan di sebalik pergunungan tersebut, sehingga tasik itu digelar sebagai Tasik Kerangka?

Roopkund atau Tasik Kerangka adalah tasik glasier yang terletak di negeri Uttarakhand, India. Lokasi tasik ini berada di pergunungan Himalaya dengan altitud 5,020 meter dari paras air laut. Tasik ini dikelilingi dengan batu glasier dan gunung-ganang yang diliputi dengan salji. Saiz tasik ini adalah 1000 hingga 1500 meter persegi dan kedalamannya hanya 3 meter ke dasar. Apabila musim sejuk berlaku, tasik ini membeku. Kini, Roopkund menjadi lokasi kembara pendaki gunung untuk menjelajah pergunungan Himalaya.

Foto Roopkund diambil pada Ogos 2014.

Sekarang kita tertanya-tanya, mengapa Roopkund ini dikenali dengan nama ‘Tasik Kerangka’? Apabila permukaan tasik ini mencair selama sebulan, kita akan dapat lihat longgokan kerangka manusia di dasar tasik. Longgokan kerangka itu dianggarkan lebih 300 orang. Kehadiran longgokan itu menjadi misteri akan keindahan Roopkund yang seperti khabar indah dari rupa.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Siapakah pemilik kepada longgokan kerangka itu? Mengapa ia wujud di dasar tasik yang terisolasi dari komuniti masyarakat? Adakah berlaku pembu_nuhan besar-besaran di lokasi tasik tersebut?

PENEMUAN KERANGKA DALAM ROOPKUND

Kerangka yang dikeluarkan dari tasik.

Dikatakan bahawa penemuan longgokan kerangka manusia berlaku sekitar abad ke-19 Masihi, kemudian ditemui semula oleh renjer gunung Nanda Devi, H.K. Madhwal pada 1942. Beliau adalah yang pertama melihat kehadiran longgokan tersebut ketika tasik membeku. Apabila musim panas tiba, barulah longgokan yang terdiri 300 orang ditemui keseluruhannya.

Pada mulanya, tiada siapa mengetahui mengapa longgokan kerangka hadir di dasar tasik itu. Tiada siapa tahu apakah sejarah di sebalik kerangka itu. Namun begitu, terdapat teori bahawa kerangka itu adalah milik para tentera, mengikut tarikh penemuannya iaitu pada P.er.ang Dunia Kedua berlaku. Berkemungkinan ia adalah para tentera Jepun yang meninggal dunia akibat kesejukan semasa mara ke India.

Untuk mengetahui apakah benar teori tentera Jepun ini, sekumpulan pengkaji dihantar ke Tasik Kerangka untuk menganalisis longgokan kerangka. Selesai mengkaji, longgokan itu mempunyai ceritanya tersendiri. Berkat dari suhu yang sejuk, saki-baki daging, kuku, dan rambut masih terpelihara dalam longgokan tersebut. Terdapat juga penemuan artifak yang diperbuat dari kayu, mata lembing yang diperbuat dari besi, selipar kulit, dan barang kemas.

Artifak-artifak tersebut dibawa ke Oxford University’s Radiocarbon Accelerator Unit untuk menentukan pentarikhan karbon dan keputusannya adalah kesemua artifak-artifak itu telah berada di dasar tasik pada tahun 850. Berkemungkinan longgokan kerangka itu adalah milik sekumpulan pengembara yang menjelajah pergunungan Himalaya.

Jadi, apa yang berlaku kepada kumpulan pengembara ini? Adakah mereka semua meninggal dunia akibat runtuhan salji? Atau menjadi mangsa ritual berda_rah orang asal? Mati kebuluran atau diserang musuh?

KISAH LAGENDA BERKAIT DENGAN ROOPKUND

Terdapat kisah lagenda yang memungkinkan teori pengembara ini benar. Kisahnya bermula dengan kembara seorang raja kerajaan Kanauj bernama Raja Jasdhaval, bersama isteri baginda yang sarat mengandung bernama Rani Balampa. Pasangan diraja ini ditemani oleh para hamba, penari, dan para pengikut lain pergi ke kuil Nanda Devi yang perlu dilawat pada jarak 12 tahun.

Kembara mereka kemudian dihalang oleh ‘bebola besi’ yang jatuh dari langit. Dikatakan bahawa bebola itu dihantar dari dewa-dewi yang mungkar. Para pengkaji berpendapat bahawa ‘bebola besi’ yang dimaksudkan itu adalah batu besar menghalang jalan akibat tanah runtuh.

Ribut semakin kuat dan tidak ada lokasi sesuai untuk gerombolan diraja ini berehat seketika. Kemudian mereka menghilang saat tiba di Roopkund. . Berkemungkinan dengan kisah lagenda ini mampu merungkai siapakah kerangka yang terdiri dari 300 orang ini.

KAJIAN KE ATAS LONGGOKAN KERANGKA

Pada tahun 2013, kerangka Tasik Kerangka dikaji dan keputusannya kesemua kerangka ini adalah mangsa dari serangan ribut. Terdapat banyak retakan di bahagian Kerangka, leher, dan bahu. Tidak ada kecederaan lain yang mengakibatkan dari tanah runtuh, tembakan, atau runtuhan salji. Tambahan lagi, kerangka ini tidak ada kaitan dengan pengembaraan lagenda raja Kanauj.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Namun begitu, kajian DNA ke atas longgokan kerangka agak mengelirukan untuk identifikasikannya. Pada awal 2000-an, para saintis sepakat bahawa 300 orang yang terkorban ini mempunyai hubungan dengan keturunan dari Asia Selatan (India) dan disahkan meninggal dunia pada 800. Tetapi berlainan cerita dengan kajian pada 2019, di mana sebilangan dari 300 orang terkorban ini adalah berasal dari Mediterranean, Yunani Kuno, dan Crete, Manakala 14 orang pula adalah mereka yang telah meninggal dunia pada abad ke-17 dan ke-20 Masihi.

Menurut pengerusi jabatan anthropologi dari University of Pennsylvania iaitu Kathleen Morrison, tidak mustahil kajian 2019 berupa sedemikian kerana pemilik 300 kerangka ini berkemungkinan meninggal dunia di lokasi lain, seterusnya mayatnya ‘disapu’ oleh runtuhan salji sehingga masuk ke dasar Roopkund.

Beliau menjelaskan bahawa kemungkinan sebilangan dari 300 orang itu adalah warga Yunani Kuno yang berasal dari kerajaan Hellenistik di utara India pada 180 SM dan sebilangannya lagi adalah warga Eropah Mediterranean yang melakukan pengembaraan.

Sekumpulan pengembara melintasi pergunungan Himalaya, melalui Roopkund.

Kesimpulannya, kajian ke atas longgokan kerangka itu masih diteruskan. Pihak kerajaan berusaha untuk menjadikan Roopkund sebagai lokasi eko-pelancongan setelah mendapat laporan bahawa tasik itu telah dicemari dengan lambakan pengunjung dan cubaan untuk mengambil cebisan tulang yang dikeluarkan dari tasik. Dengan laksananya usaha ini, Roopkund dapat dipelihara kemudian saintis dapat meneruskan usaha merungkai misteri tasik glasier dari gangguan ramai.

RUJUKAN:

Pappas, S. (February 2021). Hundreds of skeletons fill this remote Himalayan lake. How did they get there? Live Science. https://www.livescience.com/roopkund-skeleton-lake-mystery.html

Mrreese. (3 September 2020). Skeleton Lake: Ancient Remains Frozen in Time in the Himalayas. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.