Khamis, 15 Oktober 202615 Okt 2026
Psikologi

Ketidaksempurna Itu Sebuah Tarikan

“Perhaps it is our imperfections that make us so perfect for each other.”

–
Jane
Austen

Manusia
diciptakan oleh Tuhan sebagai mahkluk yang tidak sempurna. Kita tidak
seharusnya mengharapkan yang sempurna kerana ia tidak wujud dalam diri setiap
manusia. Di sebalik ketidaksempurnaan masing-masing, psikologi sosial mendapati
bahawa kita cenderung untuk tertarik kepada mereka yang mempamerkan ketidaksempurnaan.

Dalam
erti kata lain, kita kelihatan lebih menarik apabila kita melakukan kesilapan. Apatah
lagi jika kita sememangnya mempunyai perwatakan yang menarik dan berkebolehan
dalam sesuatu aspek, kita akan kelihatan lebih menarik apabila melakukan
kesilapan. Namun, jika kita hanya manusia biasa yang tidak berkebolehan atau
tidak mempunyai apa-apa bakat yang menonjol, melakukan kesilapan hanya akan
merendahkan daya tarikan kita.

Dalam
psikologi sosial, hal ini dinamakan “Kesan Kecanggungan” (Pratfall Effect). Daya tarikan seseorang itu mampu meningkat
ataupun merudum berdasarkan pencapaiannya secara umum.

Sebagai
contoh, berbanding seorang atlet biasa, seorang atlet larian yang sentiasa
memenangi tempat pertama dalam setiap acara larian akan kelihatan lebih menarik
di mata penyokongnya apabila dia kalah dalam satu ataupun dua acara larian yang
disertainya.

Kajian
mengenai Kesan Kecanggungan ini diperkenalkan oleh Elliot Aronson pada tahun
1966. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan dan punca
kesan ini termasuklah kesan jantina, keyakinan diri serta hubungan antara jenis
kesilapan dengan daya tarikan.

Menerusi eksperimen yang dijalankan oleh Aronson,
sebanyak 48 orang pelajar lelaki dari University of Minnesota dijadikan subjek
dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diminta mendengar satu
rakaman temu bual yang merupakan uji bakat untuk sebuah program kuiz
televisyen. Subjek diminta mendengar salah satu daripada rakaman berikut;

  1. Peserta yang hebat
    menjawab soalan.
  2. Peserta yang sederhana
    menjawab soalan.
  1. Peserta yang hebat
    menjawab soalan dan melakukan kesilapan.
  2. Peserta yang sederhana menjawab
    soalan dan melakukan kesilapan.

Keputusan
daripada temu bual tersebut menunjukkan bahawa peserta uji bakat yang hebat
tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 92% manakala peserta uji bakat
yang sederhana tersebut hanya mendapat markah sebanyak 30%.

Aronson
seterusnya meneguhkan bukti “kehebatan” dan “kebiasaan” peserta-peserta
tersebut dengan personaliti sebenar kedua-duanya. Peserta yang hebat tersebut
merupakan seorang pelajar contoh di sekolah, seorang editor majalah sekolah dan
salah seorang atlet larian sekolah.

Peserta
yang sederhana pula hanya mempunyai pencapaian sederhana di sekolah, merupakan
seorang proofreader untuk majalah
sekolah di samping tidak layak menjadi atlet larian sekolah.

Setelah
mendengar rakaman tersebut, subjek menjawab soalan-soalan tentang tanggapan
mereka terhadap kedua-dua peserta. Keputusan membuktikan bahawa ternyata
peserta yang hebat itu mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi dan dianggap
lebih menarik walaupun melakukan kesilapan manakala daya tarikan peserta yang
sederhana didapati merudum apabila melakukan kesilapan.

Natijahnya,
seseorang yang hebat itu sering dianggap sebagai “superhuman” ataupun seorang manusia yang hebat dan sempurna.
Kehebatan dan kesempurnaan mereka tidak dapat dikaitkan dengan diri kita
sebagai manusia yang kita anggap sederhana dan penuh ketidak-sempurnaan.

Namun
begitu, kita akan merasa lebih tertarik apabila manusia yang dianggap hebat ini
melakukan kesilapan kerana kita dapat merasakan ketidaksempurnaan mereka “dekat”
ataupun boleh dikaitkan dengan diri kita. Kita rasa kagum manusia yang hebat
ini berada setaraf dengan kita kerana kesilapan tersebut.

Contoh
kehidupan sebenar boleh dilihat pada aktres Hollywood
terkenal, iaitu Jennifer Lawrence. Lawrence merupakan seorang aktres yang
berbakat dan telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam dunia
perfileman.

Jennifer
Lawrence. Gambar mula-mula yang digunakan untuk topik ini merupakan gambar
Lawrence terjatuh di tangga pentas ketika menerima Anugerah Oscar 2015.

Namun
di sebalik kehebatan itu, beliau juga dikenali sebagai seorang aktres yang agak
kekok terutamanya ketika insiden-insiden di mana beliau terjatuh di atas pentas
semasa menerima anugerah.

Di
sebalik kesilapan dan kekekokan beliau itu, masyarakat khususnya peminat beliau
tetap menggelar beliau sebagai seorang yang merendah diri dan “sederhana”. Hal
ini menjadikan peminat Lawrence bertambah kerana ramai yang merasakan bahawa
personaliti Lawrence yang bersahaja itu dekat dengan diri mereka sekali gus
menaikkan lagi populariti selebriti tersebut.

Namun
begitu, menurut Kay Deaux, Kesan Kecanggungan ini seringkali dikaitkan dengan
golongan lelaki. Deaux mengatakan bahawa wanita merupakan golongan yang lebih
cenderung menganggap kesilapan yang dilakukan oleh kedua-dua jantina yang
hebat, baik lelaki mahupun wanita, boleh meningkatkan daya tarikan yang sedia
ada. Kedua-dua jantina pula merasakan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
yang sederhana itu tidak menarik.

Kesimpulannya,
terimalah kesempurnaan diri kita kerana di luar sana, akan ada seseorang yang
merasakan ketidaksempurnaan kita ini menarik. Jangan pernah takut melakukan
kesilapan kerana kita semua bukan sahaja belajar daripada kesilapan diri
sendiri, bahkan kita juga mampu jatuh cinta atas kesilapan orang lain.

Ketidaksempurnaan itu merupakan kesempurnaan, paling-paling tidak daripada kaca mata mereka yang menyayangi diri kita. Justeru, bahagialah bagi diri mereka yang mampu melihat dan menerima ketidaksempurnaan diri sendiri sebelum mencari ketidaksempurnaan orang lain.

Anda sedang membaca sebahagian daripada bab The Human Complex. Hari ini pula merupakan hari terakhir untuk melakukan tempahan anda. Cepat dapatkan buku ini di www.wasap.my/60195812791.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet