Tahu tak terdapat jambatan terpanjang yang mampu menghubungkan 2 buah negara? Ya, untuk artikel ini kita bincangkan tentang Jambatan Adam, jambatan terpanjang yang misteri untuk dirungkai asal-usulnya.

Peta Jambatan Adam

Dikenali juga sebagai Jambatan Rama atau Rama Setu, ia adalah sebuah rantaian beting batu kapur yang menghubungkan Pulau Pamban yang bertempat di tenggara Tamil Nadu, India dengan Pulau Mannar yang bertempat di barat laut Sri Lanka.

Jambatan ini mempunyai 48 kilometer panjangnya merentasi Teluk Mannar. Sesetengah jambatan masih kelihatan timbul dari pasar air laut setinggi 1 meter. Dikatakan jambatan ini boleh dilintasi sesiapa saja sehingga pada abad ke-15 Masihi, di mana ribut berlaku menenggelamkan jambatan ini. Mengikut rekod dari kuil, Jambatan Adam timbul sehinggalah pada tahun 1480 ia ditenggelam oleh ribut taufan.

Para tentera Varana membina jambatan ke Lanka dalam kitab epik Ramayana.

Jambatan Adam pertama kali direkodkan dalam kitab kuno epik Ramayana, kitab utama bagi agama Hindu bertarikh sekitar abad ke-7 SM hingga ke-3 Masihi. Rekod tersebut menyatakan bahawa dewa Rama dan para tentera Vanara (monyet berupa manusia) membina jambatan dari India ke Lanka (Sri Lanka) demi menyelamatkan isterinya Sita dari genggaman raja Rakshasa iaitu Ravana.

Rayana, raja Rakshasa yang mempunyai sepuluh kepala mengumpan Sita dengan kehadiran rusa emas yang sakti. Sita terpikat kemudian Rayana menangkapnya dan dibawa ke Lanka. Rayana sebenarnya ingin membalas dendam di atas tindakan Rama sebelum ini yang cederakan hidung adik perempuan Rayana, Shurpanakha.

Maka, Rama harus menyelamatkan Sita dengan menyeberang laut ke Lanka. Dewa Brahma menyediakan bala tentera Vanara untuk membantu Rama. Dengan bantuan ketua Nila bersama dan jurutera bernama Nala, tentera Vanara membina jambatan ke Lanka selama 5 hari. Tiba di Lanka, Rama bertempur dengan Rayana selama beberapa hari. Di akhir pertempuran Rayana dibvnuh oleh panah sakti milik dewa Brahma yang Rama tembak.

Dunia Barat pula mengenali jambatan ini dari Book of Roads and Kingdoms, karya milik Ibn Khordodbeh, menulis tentang Set Bandhai atau Bridge of the Sea. Menurut kepercayaan masyarakat muslim Sri Lanka dan India, Nabi Adam A.S dikatakan turun di gunung Sri Lanka bernama Puncak Adam. Baginda kemudian melintasi jambatan tersebut ke India setelah dihalau dari syurga. Maka, jambatan tersebut dinamakan sebagai Jambatan Adam.

Persoalannya timbul, adakah Jambatan Adam adalah jambatan binaan seperti apa yang dikemukakan dalam kitab Ramayana?

Terdapat kumpulan yang percaya bahawa cerita lagenda kitab Ramayana termasuk dalam garis masa sejarah, mempercayai Jambatan Adam adalah binaan Rama dan para tentera Varana. Kumpulan ini terdiri daripada nasionalis Tamil dan para konservatif Hindu.

Kumpulan penyelidikan professor S.M. Ramasamy dari Centre of Remote Sensing (CRS), Bharathidasan University mendakwa bahawa pentarikhan karbon pada kawasan pantai berdekatan Jambatan Adam sezaman dengan masa pembinaan jambatan yang direkodkan dalam kitab Ramayana, iaitu sekitar 3,500 tahun lalu.

S. Badrinarayanan, bekas pengarah organisasi Geological Survey of India, menegaskan bahawa mustahil Jambatan Adam adalah sebahagian dari aktiviti geologi, kerana kehadiran lapisan tanah yang longgar di bawah batu karang disepanjang laluan jambatan. Batu karang biasanya tumbuhan di atas batu. Tapi kehadiran lapisan tanah ini mencurigakan kerana mustahil batu karang tumbuh di kawasan tidak berbatu.

Dakwaan Jambatan Adam dibina oleh Rama telah dipatahkan oleh para ahli geologi yang mengkaji pembentukannya melalui pemerhatian dari foto yang diambil oleh satelit NASA. Tambahan lagi, laporan dari Archaeological Survey of India menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh tentang pembinaan jambatan tersebut.

Bagi memperoleh bukti bahawa Jambatan Adam adalah hasil dari pembentukan aktiviti geologi, ia adalah sukar untuk dilaksanakan. Tambahan lagi, ketiadaan dana dari badan berkaitan seperti Indian Council of Historical Research (ICHR) menjadi sukar untuk penyelidik melakukan ekskavasi terhadap Jambatan Adam.

Satu-satunya bukti yang mematahkan hujah Jambatan Adam binaan Rama adalah gambar satelit yang telah dikumpul. Menurut dari data satelit tersebut, organisasi Marine and Water Resource Group of the Space Application Centre (SAC) dari Indian Space Research Organisation (ISRO) memutuskan bahawa Jambatan Adam terdiri daripada 103 buah beting kecil, antaranya adalah beting batu karang yang mati dan beting pasir.

Gambar Jambatan Adam yang dirakam dalam satelit NASA.

Pemerhatian ini cukup menjadi bukti tentang kewujudan sebenar Jambatan Adam, di mana kira-kira 100,000 tahun dulu, ketika paras air laut adalah rendah berbanding abad kini, terdapat tombolo, iaitu jambatan pasir semula jadi yang menghubungkan India dan Sri Lanka yang kemudian tenggelam akibat kenaikan paras air laut. Yang tinggal hanyalah beting pasir dan terumbu karang, hasil dari hakisan air laut terhadap tombolo tersebut.

RUJUKAN:

Ariel Sophia Bardi (31 May 2017). “God or Geology? The Genesis of Ram’s Bridge”. Hakai Magazine. Retrieved 09 May 2020.

Bahuguna, Anjali; Nayak, Shailesh; Deshmukh, Benidhar (1 December 2003). “IRS views the Adams bridge (bridging India and Sri Lanka)”. Journal of the Indian Society of Remote Sensing. 31(4): 237–239.

C.P. Rajendran. “A Post-Truth Take on the Ram Setu”. The Wire. Retrieved 09 May 2020.

Suckling, Horatio John (1876). Ceylon: A General Description of the Island, Historical, Physical, Statistical. Containing the Most Recent Information. Chapman & Hall. pp. 58

Tennent, James Emerson (1859). Ceylon: An Account of the Island Physical, Historical and Topographical. London: Longman, Green, Longman, and Roberts. p. 13


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.