Setelah menguasai lautan samudera untuk satu jangka waktu yang sangat lama, Tentera Laut Uthmaniyah telah memasuki fasa kemerosotan pada abad ke-18. Penak.lukan maritim telah berakhir dan frekuensi kekalahan terhadap kuasa pesaing di lautan kian meningkat, dengan Pertem.puran Çeşme pada tahun 1770 menjadi bencana yang paling dahsyat buat mereka, yang mengakibatkan kemus.nahan seluruh armada.

Namun, pada abad ke-19, wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali tentera laut.  Berikutan kekalahan dalam Pertem.puran Navarino pada tahun 1827, Sultan Mahmud II memberi keutamaan kepada pembangunan angkatan tentera laut moden, dan untuk itu kapal pe.rang pertama Tentera Laut Uthmaniyah diperoleh dari Eropah.

Semasa pemerintahan Sultan Abdülaziz, pembaharuan angkatan tentera laut diteruskan pada kadar peningkatan yang tinggi. Ini adalah tempoh kemajuan dalam revolusi pembuatan kapal di seluruh dunia, dan setelah menghadapi kapal pe.rang moden buat pertama kalinya semasa Pe.rang Crimea, Uthmaniyah menyedari hakikat bahawa mereka tak sepatutnya ketinggalan dalam perlumbaan kuasa maritim.

Kontrak membuat kapal bukan hanya diberikan kepada galangan kapal di Inggeris, Perancis dan Austria, tapi ada juga pemasangan tempatan yang dibuat di galangan kapal di Istanbul, Izmir, Gemlik, Mudanya, Çanakkale, Sinop, Crete, Basra dan Russe.

Pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Sultan Abdülaziz, angkatan tentera laut memiliki 21 kapal pe.rang dan 173 kapal lain, yang menjadikan Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah sebagai angkatan tentera laut ketiga yang paling besar di dunia selepas Inggeris dan Perancis. Namun, semua ini hanya dapat dicapai dengan mengenakan beban yang besar pada ekonomi yang sudah sedia merudum.

Selepas berakhirnya pemerintahan Sultan Abdülaziz, tentera laut mula dilupakan. Pengganti baginda, Sultan Abdülhamid II tak meletakkan prioriti yang tinggi lagi terhadap kepentingan angkatan tentera laut, salah satu punca utama adalah kerana kecurigaannya terhadap para penyokong reformis yang telah menjatuhkan pemerintahan Abdülaziz melalui konspirasi sulit pembu.nuhan baginda yang cuba diselindungkan sebagai kes bu.nuh diri.

Lain-lain alasan, kerana baginya kos yang dibelanjakan untuk penyelenggaraan tentera laut adalah terlalu tinggi, ditambah lagi dengan fakta yang baginda sendiri jadi saksi bahawa tentera laut tak berperanan semasa Pe.rang Turki-Rusia pada tahun 1877-1878.

Akhirnya, Abdülhamid memerintahkan semua kapal berlabuh secara kekal di Tanduk Emas.  Kapal-kapal tak diizinkan untuk beroperasi, meninggalkan pangkalan atau mengadakan latihan bedilan tanpa kebenaran dari sultan.

Oleh kerana tidak ada sumber daya yang mencukupi, rutin penyelenggaraan yang lengkap juga tak dapat dilakukan hingga menyebabkan keseluruhan armada menjadi usang dalam masa yang singkat.

Walaupun Sultan Abdülhamid II dipersalahkan kerana meninggalkan usaha warisan Sultan Abdülaziz dalam meningkatkan aset pertahanan maritim Uthmaniyah ini, tapi pada zaman Abdülhamid jugalah Empayar Uthmaniyah telah membeli dua buah kapal selam yang mencatat sejarah penting untuk Uthmaniyah.

Pada tahun 1885, Greece telah membeli kapal selam kelas Nordenfeldt pertama yang dibina di Stockholm. Tak mahu ketinggalan dan perlu menyeimbangkan daya saing dalam konteks dominasi kuasa maritim, Sultan Abdülhamid II juga membeli dua buah kapal selam kelas Nordenfeldt dengan harga 11,000 pound sterling.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan dari atase tentera Uthmaniyah di Berlin, Mejar Halil Bey, yang berpendapat bahawa dua kapal selam ini tak boleh digunakan di perairan berarus deras jika kelajuan dan kapasiti torpedo tak dipertingkatkan.

Akhirnya, kapal selam itu melengkapkan pembinaannya di Britain dan ditempatkan di Taşkızak Naval Shipyard di Istanbul. Kapal selam yang pertama diberi nama Abdülhamid, ia dilancarkan pada 6 September 1886 dan yang kedua, dinamakan Abdülmecid, dilancarkan pada 4 Ogos 1887.

Walaupun kedua-duanya mengalami masalah stabiliti dan terlalu mudah untuk dikaramkan jika berada di permukaan, kedua-dua kapal selam ini telah mencipta sejarah kejayaannya yang tersendiri dalam ujian awalnya.

Setelah berjaya melancarkan torpedo untuk menem.bak sasaran di Selat Bosphorus semasa hari ujian, kapal selam Abdülhamid dan Abdülmecid diiktiraf dalam sejarah ketenteraan maritim dunia sebagai kapal selam pertama yang berjaya melancarkan tem.bakan torpedo semasa berada dalam posisi menyelam pada paras yang paling dalam ketika itu.

Namun, kedua-dua kapal selam ini tak dapat lari dari menerima nasib yang sama seperti armada Uthmaniyah yang lain. Selepas beberapa kali menjalani ujian sementara di sekitar Istanbul dan Izmit, kedua-duanya dilabuhkan di Tanduk Emas dan tak lagi beroperasi secara aktif, hanya menunggu masa dijadikan besi buruk.

Semasa Pe.rang Turki-Yunani tahun 1897, Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah akhirnya diberi lampu hijau untuk keluar dari Tanduk Emas dan berlayar ke Çanakkale bagi tujuan melindungi laluan selat. Namun, usaha itu berubah menjadi sk.andal yang penuh kontroversi.

Ia kerana selepas bertahun-tahun lamanya armada Uthmaniyah tak diaktifkan, mereka gagal melakukan persediaan lengkap sepenuhnya walaupun hanya untuk bergerak seinci, apatah lagi jika nak terlibat dalam pertem.puran.

Dari enam buah kapal pe.rang yang cuba berlayar keluar dari Tanduk Emas, salah satu darinya mele.tup di bahagian dandang, yang lain mula dipenuhi air kerana masalah kebocoran dan satu lagi tersesat kerana dikaburi oleh hujan lebat.

Tanpa sebarang pengalaman, para pelayar Uthmaniyah tak tahu apa yang patut mereka lakukan, kerana para laksamana pun tak dapat menentukan keputusan tindakan apa yang akan diambil.

Walau bagaimanapun, Çanakkale dipertahankan dengan kekuatan dan keberkesanan pasukan tentera di barisan pertahanan darat yang dilengkapi dengan sen.jata mortar dan meriam. Kejayaan yang hampir serupa semasa menentang angkatan tentera sekutu ANZAC akan datang dalam Pe.rang Dunia Pertama.

Dua minggu selepas Pe.rang Turki-Yunani berakhir pada 21 Jun 1897, Panglima Tentera Laut, Hasan Rami Pasha menghantar laporan kepada sultan tentang keperluan yang mendesak untuk menghidupkan kembali armada angkatan laut dengan membeli kapal baru dari galangan kapal Eropah.

Sultan Abdülhamid II meluluskannya kerana baginda berpendapat sekurang-kurangnya perlu ada kapasiti angkatan laut untuk melindungi Dardanelles. Kapal yang terbaru dibeli dan kapal yang sedia ada diperbaiki.

Di antara senarai pembelian terbaru itu, ada dua buah kapal pe.rang yang dinamakan Hamidiye dan Mecidiye, yang masing-masing dibeli pada tahun 1903 dari Britain dan Amerika Syarikat.

Walaupun pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Abdülhamid menunjukkan ada perubahan dari segi kesedaran tentang kepentingan angkatan laut, armada yang diperoleh itu masih dalam keadaan yang usang semasa perlembagaan diisytiharkan pada tahun 1908.

Sebahagian besar kapal dah berusia antara 20 hingga 40 tahun dan tentera laut tak mampu mempertahankan bahkan tanah air mereka di Anatolia dan sekitarnya, inikan pula nak membantu wilayah-wilayah naungan yang masih ada.

Para pegawai hanya dilatih semasa kapal berlabuh tanpa sebarang pergerakan, tiada latihan secara simulasi. Sebilangan besar pelayar tak pernah melihat kapal mereka, walaupun mereka menerima gaji.

