Selasa, 24 November 202624 Nov 2026
Psikologi

Ketaksuban Membeli-Belah – Sebuah Penyakit Jiwa

Hari
Bujang mempunyai eksklusiviti luar biasa terutamanya dalam kalangan rakyat
Malaysia. Yang mana Maulidur Rasul boleh diselar kerana kecaman bid’ah dan Hari
Kekasih pula dinistakan atas kecenderungan zina, Hari Bujang merangkul hati
pengguna dengan diskaun serta promosi. Sambutan ini memberikan anjakan
perniagaan kepada pedagang-pedagang atas talian China, negara dimana hari ini
diasaskan. Namun kewujudannya mengingatkan semua bahawa perbelanjaan perlu
disaring dan diteliti sebaik-baiknya.

Tiada
masalah pun jika ingin berbelanja, asalkan dahulukan keperluan atas kehendak.
Sebuah ekonomi mewajibkan rakyatnya berbelanja. Namun perbelanjaan kehendak jika terlalu banyak boleh
mendatangkan musibah. Begitulah nasib yang menimpa Wang dari Luzhou. Beliau
merupakan seorang anak muda yang mempunyai seorang anak bersama surihati
bernama Zhan. Malang tidak berbau, surihatinya telah dicuri hati pada 11
November 2019.

Menghampiri
Hari Bujang, polis China menerima panggilan kecemasan. Wang ingin membvnvh
diri. Apa yang mendorong Wang ke bumbung bangunan 33 tingkat sebenarnya menarik
untuk dikaji. Kerana Zhan baru sahaja berbelanja sebanyak RM177,559 dalam
bentuk hutang membeli segala kemewahan duniawi seperti beg tangan dan minyak
wangi sebagai contohnya. Oleh kerana tiada jalan lain, Wang hampir kehilangan
nyawanya sebelum dipujuk polis bersertakan dengan janji daripada Zhan.

Janji
tersebut wajar dianggap sebagai manifesto kerajaan semata-mata. Harapan untuk
Wang tidaklah tinggi, kerana Zhan pernah membuat janji yang sama tahun
sebelumnya selepas berbelanja RM118,374 sempena Hari Bujang.

Jika ada
isteri di Malaysia ingin menandingi Zhan, pertama sekali wang yang kalian
perlukan bukanlah nama suami. Kedua, pastikan perbelanjaan kalian dibuat pada
The Patriots sahaja.

Situasi
kedua pula dilaporkan dalam kajian Universiti Delhi yang diterbitkan pada April
2010. Seorang pensyarah berusia 36 tahun telah menghidapi sejenis penyakit
ketagihan membeli-belah barangan yang tidak diperlukan pun. Ketagihan ini
mendorongnya untuk berbelanja tanpa had sampai berhutang dengan kawan-kawan
serta kad kredit. Mengelak pusat-pusat beli belah juga tidak membuahkan hasil
apabila promosi-promosi barangan mencerobohi penglihatannya melalui paparan
televisyen pula. Situasinya – beliau dibuai sejenis keghairahan yang hanya
boleh dipuaskan melalui berbelanja.

Wanita-wanita
ini sebenarnya menghidapi sebuah penyakit compulsive
buying disorder
atau bahasa mudahnya oniomania. Berasal daripada bahasa
Yunani, oniomania datang daripada definisi “gila” dan “(dengan) jualan” yang
menerangkan secara klinikal tentang ketaksuban seseorang untuk membeli-belah
sampai ada kesan sampingan. Kemurungan pula akan menyebabkan gangguan pemakanan
dan penyalahgunaan dadah.

Punca Kejadian Oniomania

Setiap
perkara yang berkaitan dengan psikologi mengambil masa panjang untuk berlaku.
Kemurungan misalnya mempunyai perbezaan dengan stres. Disebabkan itu juga ramai
dalam kalangan doktor dan bekas-bekas pesakit kemurungan sangat mencela
golongan bodoh sombong yang menyekutukan kedua-dua perkara ini. Dan oniomania
pula timbul daripada beberapa sebab yang kadangkala mengganggu psikologi pada
masa yang sama.

Dalam
sebuah otak yang sihat, bahagian hadapan (frontal
cortex)
mempunyai fungsi berkenaan dengan ganjaran. Namun fungsi ini
didapati rosak bagi pesakit-pesakit oniomania pula. Puncanya pula berbeza. Terdapat
segelintir manusia yang cenderung untuk mempunyai pemikiran kesempurnaan (perfectionism).

Jika
disebatikan bersama pengalaman-pengalaman berkaitan insecurity, ketidakjujuran dan compulsiveness,
oniomania boleh berlaku sebagai langkah untuk bagaikan kawal keadaan.

Namun
unsur biologi kadangkala tiada kaitan pun. Kadangkala manusia terlalu ghairah
untuk membeli oleh kerana tidak tahu membezakan keperluan dan kehendak,
terutamanya apabila memegang kad kredit. Namun akses kepada Internet juga
dianggap sebagai punca oniomania. Sebelum ini ramai menciptakan status sosial
berdasarkan cara hidup mewah. Namun zaman sekarang, ramai berlumba-lumba untuk
mengukuhkan lagi status ini melalui paparan meluas seperti Facebook dan
Instagram.

Unsur
ini diberikan nama materialisme untuk mengejar imej masyarakat yang sebenarnya
tidak bertepatan pun.

Impak Oniomania

Bebanan
kewangan boleh mendorong sesiapa pun untuk membvnvh diri, terutamanya dalam
situasi Wang yang sudah melangsaikan semua hutang dibuat isterinya. Oniomania
boleh merosakkan kualiti perkahwinan sehingga cerai-berai yang menghancurkan
kestabilan masa depan anak-anak pun. Tekanan kewangan turut boleh memberikan
impak kepada kualiti pekerjaan. Sejarah kewangan yang jelas dalam penyata bank
turut boleh menyukarkan pinjaman lebih-lebih lagi jika sudah diisytiharkan
muflis.

Penggunaan
Facebook dan Instagram secara berlebihan sebenarnya bagaikan mengantuk disorong
bantal kepada para pencuri. Dengan sifat riak sebegini, seluruh dunia sudah
tahu barangan-barangan berharga di rumah.

RUJUKAN

Klein,
H. M. (2013). Oniomania: A Look into the Minds of Compulsive Shoppers. Building
Blocks
. Retrieved from http://www.ohelfamily.org/?q=content/oniomania-look-minds-compulsive-shoppers

Marcinko,
D. Karlovic, D. (2005). Oniomania—successful treatment with fluvoxamine and
cognitive-behavioral psychotherapy. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16395851

Smith,
B. (2018). Oniomania: the behavioural disorder that goes beyond being a
shopaholic. Retrieved from https://metro.co.uk/2018/05/23/oniomania-the-behavioural-disorder-that-goes-beyond-being-a-shopaholic-7557837/

Young,
S. (2018). Shopping Addiction Should Be Recognised As Mental Illness, Say
Experts. Retrieved from https://www.independent.co.uk/life-style/shopping-addiction-recognised-mental-illness-psychologist-a8481046.html

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet