Tidak berapa lama dahulu, negara kita digemparkan dengan penjualan gelaran Dato, Dato Sri dan sebagainya sehinggakan Sultan Johor pernah bertitah “Di Malaysia, jika saya menutup mata dan melontar batu, ia mungkin terkena kepala Datuk dan batu yang sama mungkin melantun terkena seorang lagi Datuk.”
Sekitar abad ke 18, ada seorang lelaki ni berjaya menipu segala bangsawan, aristokrat malah kerabat diraja sendiri dengan menggunakan gelaran “Sir” palsu.
Pada mulanya, Gregor Mcgregor tidak nampak seperti seorang yang jahat. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan dari Scotland. Pada usianya 16 tahun, Gregor mula menyertai ten-tera British semasa era Pe-rang Napoleon. Pada masa yang sama, semasa berkhidmat di dalam ten-tera, Mcgregor berkahwin dengan Maria Bowater yang juga mempunyai susur galur bangsawan.
Pada tempoh itu juga, Gregor membeli sebuah darjah pangkat palsu yang berharga 1000 Pound dan menukarkan namanya kepada Kolonel Gregor McGregor. Walaubagaimanapun, tindakan beliau ini disedari oleh pihak atasan dan beliau diberhentikan dari angkatan ten-tera British. Lebih malang lagi, isteri beliau meninggal dunia dan beliau tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan mula hidup menganggur.
Disebabkan Gregor tidak lagi bernaung di bawah keluarga isterinya, Gregor menggelarkan dirinya sebagai Sir Gregor McGregor. Beliau sering memperkenalkan bahawa dirinya berasal dari keluarga yang terhormat di London dan mempunyai susur galur dari keluarga Diraja. Namun, kumpulan aristokrat di London memulaukannya.
Oleh sebab itu, Gregor pergi meninggalkan England dan menuju ke Venezuela. Di Venezuela, Gregor disambut oleh Jeneral Francisco de Miranda dan Gregor masih memperkenalkan dirinya sebagai Sir Gregor.
Di Venezuela, Gregor mendapat tempat dan menjadi orang kanan kepada Simon Bolivar, seorang tokoh perjuangan di Venezuela.Selepas mengharungi beberapa pertem-puran, Gregor dinaikkan pangkat sebagai Jeneral di dalam ketumbukan angkatan ten-tera Venezuela.
Pada 1820, semasa ekspedisi ke Nicaragua, Gregor menjumpai sebuah kawasan yang yang asing dan tidak terurus, malah masih dipenuhi dengan hutan-hutan . Beliau mula mendapat idea untuk mengenakan aristokrat-aristokrat British. Gregor kemudian menamakan kawasan itu sebagai Poyais dan Gregor mengatakan bahawa beliau merupakan kerabat Diraja bagi kawasan itu.
Pada 1821, Gregor pulang semula ke London dan mula bercerita mengenai Poyais itu. Orang ramai mempercayainya kerana status Gregor sebagai “raja” dan juga sebagai hero pe-rang. Beliau menggambarkan Poyais sebagai kawasan yang subur dan berpotensi untuk dimajukan. Walaupun hakikatnya, tanah di Poyais itu tidak sesuai untuk pertanian.
Gregor turut menceritakan Poyais sebagai sebuah negara yang maju dan mempunyai kerajaan yang cekap. Sebagai penambah perisa, Gregor menceritakan Poyais mempunyai pusat kewangan yang kukuh dan setiap tanahnya dihuni oleh para bangsawan.
Untuk menjadikan cerita ini seakan realiti, Gregor telah menulis satu manual yang dinamakan Sketch of the Mosquito Shore. Di dalam manual itu, Gregor menceritakan suasana negara Poyais dan melukiskan gambaran negara itu. Buku manual itu akhirnya habis terjual dalam masa beberapa hari dan terpaksa diulang cetak beberapa kali.
Kemudian, Gregor mula membuka dua pejabat, satu di London dan di Edinburgh untuk memulakan skim “Tanah Poyais”. Harga untuk seekar tanah di Poyais bernilai 2 shillings dan orang ramai berpusu-pusu untuk membelinya termasuklah sebilangan kerabat Diraja British.
Gregor kemudian menaikkan harga dari 2 shilling kepada 6 shilling dan orang ramai masih menyertai skim ini. Selain itu, Gregor juga berjaya memasukkan perniagaan skim ini ke Bursa Saham London. dan menjual wang palsu dari Bank Negara Poyais.
Pada Oktober 1822, perjalanan kumpulan pertama mula berlayar dari United Kingdom menuju ke tanah harapan “Poyais”. Setibanya di sana, yang menjamu mata mereka adalah hutan-hutan paya dan belukar-belukar. Namun, mereka tidak berputus asa. Bagi mereka, Poyais mungkin berdekatan dengan lokasi yang mereka tiba.
Mereka memulakan perjalanan untuk mencari Poyais itu, namun ramai di antara mereka meni1ngg4l dunia kerana ma-la-ria dan demam kuning. Dari 500 orang hanya 50 orang sahaja yang tinggal. Kesemua yang hidup pulang semula ke England setelah menyedari mereka ditipu. Malangnya, ketika itu Gregor sudah melarikan diri ke Paris dan menjalankan operasi palsunya itu. Di Paris, Gregor berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak 400, 000 Pound.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, Gregor akhirnya ditangkap kerana disyaki menipu orang ramai. Namun, perbicaraan mengambil masa setahun kerana masalah diplomasi dua buah negara. Walaubagaimanapun, tuduhan terhadap Gregor akhirnya digugurkan.
Tidak serik, Gregor terus membuat skim palsu di dalam sektor keselamatan namun tidak berjaya. Akhirnya, beliau pulang semula ke Caracas, Venezuela. Gregor akhirnya diberi kewarganegaraan Venezuela dan terus menetap di sana hingga ke akhir hayat.
Hari ini, reputasi Gregor dikenali sebagai penipu terhebat di dalam sejarah British . Malah, taktik penipuan Gregor ini masih dikagumi dan tidak mampu diulangi.
RUJUKAN:
Wang, J. (2020, December 01). How Conman Gregor MacGregor Sold A Fake Colony To European Elites In 1821. Retrieved January 24, 2021, from https://allthatsinteresting.com/gregor-macgregor
Gregor MacGregor, Prince of Poyais. (n.d.). Retrieved January 24, 2021, from https://www.historic-uk.com/HistoryUK/HistoryofScotland/Gregor-MacGregor-Prince-Of-Poyais/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih