Pada awal abad ke-20, China hadapi perpecahan politik dan kelemahan dalaman akibat pergolakan perang saudara antara Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC). Namun, disebabkan ada ancaman dari luar, iaitu pencerobohan Jepun. Akhirnya, ia menyatukan rakyat China dalam perjuangan untuk mempertahankan tanah air mereka.
Pencerobohan Jepun kali ini bermula pada tahun 1931 dengan penaklukan Manchuria, yang kemudiannya menjadi boneka Jepun di bawah nama “Manchukuo.” Pada tahun 1937, Jepun melancarkan serangan berskala besar ke China. Serangan ini menandakan bermulanya Perang China-Jepun Kedua. Peristiwa ini menjadi titik tolak di mana kedua-dua pihak yang bertelagah di China terpaksa mengetepikan perbezaan demi menghadapi ancaman yang lebih besar.
Antara simbol penyatuan ini ialah “United Front,” iaitu kerjasama yang dicapai antara KMT dan PKC. Walaupun hubungan kedua-dua pihak sering tegang dan penuh kecurigaan, ancaman Jepun memaksa mereka bekerjasama dalam usaha mempertahankan tanah air.
Kerjasama ini tidak mudah oleh kerana perbezaan ideologi dan matlamat politik masih wujud. Namun, semangat patriotisme rakyat China melangkaui kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka.
Salah satu tragedi yang paling menyedihkan dalam tempoh ini ialah Pembunuhan Beramai-ramai di Nanking pada tahun 1937. Dalam peristiwa ini, tentera Jepun membunuh ratusan ribu rakyat China, termasuk wanita dan kanak-kanak. Peristiwa ini membangkitkan semangat rakyat China untuk terus berjuang. Setiap lapisan masyarakat, daripada petani hingga pelajar, mainkan peranan dalam perang ini.
Selain itu, pemimpin seperti Chiang Kai-shek dari KMT dan Mao Zedong dari PKC memberikan ucapan dan seruan yang menyuntik semangat perjuangan kepada rakyat. Meskipun China ada tentera yang lemah, mereka bejaya guna taktik perang gerila untuk ganggu kemaraan Jepun. Bantuan dari sekutu antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet juga membantu mengimbangi kekuatan Jepun.
Walaupun perang ini berlangsung selama lapan tahun dan membawa kehancuran yang besar, penyatuan rakyat China dalam melawan Jepun adalah bukti kekuatan sebuah bangsa apabila bersatu untuk mempertahankan tanah air mereka.
Perjuangan ini bukan sahaja melambangkan keberanian tetapi juga menjadi asas kepada kebangkitan China moden selepas Perang Dunia Kedua.
—
Kisah penentangan China dengan Jepun ada diceritakan dalam KITAB TAMADUN CHINA.
Berita baik untuk anda: dapatkan segera dengan DISKAUN sempena Jualan Tahun Baru Cina!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.