Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai makhluk lain sebagai penduduknya. Selagi tiada penemuan alien atau makhluk asing berjaya dilakukan oleh manusia (melalui NASA dan yang seangkatan dengannya) maka bumi masih mengekalkan statusnya sebagai planet yang mempunyai penduduk, iaitu terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhan dan entiti-entiti lain.

Namun di sebalik kepesatan ilmu sains dan teknologi, manusia tidak dapat lari daripada terpengaruh dan mengikut maklumat serta teori mistik, sama ada teori mistik tersebut direka-reka atau kesan daripada pengaruh ajaran agama. Walaupun dari segi saintifik manusia, sama ada ahli sains, ahli geologi, ahli kosmologi dan ramai lagi masih berbahas dan berdebat tentang teori sebenar kewujudan bumi, namun dalam masyarakat seluruh dunia, wujud cerita-cerita yang agak pelik dan menarik untuk kita ketahui selain daripada teori kosmos dan geologi tentang kewujudan bumi ini. Jom sama-sama kita baca dan selidiki teori dan pengetahuan manusia tentang bumi.

  • Bumi di atas tanduk kerbau

Telah tersebar pada suatu ketika dahulu tentang teori bumi ini berada di atas tanduk kerbau. Ia merujuk kepada satu riwayat palsu, maksudnya:

“Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.” (riwayat palsu)

Berkenaan riwayat palsu ini, ramai ulama sepakat mengatakan bahawa hadis ini direka-reka oleh pihak yang ingin merosakkan Islam dan menghina para rasul serta mukjizat al-Quran dan hadis berkenaan kewujudan bumi. Secara logik mana mungkin alam ini dianalogikan sebagai seekor kerbau yang besar dan bumi terletak di tanduknya.

  • Bumi terletak di atas punggung ikan paus

Antara salah satu teori lain berkenaan kewujudan dan kedudukan bumi adalah bumi ini terletak di atas punggung ikan paus. Nah, kalau tadi wujud teori (daripada hadis palsu) berkenaan kewujudan bumi di atas tanduk kerbau, kali ini diletakkan pula bumi di atas punggung ikan paus. Terdapat satu riwayat palsu juga berkenaan teori bumi dan ikan paus ini:

“Sesuatu yang pertama kali diciptakan adalah pena, maka ia (pena itu) menulis semua kejadian, kemudian wap air diangkat ke atas, maka darinyalah langit-langit diciptakan, kemudian diciptakan pula ‘Nuun’, iaitu; ikan paus, maka dihamparkannya bumi di atas punggung ikan paus tersebut, maka bumi pun bergerak dan berguncang, lalu disokong oleh gunung-gunung, maka gununglah yang lebih utama dari pada bumi (riwayat palsu)

Majoriti ulama mengatakan bahawa riwayat ini tidak lengkap dan terputus serta palsu dari sudut makna dan lafaznya. Teori berkenaan bumi itu wujud di atas punggung ikan paus, serta bila ikan paus bergerak maka ia menyebabkan terjadinya gempa bumi ini adalah satu riwayat palsu yang tidak masuk akal dan tidak logik untuk kita mempercayainya lebih-lebih lagi jika seorang Muslim.

  • Bumi daripada Nyx, Burung Bersayap Hitam

Mengikut kepercayaan Greek kuno pula, bumi ini tercipta daripada seekor burung. Penduduk Greek purba dahulu percaya bahawa permulaan alam ini adalah kegelapan yang tiada penghujung. Satu-satunya makhluk yang wujud adalah seekor bersayap hitam digelar Nyx yang boleh bertelur emas. Nyx juga dianggap sebagai Tuhan Kegelapan. Daripada telur emas Nyx ini, satu pecahan telur itu menyebabkan wujudnya langit dan pecahan lain mewujudkan bumi. Dan akhirnya wujud pula kehidupan serta tuhan-tuhan Greek seperti Titan, Zeus, Hades dan sebagainya.

  • Bumi wujud daripada Lautan Infiniti

Menurut penduduk Mesir Purba, bumi dan alam semesta ini wujud daripada satu lautan yang infiniti, digelar Nu. Dan Nu ini adalah satu ‘air yang tiada permulaan dan penghujung’. Daripada Nu ini wujud pula alam, bumi dan makhluk lain seperti manusia dan haiwan. Kepercayaan penduduk Mesir Purba bergantung kepada elemen mistik dan juga persekitaran, di mana teori berkenaan lautan infiniti ini mungkin wujud pengaruh daripada sungai Nil yang besar dan selalu melimpahi kawasan persekitarannya, memberi impak kepada pemikiran pada penduduk sekitarnya iaitu penduduk Mesir Purba.

  • Bumi wujud daripada Perpecahan Langit dan Bumi

Bagi penduduk Korea pula, ada kepercayaan yang mengaitkan kewujudan bumi atau alam semesta dengan Tuhan yang digelar Cheonjiwang. Mitos penduduk Korea ini menceritakan bahawa alam ini dahulu terdiri daripada satu entiti yang kosong. Satu hari, entiti kosong ini terpecah kepada dua, di mana mewujudkan langit dan bumi. Daripada itu juga wujud pula matahari, bulan, manusia dan tuhan-tuhan dalam mitologi penduduk Korea.

Semua ini dan banyak lagi mitos merupakan antara teori kewujudan bumi menurut kumpulan manusia tertentu. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan pemikiran, adalah penting untuk kita berfikir dan merenung penciptaan alam ini sebagai satu ilmu yang sangat menarik untuk diketahui, dengan syarat setiap cerita mitos dan teori tersebut harus diselidiki dahulu dan tidak bulat-bulat percaya kepada sesuatu cerita tersebut. Namun yang paling utama adalah pegangan dan keyakinan kita kepada agama yang dipercayai, contohnya Muslim harus berpegang teguh pada akidah dan ajaran Islam.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

1 Comment

  1. Sila kaji, saintis yg kata bumi asalnya dari gugusan buruj Taurus (Tsauron: Arabic, Lembu jantan) dan sebelumnya Pisces (ikan Nun) dan sebelumnya Aquarius (Air). Mengikut Teori Penurunan Alam.

    Bintang2 tersebut sudahpun malap jutaan tahun dulu. Tetapi cahayanya baru sampai ke mata kita di bumi hari ini. Bintang2 itulah salah satunya berubah bentuk jadi bumi kita.

Leave A Reply