Masih terngiang-ngiang juga di fikiran penulis, memori kegelisahan hati bila tiap kali ada pemeriksaan gigi masa sekolah rendah dulu. Sayup-sayup kedengaran raungan sahabat-sahabat saya yang dicabut gigi pada ketika itu yang agak seram.

Maka, dalam mencari ketenangan yang fana, mata saya meliar, melihat disegenap penjuru bilik rawatan untuk menidakkan apa yang didengar dan mengelakkan diri dari melihat kes3ngsar4an sahabat-sahabat saya, yang terbaring kaku di atas kerusi-kerusi rawatan.Walaubagaimanapun, bukan gigi-gigi yang dicabut itu menjadi topik utama artikel kali ini tetapi bagaimana agaknya sejarah dan rupa peta lidah yang tergantung di bilik rawatan tersebut, boleh terhasil.

Kronologi Peta Lidah

Pada tahun 1901, seorang saintis Jerman, D.P. Hanig buat julung-julung kalinya  telah menjalankan kajian terhadap tahap kepekaan relatif pada lidah berdasarkan empat rasa asas lidah, iaitu masam, masin, manis dan pahit. Hasil dapatan daripada data kajian ini, beliau menyimpulkan bahawa wujudnya kepelbagaian sensitiviti terhadap empat rasa utama tersebut pada permukaan lidah.

Kajian ini diteruskan oleh Edwin Boring, sejarawan psikologi terkenal di Harvard University pada tahun 1942. Beliau telah mengambil dan mengumpul data-data yang diperoleh daripada kajian Hanig. Beliau kemudiannya, mengira tahap sensitiviti tersebut dengan nilai yang bernombor.

Nombor-nombor inilah yang kemudiannya melambangkan tahap kepekaan relatif lidah yang telah diplotkan pada graf untuk memudahkan para saintis mengenal pasti kawasan-kawasan pada lidah yang mana mempunyai kadar sensitiviti yang rendah dan juga kawasan yang tiada langsung sensitivitinya. Maka, lahirlah peta lidah moden dari kajian tersebut.

Selang puluhan tahun berikutnya, seorang saintis bernama Virginia Collings telah mengkaji semula kajian yang telah dilaksanakan oleh Hanig. Beliau sependapat dengan Hanig bahawa wujudnya kepelbagaian sensitiviti empat rasa utama tersebut di keseluruhan permukaan lidah.

Walaubagaimanapun, variasi tersebut hanyalah sedikit dan tidaklah ketara sangat. Apa yang ditemui Collings ialah kesemua rasa tersebut boleh dikenal pasti oleh deria rasa, tidak kira dimanapun ia berada. Antara kawasan terletaknya deria rasa ialah di sekitar lidah dan juga pada bahagian belakang lelangit di dalam mulut.

Kajian lanjutan daripada dapatan tersebut mendapati terdapat sekitar 50 hingga 100 reseptor deria rasa bagi setiap rasa. Namun begitu, sehingga kini, variasi tahap rasa masih lagi menjadi isu hangat untuk diperdebat dalam kalangan saintis.

Rasa Utama Yang Kelima?

Kebanyakan ahli saintis bersetuju bahawa kita mempunyai rasa utama yang kelima, selain masin, masam, manis dan pahit. Nama yang diberikan terhadap rasa utama yang kelima ini ialah Umami. Umami ini telah ditemui oleh seorang saintis Jepun iaitu Kikunae Ikeda sejak awal 1900-an lagi.

Secara amnya, Umami amat kuat merespon terhadap perasa glutamate, yang kebanyakannya boleh ditemui pada makanan-makanan yang ditapai dan juga monosodium glutamate (MSG) yang digunakan secara meluas sebagai penambah rasa dan kelazatan terhadap makanan. Antara makanan yang kaya dengan rasa umami ialah ikan, keju dan kicap. Hasil penemuan ini juga telah membawa kepada perdebatan bahawa wujudnya rasa utama yang keenam iaitu lemak.

Jasa Rasa Masam

Ahli saintis telah mengenal pasti satu protein khusus pada lidah yang bertindak balas terhadap rasa masam. Protein ini tergolong dalam senarai protein utama bagi manusia dan haiwan-haiwan mamalia yang lain. Hal ini demikian kerana berjasanya protein ini dalam membantu kita untuk membezakan suatu makanan itu sudah basi mahupun yang belum cukup ranum. Terima kasih, sahabat.

Kesimpulannya, asalkan boleh rasa makanan yang dimakan, bersyukurlah.

RUJUKAN:

Wanjek, C. (2006, August 29). The Tongue Map: Tasteless Myth Debunked. Retrieved October 06, 2020, from https://www.livescience.com/7113-tongue-map-tasteless-myth-debunked.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.