Perang yang dinobatkan sebagai ‘the end to all wars’ ini telah menyaksikan beberapa kejayaan manusia dalam menghasilkan beberapa pertemuan teknologi, taktik serta ketamadunan yang hebat. Hal ini berikutan, kebanyakkan teknologi yang wujud pada masa kini adalah refleksi dari penambahbaikan teknologi terdahulu. Sebagai contoh, manusia tidak pernah terfikir bahawa akan terjadinya pertempuran di udara dan laut sebagaimana yang dilihat dalam Perang Dunia Pertama. Kemelut perang ini telah mempersenjatai empayar-empayar lama serta negara-negara dengan Tentera Udara serta Tentera Laut-nya sendiri.

Dalam kancah peperangan itu, sudah semestinya ada kesatria yang menonjolkan diri daripada anggota-anggota biasa. Sifat lelaki yang budiman serta keberanian yang ditunjukkan akan menaikkan nama serta meningkatkan semangat patriotik sesebuah negara. Berikutan itu, kisah juruterbang muda Jerman yang akan dinyatakan ini sememangnya masih dihormati oleh pasukan musuh serta dikenali sebagai ‘ace-of-aces’, sebuah pencapaian tertinggi bagi seorang juruterbang tempur yang memiliki jumlah terbanyak bagi menjatuhkan pesawat musuh semasa pertempuran udara(dogfight).

i. Poskad Richtofen – beliau dijadikan ikon di Jerman

Manfred Von Richtofen, dilahirkan sebagai seorang bangsawan(baron) Prussia, memulakan kerjayanya sebagai pegawai tinjauan (reconnaissance officer) dalam pasukan berkuda pada permulaan Perang Dunia Pertama dan mendapat pingat Iron Cross di atas keberaniannya. Tetapi, dengan kemunculan trench warfare, unit pasukan berkudanya telah dibubarkan dek kemajuan teknologi peperangan yang berlaku dengan pantas.

Dicop sebagai pasukan yang tradisional, Richtofen terpaksa berkhidmat sebagai seorang ‘mat dispatch’ yang mana pada zaman tersebut perlu berlari parit ke parit dan juga membuat panggilan telefon. Ia merupakan satu tamparan hebat kepadanya, dari pegawai tinjauan kepada pegawai bantuan(supply officer) Pada masa yang sama, beliau juga tertarik dengan pelaksanaan misi-misi kapal terbang yang sering dilihatnya ketika bertugas di lapangan. Kecewa dengan tugasnya, beliau menulis surat kepada pegawai atasannya untuk menyertai  Luftstreitkräfte (perkhidmatan udara tentera Imperial Jerman).

Dia menulis,

“Saya tidak pergi berperang untuk mengumpul keju dan telur, tetapi untuk tujuan yang lebih besar.”

Walaupun dengan sikapnya yang tidak mempamerkan budaya ketenteraan berikutan surat terbuka itu, permohonan beliau diterima. Di sini bermulanya karier baharu sebagai seorang pemerhati udara(observer pilot) di langit Eastern Front(merangkumi Eropah Tengah serta Timur Eropah) pada penghujung Mei 1915. Richthofen menghabiskan musim panas tahun 1915 di Rusia sebelum dipindahkan ke Western Front, di mana dia mendapat latihan juruterbang tempur. Selepas mengasah kemahiran pertempuran udaranya ke atas Perancis dan Rusia, dia bertemu dengan juruterbang tempur terkenal Jerman, Oswald Boelcke, yang mendaftarkannya dalam skuadron pejuang baru yang dipanggil Jasta 2.

ii. Unit Jasta 2

Di bawah bimbingan Boelcke, Richthofen telah berkembang menjadi seorang juruterbang tempur yang berpengalaman dengan mengikuti prinsip dan strategi ‘Dicta Boelcke’ yang menekankan prinsip formasi tertutup. Tidak seperti kebanyakan juruterbang lain Perang Dunia Pertama, yang membanggakan diri dengan taktik akrobatik mereka, Richthofen adalah ahli taktik yang konservatif. Beliau lebih suka mengelakkan risiko yang tidak perlu, dan biasanya berjuang dengan menyerang musuh-musuhnya dari atas, membelakangi matahari.

iii. Lakaran strategi udara Perang Dunia Pertama

Beliau mencatatkan kemenangan udara pertama yang disahkan pada 17 September 1916, dengan menembak jatuh sebuah pesawat British di langit Perancis, dan kemudiannya menjatuhkan empat lagi untuk mendapatkan gelaran ‘flying ace’. Beliau juga mempunya tabiat yang tersendiri apabila berjaya menjatuhkan pesawat musuh. Richtofen akan meraikannya, dengan mengarahkan cawan perak yang terukir dengan tarikh dan jenis pesawat musuh – tradisi yang dikekalkannya hingga kemenangan ke-60, dek kerana kemelesetan sumber perak di Jerman.

iv.Bilik Trofi Richtofen, perhatikan koleksi cawan perak yang terletak di bawah potret

Pada awal 1917, Richthofen telah menjatuhkan 16 pesawat musuh dan merupakan juruterbang kombat yang masih hidup paling tinggi di Jerman. Sebagai pengiktirafan terhadap ketepatannya kombatnya di medan udara, beliau telah dibentangkan dengan Pour le Mérite, atau “Blue Max,” pingat tentera Jerman yang paling terkenal. Beliau kemudian telah diletakkan sebagai komander skuadron sendiri yang dikenali sebagai Jasta 11, yang menampilkan beberapa juruterbang berbakat termasuk adiknya, Lothar von Richthofen.