Kapal selam Abdülhamid

Pada tahun 1909, arus ideologi menunjukkan perubahan apabila Sultan Mehmet Reşad menaiki takhta Uthmaniyah. Baginda menyedari keperluan mendesak untuk menguatkan dan mengaktifkan semula tentera laut.

Namun masalahnya ketika itu Empayar Uthmaniyah dah tak ada pakar ketenteraan maritim. Untuk memperbaharui angkatan lautnya, Sultan Mehmet Reşad meminta Britain mengirimkan wakil tentera laut ke Turki.

Laksamana Douglas Gamble adalah ketua misi angkatan laut Britain yang pertama bermula dari awal dalam usaha untuk memodenkan dan memperkuatkan angkatan laut Uthmaniyah antara Januari 1909 dan Februari 1910.

Pemandangan dari udara pangkalan tentera laut Uthmaniyah di Istinye, Istanbul

Gamble qmenyusun semula armada, mengecilkan bilangan pegawai dan menghantar beberapa pegawai muda tentera laut ke Britain untuk menerima latihan. Sebagai sebahagian daripada program reformasinya, pergerakan pertama armada yang aktif dilakukan di Laut Marmara pada 27 Mei 1909 diikuti dengan gerakan besar yang diadakan di Laut Mediterania pada bulan September tahun yang sama.

Gamble terlibat dalam beberapa perselisihan pandangan dengan beberapa orang menteri Uthmaniyah mengenai struktur organisasi armada dan pengurusan kewangan. Dia menegaskan bahawa semua keputusan dalam hal itu harus diserahkan kepada dirinya saja. Setelah tiada kata sepakat, dia mengundurkan diri pada 26 Januari 1910.

Gamble digantikan oleh Laksamana Hugh Pigot Williams yang melakukan simulasi di Laut Marmara. Pada zamannya, dua kapal pe.rang yang dipesan dari Jerman menyertai armada. Walau bagaimanapun, Uthmaniyah semakin tak senang dengan kenyataan pahit yang usaha memodenkan dan membesarkan armada diletak di tangan orang asing.

Oleh itu, Kementerian Tentera Laut memutuskan untuk “melantik pegawai Turki yang bebas dan berwibawa sepenuhnya yang akan mengambil alih perintah armada sekiranya berlaku pe.rang” dan pada 2 Januari 1911, Kolonel Tahir Bey dilantik sebagai Naib Komander Tentera Laut.  Laksamana Williams, yang sedang berada di London ketika itu, menarik diri sebagai tunjuk perasaan.

Kali yang berikutnya dia datang ke Turki adalah sebagai kapten kapal HMS Irresistible dalam operasi menyerang Dardanelles pada tahun 1915. Operasi itu merangkumi beberapa serbuan oleh pihak pendaratan untuk menghan.curkan bateri artileri pertahanan pantai Uthmaniyah.

Pada 18 Mac, HMS Irresistible terlanggar ranjau berbentuk periuk api laut laut yang menyebabkan kapal mengalami kebocoran besar dan kegagalan enjin. Tanpa sebarang daya kuasa, kapal itu mula terapung memasuki ruang jangkauan meriam Turki, yang melepaskan tem.bakan bertalu-talu.

Cubaan untuk menundanya gagal, lalu anak kapal yang terselamat segera dievakuasi dan HMS Irresistible ditinggalkan dan akhirnya ia karam. Kira-kira 150 orang anak kapal terbu.nuh dalam proses kapal itu tenggelam. Pada tahun yang sama Williams memilih untuk bersara.

Poskad yang menggambarkan armada Uthmaniyah di Bosphorus

Selepas Williams menarik diri dari Uthmaniyah (sebelum Pe.rang Dunia Pertama), Kementerian Tentera Laut tak lagi mengambil mana-mana pegawai British. Ada satu ketika, Laksamana Gamble cuba dijemput lagi, tapi dia menolak tawaran itu.

Atas saranan British Admiralty, Laksamana Arthur Limpus dihantar ke Istanbul pada 6 Jun 1912. Limpus membawa armada di sepanjang perjalanan ke Beirut dengan melakukan manuver yang menjadi kejayaan besar pada masa itu.

Program itu terganggu oleh Pe.rang Turki-Itali dan Balkan. Pada tahun 1914, ketika Uthmaniyah mula bersekutu dengan Jerman dan perintah tertinggi Angkatana Tentera Laut Uthmaniyah diserahkan kepada Laksamana Jerman, Limpus pergi meninggalkan Istanbul.

Itulah penamat kepada pengaruh Inggeris seabad lamanya dalam Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah. Misi tentera laut Britain memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula armada dan organisasi Tentera Laut Uthmaniyah. Menteri Tentera Laut, Cemal Pasha, menulis dalam memoirnya:

“Menjadi tanggungjawab moral bagi saya untuk menekankan sekali lagi bahawa Laksamana Limpus, para pegawainya dan semua jurutera dan pegawai Britain, yang bekerja untuk memulihkan galangan kapal di Tanduk Emas, telah menyelesaikan tugas mereka dengan baik.”

Tentera Laut Uthmaniyah memerlukan kapal pe.rang baru, maka pemerintah telah menyediakan program sepuluh tahun untuk membeli kapal baru dan menyalurkan peruntukan yang dianggarkan kira-kira lima juta lira. Tapi jelas wang ini tak mencukupi.

Sementara itu, Greece dengan segera memperkuatkan angkatan lautnya dan telah membeli sebuah kapal penjelajah seberat 10,000 tan dari Itali yang diberi nama Averoff.

Masih belum ada kapal Tentera Laut Uthmaniyah yang mampu menandingi Averoff, dan oleh itu mereka bertekad untuk membeli kapal tem.pur jenis dreadnought. Kementerian Tentera Laut membuat pesanan dari galangan kapal Britain, Vickers Ltd.

 

Reşadiye dalam pembinaan di limbungan kapal Inggeris

Kapal seberat 27,500 tan itu diberi nama Reşadiye dan harganya sebanyak 2,3 juta lira yang akan dibayar secara ansuran. Satu suruhanjaya dilantik untuk memantau proses pembinaan kapal dan suruhanjaya yang diketuai oleh Mejar Vasıf Ahmet Bey ini pergi ke Britain pada tahun 1912.

Sementara itu, persaingan ketenteraan maritim antara Argentina dan Brazil membuatkan Brazil selepas itu memesan kapal dreadnought dari galangan kapal Britain Armstrong Whitworth pada tahun 1911, ia akan diberi nama Rio de Janeiro.

Namun, pada tahun 1913 kedua-dua negara itu telah menyelesaikan konflik mereka dan Brazil menghentikan pembayarannya. Uthmaniyah mengambil alih kontrak untuk Rio de Janeiro, dan menukar namanya menjadi Sultan Osman.

Kedua-dua kapal dreadnought itu sepatutnya diserahkan pada pertengahan tahun 1914. Kapal pe.rang ketiga, yang diberi nama Fatih, dipesan dari Vickers Ltd. Pada tahun 1914.

Pembinaan berjalan lebih perlahan dari apa yang dijangkakan oleh Uthmaniyah. Kapal Sultan Osman sebenarnya telah siap dibina, tetapi sistem sen.jatanya perlu dipasang. Reşadiye dilancarkan ke lautan dalam upacara perasmian pada 3 September 1913, dengan Naile Hanım, anak perempuan duta besar Uthmaniyah ke London, Tevfik Pasha, memecahkan sebotol air mawar di atas kapal.

Sementara itu, Sultan Osman telah dibayar sepenuhnya, dan hanya tinggal beberapa kali bayaran ansuran terakhir saja lagi untuk menyelesaikan proses pembelian Reşadiye.

Pada 8 Januari 1914, Kapten Rauf Bey bersama dengan pegawainya menuju ke Newcastle untuk memantau fasa akhir penyediaan kapal Sultan Osman dan perlu membawanya pulang ke Istanbul. Sistem sen.jata terbaru perlu dipasang, beberapa fasiliti dalaman kapal harus diubah mengikut standard Turki, mesin dan sen.jata harus diuji.

Rauf Bey tidak berpuas hati. Kerja-kerja ini berjalan terlalu perlahan dan Greece bakal menerima kapal pe.rang baru dari Amerika Syarikat. Sistem sen.jata juga tak memuaskan baginya. Dalam surat bertarikh 4 Februari 1914, dia menulis kepada Istanbul:

“Kontrak untuk Sultan Osman tak termasuk klausa yang mengharuskan kapal itu dilengkapi dengan sen.jata anti-zeppelin. Sebaiknya Sultan Osman dilengkapi dengan empat laras sen.jata 76 mm, yang telah diuji pada kapal Reşadiye di galangan kapal Vickers. Sekiranya Kementerian Tentera Laut tak keberatan, disarankan untuk menghubungi galangan kapal Armstrong dan membuat pesanan sesuai dengan keperluan kita.”

Memasuki bulan Julai 1914, dan kapal masih diuji di perairan Inggeris dan Uthmaniyah mula hilang kesabaran mereka. Rauf Bey meminta untuk mengibarkan bendera Uthmaniyah di kapal Sultan Osman dengan upacara dilangsungkan pada 2 Ogos 1914 pada pukul 8 pagi. Sementara itu kru dari Uthmaniyah telah tiba di Newcastle.

Ada sebabnya mengapa galangan kapal Inggeris amat perlahan. Menjelang bahang pe.rang semakin tak dapat dielakkan, pemerintah Inggeris tak mahu mengambil risiko melepaskan kapal-kapal sekuat itu meninggalkan perairan Britain di saat Uthmaniyah semakin rapat dengan Jerman.

Tuan Pertama Laksamana Winston Churchill sedar bahawa tindakan embargo yang berpanjangan akan mengakibatkan krisis diplomatik tapi dia tidak mahu mengambil risiko yang akan menyebabkan kapal pe.rang yang mereka sendiri bina akan meme.rangi Tentera Laut Diraja Britain.

Pada pagi 1 Ogos 1914, para pegawai galangan kapal Armstrong mengadakan pertemuan dengan pegawai tentera tempatan dan pada hari yang sama di sebelah petang, kawasan dermaga dipenuhi dengan tentera Inggeris.

Poskad yang menggambarkan armada Uthmaniyah di Bosphorus

Hanya sekitar dua puluh jam sebelum bendera Uthmaniyah dikibarkan pada kapal Sultan Osman, tiba-tiba kapal itu disita dan anak kapal Turki terpaksa mengosongkan kapal itu. Pada 3 Ogos 1914, Churchill mengisytiharkan kerajaan Britain telah mengenakan sekatan terhadap dua kapal pe.rang tersebut.

Apabila Britain mengisytiharkan pe.rang keesokan harinya, kedua-dua kapal itu diambil alih oleh Britain tanpa sebarang pampasan kerana Empayar Uthmaniyah bersekutu dengan Empayar Jerman. Rauf Bey, Vasıf Ahmet Bey dan semua kru-kru Turki keluar meninggalkan Britain dengan tangan kosong dan tiba di Istanbul pada 22 Ogos 1914.

Pada 5 Ogos 1914, Duta Besar Uthmaniyah ke London, Tevfik Pasha, mengirim telegram ke Istanbul:

“Apabila saya dimaklumkan yang Inggeris telah merampas dua kapal pe.rang milik kita dan meminta pegawai kita pulang, saya menemui ketua setiausaha Pejabat Luar Negeri. Dia mengatakan bahawa langkah-langkah ini dianggap satu keperluan oleh Laksamana. Ketika saya bertanya apakah penyitaan itu mutlak, dia menjawab itu bukan satu tindakan yang mewajibkan kerajaan Britain perlu membeli kapal-kapal itu, dan kerajaan bebas jika mahu membelinya atau memulangkannya kepada kita di masa depan. Saya cuba mempersoalkan kesahihan tindakan yang diambil sewenang-wenangnya ini, tapi dia tidak mahu lagi membincangkannya dan hanya mengulang kembali yang dia telah nyatakan sebelum itu.”

Penyitaan dua kapal dreadnought ini oleh Britain mengejutkan Istanbul. Menteri Tentera Laut, Cemal Pasha, menyampaikan rasa protesnya kepada Laksamana Limpus, manakala Enver Pasha menyebut tindakan ini sebagai bukti yang jelas “pengkhianatan British.” Sementara itu, kapal Reşadiye ditugaskan dalam Tentera Laut Diraja British dengan nama HMS Erin, dan kapal Sultan Osman menjadi HMS Agincourt.

Sultan Osman dalam pembinaan di limbungan kapal Inggeris

Goeben dan Breslau

Semasa Kapten Rauf Bey dan anak kapalnya dalam perjalanan pulang dari Britain menuju ke Turki dengan menaiki feri Reşit Pasha, dua kapal penjelajah Jerman, Goeben dan Breslau memasuki Dardanelles. Mereka adalah Mittelmeerdivision dari Tentera Laut Jerman (Divisyen Mediterranean) di bawah perintah Laksamana Wilhelm Souchon.  Kedua buah kapal pe.rang ini sedang dikejar oleh armada Inggeris dan meminta kebenaran untuk memasuki selat di bawah kawalan Uthmaniyah.

Setelah rundingan ringkas antara Enver Pasha dengan perwakilan Misi Ketenteraan Jerman di Istanbul, dia memberi kebenaran untuk kapal penjelajah Jerman memasuki Dardanelles. Goeben dan Breslau melepasi zon beranjau yang menjaga keselamatan selat lalu mereka diiring ke Istanbul, di mana pada 16 Ogos 1914 mereka menjadi kapal Tentera Laut Turki dalam gerakan diplomatik.

Uthmaniyah mengumumkan kedua buah kapal itu “dibeli” dari Jerman. Bendera Uthmaniyah dikibarkan di atas kedua buah kapal itu dan topi fez diedarkan kepada para pelaut Jerman. Goeben dinamakan semula sebagai Yavuz dan Breslau menjadi Midilli. Sepanjang pe.rang, kapal-kapal ini dikendalikan oleh pegawai dan pelaut Jerman yang memakai pakaian seragam tentera Uthmaniyah.

Pemindahan dua kapal Jerman kepada Tentera Laut Turki diprotes oleh kuasa Sekutu terutama sekali oleh Britain, pada masa yang sama, Enver Pasha dan juga seluruh Istanbul meraikan kedatangan Yavuz dan Midilli dengan sambutan meriah.

Pada 9 September 1914, Laksamana Souchon dilantik sebagai komander armada Uthmaniyah, menandakan permulaan pengaruh Jerman terhadap Tentera Laut Uthmaniyah yang akan berlanjutan hingga berakhirnya Pe.rang Dunia Pertama. Komander armada kedua ialah Kolonel Arif Bey.

Perkara pertama yang dilakukan Laksamana Souchon adalah memperhebatkan program latihan tentera laut, mengoptimumkan jumlah kakitangan dan melantik pegawai Jerman untuk setiap kapal pe.rang.  Pegawai Jerman akan mengawasi latihan dan menggantikan komander Turki jika perlu. Laksamana Souchon juga perlu menyusun semula organisasi armada Uthmaniyah.

Empayar Uthmaniyah secara rasmi menyertai Pe.rang Dunia Pertama, semasa Laksamana Souchon mengemudi kapal Yavuz dan Midilli menuju ke Laut Hitam dan bertindak mengebom pelabuhan-pelabuhan Rusia di Odessa dan Sevastopol.

“Tak ada sesiapa pun di antara kita yang tahu mengenai perkara ini. Saya sangkakan Enver Pasha pasti dimaklumkan tentang apa yang berlaku. Tapi dia bersumpah di atas nama Allah yang dia tak ada sebarang maklumat apa pun mengenai kejadian itu.  Oleh itu, kita menyertai pe.rang sebagai akibat dari satu kejadian yang fait accompli  (tindakan yang telah berlaku sebelum mereka yang dipengaruhi olehnya berada dalam posisi untuk mempersoalkan atau mengundurkannya)” — Talat Pasha dalam memoirnya

Walaupun Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah jauh lebih lemah berbanding negara-negara Sekutu, prestasinya semasa pe.rang dunia jauh lebih baik daripada apa yang mereka capai dalam Pe.rang Balkan dan tentera laut memberikan sumbangan yang sangat besar dalam usaha pe.rang Uthmaniyah.

 

Armada Uthmaniyah memasuki Laut Hitam

Pertama sekali, di Laut Hitam yang dikuasai Rusia, armada Uthmaniyah melindungi jalur pengangkutan, terutamanya laluan bekalan ke barisan hadapan Kaukasus dan laluan pengangkutan arang batu antara Zonguldak dan Istanbul. Mereka juga mempertahankan Bosphorus bagi mencegah kemungkinan pencerobohan oleh Armada Laut Hitam Rusia, menyerbu pesisir pantai dan saluran bekalan Rusia.

Ada beberapa kejadian ketika kapal pe.rang Uthmaniyah bertembung dengan armada pe.rang Rusia di Laut Hitam. Uthmaniyah berjaya menenggelamkan tiga kapal pe.rang Rusia yang seberat 7,900 tan.

Di Laut Marmara, armada Uthmaniyah mengawasi saluran bekalan antara Istanbul dan Çanakkale dan menentang kapal selam musuh yang berusaha memus.nahkan jalur ini. Dalam kempen Gallipoli, mereka memainkan peranan penting dengan memasang periuk api laut dan menyokong unit darat Uthmaniyah.

Dari 16 kapal Inggeris dan Perancis  (92,273 tan) yang karam di Dardanelles, 27,875 tan ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman di perairan Turki, 41,155 tan karam akibat terlanggar ranjau, 13,150 tan ditenggelamkan oleh kapal pemus.nah Muavenet-I Milliye, 800 tan ditenggelamkan oleh torpedo kapal Sultanhisar dan 1,115 tan lagi ditenggelamkan oleh bot peronda.

Di barisan hadapan Sinai, semasa se.rangan di Terusan Suez, kapal-kapal Uthmaniyah meme.rangi unit tentera laut Britain dengan memasang ranjau. Di Mesopotamia, selain operasi pemasangan ranjau, flotila sungai juga aktif. Dalam semua operasi ini, anak kapal Uthmaniyah bekerjasama dengan pakar Jerman yang banyak menyumbang kepada keupayaan tentera laut Uthmaniyah.

Kru kapal Yavuz

Armada Uthmaniyah menghadapi kerugian yang besar semasa pe.rang. Tak cukup dengan dua kapal dreadnought mereka yang dirampas oleh Inggeris sebelum pe.rang, Tentera Laut Uthmaniyah kehilangan kapal pe.rang seberat 32,218 tan.

Kerugian ini melibatkan kapal Mecidiye, Yarhisar, Mesudiye, Barbaros, Gayret-I Vataniye, Yadigar-I Millet dan Midilli. Selanjutnya, 7,124 tan kapal sokongan didapati hilang dan tujuh kapal pe.rang dengan jumlah berat keseluruhan 26,309 tan mengalami kerosakan teruk.

Pada bulan September 1917, Laksamana Souchon kembali ke Jerman dan digantikan oleh Laksamana Hubert von Rebeur-Paschwitz yang merancang se.rangan terhadap pulau-pulau Imbros dan Lemnos.

Se.rangan ini menemui kegagalan dengan karamnya Midilli setelah melanggar periuk api laut dan Yavuz yang hampir tak dapat diselamatkan mengalami kerosakan serius dibawa pulang ke Dardanelles. Ini adalah salah satu operasi terakhir armada Uthmaniyah.

Pe.rang Uthmaniyah berakhir dengan gencatan sen.jata yang ditandatangani di pelabuhan Mudros di Lemnos pada 30 Oktober 1918. Pada 3 November 1918, Panglima Tentera Laut Arif Pasha memerintahkan agar semua bendera untuk dikibarkan pada semua kapal pe.rang yang terletak di Tanduk Emas di Istanbul.

Semasa panji diturunkan, Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah secara rasminya sudah tidak lagi wujud. Semasa minggu-minggu terakhir tahun 1918, kapal-kapal pe.rang dilucutkan sen.jatanya, sesuai dengan syarat-syarat gencatan sen.jata, semasa armada Sekutu mula berlabuh di Bosphorus.

Jika Sultan Abdülaziz tak ‘bu.nuh diri’, mungkin nasib Empayar Uthmaniyah akan berubah. Pada zaman Abdülaziz, angkatan tentera laut Uthmaniyah yang sebelum itu merosot berabad lamanya, mengalami kemajuan pesat hingga menjadi angkatan tentera laut ketiga yang terbesar di dunia.

Dan jika Angkatan Tentera Laut Uthmaniyah mampu mengekalkan status tersebut walaupun Pe.rang Dunia Pertama tetap akan berlaku, mungkin Britain tak akan pernah berani memperlakukan Uthmaniyah sedemikian rupa hingga ke tahap sanggup ‘kencing’ pelanggan mereka sendiri.

RUJUKAN:

Bernd Langensiepen, Ahmet Güleryüz, The Ottoman Steam Navy, 1828-1923, Naval Institute Press, Annapolis, Maryland, 1996,


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.