Malam tadi aku menonton video pendek ini dari YouTube, tentang satu fenomena di pasca moden ini iaitu betapa ‘rare‘nya sebenarnya kita jatuh cinta.

Di bawah adalah videonya, dan ini adalah artikel aku kupaskan.

Apabila semalam heboh di Twitter aku lihat perkelahian antara dua golongam – yang pragmatik, yang percayakan kestabilan dari emosi, dengan yang idealis, yang percaya cinta itu melebihi dari harta benda, aku memilih untuk senyap.

Yalah, dengan keadaan aku yang macam ni, tak stabil dari segi kewangan atau emosi, siapa je la nak jadi makwe aku, ye dak?

Tapi aku berfikir panjang selepas menonton wawancara pendek dengan tokoh falsafah yang aku minat dari Slovenia, Slavoj Žižek.

Žižek bercakap tentang ‘jatuh cinta’ ini adalah suatu ‘event’, acara – perkara yang berlaku dalam seumur hidup kita.

Event ni macam contoh, kau menang pertandingan lumba lari peringkat sekolah. Bukan hari-hari kau boleh menang, kan?

Event ni tak sama macam rutin, benda yang hari-hari kau buat. Sebagai contoh, hari-hari kau makan, hari-hari kau maki Najib, atau hari-hari kau mandi. Benda setiap hari kau buat.

Dalam kehidupan kita, sudah pasti kita lalui rutin kita sehari-hari, dan sekali sekala, akan berlaku event dalam hidup kita. Adakalanya event tu tak memberi impak sangat dalam hidup kita, tapi adakalanya, event tu memberi kesan pada hidup kita bertahun-tahun lamanya.

Dalam menceritakan tentang perkara rutin vs event ni, eloklah aku kepilkan lagu yang relevan, iaitu Teenage Dirtbag dari kumpulan Wheatus.

Lagu ini mengisahkan seorang loser yang crush dengan seorang makwe cun, tapi rutinnya kena buli kat sekolah.

Dalam lagu ini, dia bercerita tentang perasaannya terhadap makwe ni, dalam masa sama, makwe ni dah ada boyfriend – dan boyfriend dia seorang asshole yang suka buli dia.

Pendek kata, boyfriend makwe ni membuli dia secara rutin.

Pada verse terakhir, makwe tu ajak dia tengok konsert Iron Maiden “come with me Friday, don’t say maybe”, dan sudah pasti ini menjadi event terbesar dalam hidup mamat tu, ye dak?

Apabila orang mengatakan tentang JATUH CINTA, orang jarang melihat impak jatuh cinta tu sebagai ‘event‘, sebaliknya orang hanya nak berbual tentang kelangsungan rutin hari-hari. Dari situ orang bercerita tentang kestabilan mengatasi perasaan dalam fahaman pragmatisme.

Dan sejak The Great Recession (kejatuhan ekonomi 2008/09), millennials tidak melihat event jatuh cinta sebagai perkara yang signifikan dalam hidup. Orang lebih suka bercakap tentang kejayaan dalam karier atau bidang yang diceburi, misalnya.

Kerana pada millennials, jatuh cinta tidak membantu apa-apa untuk diri kecuali hanya terbuai-buai dalam perasaan. Millennials mahukan kedudukan ekonomi yang kukuh sebab cinta bukan boleh buat kenyang, macam makan nasi, ye dak?

Kalau kau ni jenis rajin kaji lagu Top 40 dari tahun 1950an sampai sekarang macam aku, kau akan perhatikan era 50an dan 60an banyak lagu cinta yang menguasai carta, dan begitu juga di tahun 90an, berbanding sekarang.

Ever wonder?

Sebab cinta pun berkait dengan ekonomi.

Dalam video Vox yang mengkaji tentang perkara ini, terdapat satu hubungkait antara cinta dan ekonomi – di mana, kalau kau dalam kelompok middle class, chances kau untuk jatuh cinta lebih mudah berbanding kau berada di working class.

Aku ambik contoh diri aku sendiri lah. Back in late 90s sampai sebelum krisis ekonomi 2008, aku di dalam tax bracket golongan middle class. Ayah aku businessman, begitu jugak mak aku. Jadi, kemampuan aku untuk bercinta tu ada.

Aku boleh beli baju lawa, boleh dating dengan makwe tanpa memikirkan tentang betapa susahnya untuk berbelanja sewenang-wenangnya.

Ini berbeza dengan aku sekarang. Dengan pasaran buku yang tengah slow ni, aku tak rasa aku mampu untuk berjalan ke luar negara (ASEAN je kot), macam aku selalu buat masa scene buku tengah cantik.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, tengok movie pun 3 bulan sekali. Kalau dulu, kalau boleh setiap minggu nak tengok wayang.

Jadi, macam mana nak bercinta kalau kita takde duit untuk keluar dating?

Maka ia berbalik pada isu rutin vs event tadi.

Apabila cinta dah jatuh dalam keadaan rutin, kita mula memikirkan hal-hal remeh macam nak belikan makwe mekap kat Sephora, atau pening bila isteri ajak pergi Bangi Sentral untuk beli tudung dUCk terbaru.

Antara sebab kegagalan dalam percintaan ialah kurangnya aktiviti untuk dijadikan event macam tiba-tiba kau ajak makwe kau roadtrip ke, atau tiba-tiba kau ajak isteri kau pergi konsert ke.

Dan perkara itu akan sentiasa diingat. Bila jatuh kategori rutin, ia akan jadi bosan.

Ia tidak lagi dalam keadaan event macam masa mula-mula first date dulu.

First date akan sentiasa jadi yang terindah, sebab ia event. Bukan selalu kita akan dapat first date. Tapi bila dah hari-hari jumpa, itu jadi rutin.

Bagi akulah, dalam isu semalam antara si Nuyaya vs the world tentang lelaki miskin tak boleh bercinta tu, dua-dua ada betul dan dua-dua salah. Tak ada absolute truth kat situ.

Sebab kita bercakap tentang perspektif, dan masing-masing nak menegakkan perspektif masing-masing.

Bagi aku selaku lelaki miskin yang single ni, let’s be honest lah, siapa la nak aku ni. Memang tak ada pun. Dan aku sedar diri, sebab tu aku tak meletakkan cinta sebagai priority buat masa ni.

Tapi dalam masa sama, aku mengkritik juga sikap perempuan millennials yang tak nak bina hidup sama-sama. Nak yang dah stabil je baru boleh bercinta dengan dia. Mana cabarannya? Hari ni lelaki tu kaya, kau cinta dia. Nanti bila miskin, kau blah camtu je ke? Tak bolehlah.

Aku rasa, perkara terbaik dalam percintaan ini ialah cuba mencipta event dalam masa menjalani rutin bersama-sama. Mana ada orang hari-hari honeymoon, beb.

Cinta ini indah, bila kau gunakan perasaan yang kau ada, sebagai semangat untuk kau teruskan rutin kau sehari-hari.

Hanya bila kau menghargai cinta bukan dalam bentuk material, dalam masa sama bekerja keras mendapatkan material untuk hidup bersama yang tercinta, barulah bahagia.

Akhir kata, tak sangka aku yang loser takde makwe nak ni, tulis benda macam ni.

Makwe aku dah meninggal, dan aku takkan ada perasaan yang sama macam dulu lagi dah. Jadi aku teruskan saja rutin hidup ni, mana tahu, ada event bahagia di depan.

Kalau ada lah. Takde nak buat camne.

Ye dak?

Sekian,

Nami Cob Nobbler
Gagalist sejak 2012 tak pernah ada steady relationship.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.