v. Manfred (yang pertama dari kiri), Lothar (yang ketiga dari kiri)

Pada masa yang sama, beliau mempunyai pesawat pejuang Albatros D.III yang dicat warna merah darah. Pada mulannya, skema cat ini tidak dipersetujui kerana warnanya yang terang akan mengakibatkan taktik serangan hendap yang kurang berkesan. Tetapi, beliau berkata,

“Saya tidak mahu mereka terkejut, saya mahu mereka takut”

Maka, skema cat yang tersendiri ini telah menimbulkan nama gelaran “The Red Baron” yang menakutkan psikologi juruterbang musuh serta dikekalkan kepada pesawatnya yang akan datang. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa warna merah terang itu dianggap seperti ‘bull’s eye’ oleh juruterbang pihak musuh yang kemudiannya akan mengekori secara rapat, akan tetapi apabila mengetahui identiti juruterbang merah tersebut, mereka akan cuba untuk beredar.

vi. Gambaran proses pengecatan warna merah pesawat pertama beliau.

Pada bulan Jun 1917, Richthofen dinaikkan pangkat sebagai ketua pejuang empat skuadron sendiri. Secara rasmi dipanggil Jagdgeschwader I, unit itu dikenali di dada akhbar sebagai “The Flying Circus” kerana setiap pesawat unit itu yang dicat cerah dan juga pergerakan pantas mereka ke titik panas sepanjang perang. Kemudian musim panas itu, ia dilengkapi dengan ‘triplane’ Fokker Dr.1, mesin bersayap tiga yang akan menjadikan pesawat Richthofen yang paling terkenal.

vii. Triplane Fokker Dr.1

Kekebalannya berakhir pada bulan Julai 1917, iaitu apabila beliau mengalami kecederaan kritikal apabila tengkorak kepalanya retak dek ditembak oleh juruterbang British. Ketika berehat di hospital, beliau telah menulis memoir perjalanannya. Kecederaan ini telah mengubah keadaan kesihatannya. Beberapa minggu selepas dirawat, beliau berkobar-kobar untuk meneruskan semula tugasnya ke udara. Beliau kerap kali mengalami loya dan sakit kepala selepas penerbangan dan perangainya berubah setiap masa. Sejarawan berpendapat bahawa beliau mengalami serangan PTSD (post-traumatic stress disorder).

viii. Richtofen ketika tempoh berehat di hospital.

Kesatria langit Jerman ini akhirnya terkorban pada April 1918 apabila beliau terbang secara rendah dan mengekori secara laju sebuah pesawat Kanada melepasi sektor garisan pasukan British. Beliau telah terlajak ke kawasan musuh yang sebenarnya berpunca dari masalah kesihatan beliau sehinnga tidak menyedari kelajuan dan altitud pesawatnya sendiri. Tanpa diduga, seorang juruterbang Kanada, Arthur Roy Brown mengejarnya dari belakang dan menembak beliau dengan satu tembakan sahaja. Ada juga yang mengatakan bahawa ia berpunca dari tembakan anggota dari bawah tetapi Brown dikreditkan sebagai penembaknya.

ix. Pengejaran Arthur Roy Brown

Kapal terbang merah itu berjaya didaratkan di Vaux-sur-Somme sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tentera Australia yang menjaga kawasan tersebut mengambil peluang untuk ‘scavenge’ badan pesawat itu bagi dijadikan kenangan.

x. Tentera Australia mengambil bahagian badan pesawat sebagai kenangan

Beliau dikebumikan dengan penuh hormat oleh tentera Australia sendiri. Enam dari 3 Pegawai Skuadron bertugas sebagai pengawal, dan pengawal kehormatan. Skuadron udara British yang ditempatkan berdekatan turut serta menghadiri upacara pengebumian musuh yang mereka hormati ini dengan hadiah karangan bunga peringatan, salah satu daripadanya telah ditulis dengan perkataan,

xi. Juruterbang British yang menghadiri pengebumian beliau – hormat terhadap musuh adalah etika juruterbang zaman dahulu.

“To Our Gallant and Worthy Foe”

“Untuk Musuh Kami yang Gagah dan Layak”

Sehingga hari kematiannya, sebanyak 80 pesawat telah dijatuhkan dalam masa dua tahun, menjadikannya juruterbang yang terhebat ketika itu.

Rujukan

History TV. (2009). History TV. [online] Available at: https://www.history.com/topics/world-war-i/manfred-baron-von-richthofen [Accessed 5 Jun. 2018].

Robbie, K. (2016). A Gallant and Worthy Foe: The Death of the “Red Baron”. [online] Thursdayreview.com. Available at: http://www.thursdayreview.com/RedBaronVonRichthofen.html [Accessed 5 Jun. 2018].

The Great War (2014). The Red Baron – Manfred von Richthofen I WHO DID WHAT IN WW1?.

Available at: https://www.youtube.com/watch?v=BCtvfu5NIG0 [Accessed 5 Jun. 2018].

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“Seorang yang retrospektif dan dahagakan pengembaraan, explorasi dan ilmu sejarah. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Sepanyol di University of Nottingham Malaysia. 'Extremis Malis Extrema Remedia'

Comments are closed.