Tahukah anda, terdapat satu peristiwa bersejarah yang hampir mengubah haluan sejarah Eropah ke arah Islam? Peristiwa ini dikenali sebagai Pertempuran Tours atau Maʿrakat Balāṭ ash-Shuhadā’ yang berlaku sewaktu Hisyam bin Abdul Malik (724 – 743 M) bertakhta sebagai Khalifah Umayyah ke-10.
Pertempuran ini adalah kesinambungan kempen pembukaan Semenanjung Iberia yang bermula sejak tahun 711 Masihi. Kempen pembukaan ini diteruskan dengan kempen pembukaan Perancis yang bermula setelah kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Abdul Rahman al-Ghafiqi menumpaskan Kadipaten Aquintaine di sempadan Perancis. Adipati Aquintaine (Duke Eudes) yang melarikan diri ke Utara Perancis lalu memohon bantuan dari Raja Frankish, Charles Martel.
Kemenangan itu membuka laluan kepada tentera Islam untuk mara ke dalam Perancis lantas membawa kepada kejayaan menawan Lyon, Besancon, dan Sens sebelum tiba di Tours. Di Tours, Abdul Rahman mendapat berita bahawa Raja Frankish sedang berarak dengan bala tenteranya untuk menentang kemaraan tentera Islam.
Abdul Rahman lantas keluar dari Tours dan mengambil posisi di satu tempat antara Tours dan Poitiers. Pada bulan Oktober, tentera Islam dan tentera Kristian bertembung di tebing Sungai Loire. Dunia pada saat itu menyaksikan pertembungan epik antara dua tamadun.
Di sebelah tentera Islam, anggaran bilangan tentera adalah seramai 20,000 hingga 25,000 orang, manakala pihak Kristian pula antara 15,000 hingga 20,000 orang. Pertempuran bermula pada 12/13 Oktober dan berakhir pada 21 Oktober 732 M.
Pada 21 Oktober, kedua belah pihak saling bertempur. Awalnya, kelebihan memihak kepada tentera Islam. Namun telah berlaku satu kejadian yang menjadi ‘turning point’ yang lantas menukar haluan peperangan. Ketika peperangan berlangsung, wujud khabar angin yang menyatakan bahawa tentera Kristian telah berjaya menembusi barisan pertahanan lalu menjarah kem tentera Islam yang kaya dengan harta rampasan perang itu.
Khabar angin ini menyebabkan tentera Islam berpecah dan saling berundur ke kem bagi melindungi harta mereka. Disiplin tetntera Islam pada ketika itu musnah berkecai dibadai khabar angin itu. Melihatkan betapa kucar-kacirnya tentera Islam, tentera Kristian tidak berlengah untuk lancarkan asakan bertali arus. Abdul Rahman, yang gagal mengawal kemaraan tentera Charles Martel kemudian syahid dipanah musuh.
Akhirnya, pada sebelah malam, tentera Islam yang kian lemah berundur terus dari medan tempur. Keesokan harinya, kem tentera Islam sudah sepi dan lengang ditinggalkan. Jelas, kemenangan kini telah berpihak kepada angkatan Frankish pimpinan Charles Martel.
Kemenangan Charles Martel itu telah menghentikan kemaraan Islam menuju jantung Eropah sekaligus menjadikan Kristian sebagai agama dominan di rantau itu. Edward Gibbon, seorang sejarawan terkenal, berkata:
“Jika tentera Islam menang dalam Pertempuran Tours, mereka mungkin dapat jejakkan kaki ke penjuru paling hujung di Eropah, England mungkin sudah ditawan angkatan laut Arab, bahkan sekarang mungkin tafsir Al-Quran sedang diajarkan di sekolah Oxford.”
Demikianlah secebis kisah tentang bagaimana Eropah hampir ditawan Islam jika tidak kerana kekalahan dalam Pertempuran Tours. Peristiwa ini menjadi salah satu titik penting dalam sejarah Eropah dan Islam. Ianya menjadi saksi bahawa betapa hampirnya dunia Barat dikuasai oleh pengaruh Islam pada masa itu.
Oleh: Fakhry Harraz
Berminat dengan sejarah Eropah tapi tak pasti nak mula dari mana?
Sini saya cadangkan buku KITAB TAMADUN EROPAH.
Jom dapatkan segera dengan DISKAUN luar biasa sempena 7.7 di https://s.shopee.com.my/2q9gfQYOob

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply