Götz von Berlichingen, seorang kesatria bangsawan dan pemilik kubu, terkenal dengan sifat kasarnya dan gemar melakukan jenayah. Dia merupakan seorang per0mpak, sama ada seorang per0mpak yang terkenal atau tidak, baik mahu pun penjahat ia terpulang kepada kita samada mahu menganggap dia sebagai apa.

Dia terus diingati sehingga hari ini kerana dia lah yang mencipta frasa makian popular : “Er soldt mich hinden leckhen!”. Atau bagi kita yang tidak faham bahasa Swabia Jerman, ia secara kasar nya jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris pasar hari ini : “He can kiss my ass!”

Walau bagaimanapun, rasanya agak janggal jika kita berbicara mengenai Götz von Berlichingen, seorang lelaki yang diabadikan sebagai lagenda oleh tokoh-tokoh seperti Johann Wolfgang von Goethe, tanpa menceritakan kisah-kisah kepahlawanannya dan adakalanya menimbulkan keraguan dan eksploitasi melalui filem dan novel.

LATAR BELAKANG

Götz von Berlichingen adalah seorang lelaki yang sentiasa bersedia untuk apa saja jenis pertikaian dan pertempuran. Dia mencipta namanya dalam pep3rangan dan dianggap sebagai salah seorang kesatria paling berani pada Zaman Pertengahan.

Sentiasa tidak boleh duduk diam, Götz bergegas dari satu pertempuran ke pertempuran yang seterusnya. Dalam dunia di mana kesatria tradisional yang kuno dianggap sudah lapuk, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri dalam mengejar nama dan kekayaan.

Peranannya sebagai kesatria-per0mpak menyumbang banyak kejayaan Götz dalam pen4klukan, meraih harta rampasan, dan tak kurang banyak juga masalah yang diterimanya.

Götz dilahirkan dalam keluarga Berlichingen sekitar tahun 1480 sebagai anak kesepuluh pasangan Kilian von Berlichingen dan Margaretha von Thungen. Dia menghabiskan masa kecilnya di Jagsthausenm Castle, di sekolah biara Niedernhall, dan dengan bapa saudaranya, Konrad von Berlichingen.

Perkhidmatannya dalam bidang pentadbiran untuk Margrave of Ansbach terbukti membosankan untuk seorang Götz yang muda, gila dan istimewa yang kemudian nya menjadi gelisah lantas meninggalkan kerjaya itu demi mencari lebih banyak pengembaraan dan menjadi kaya.

Dia hanya berumur 17 tahun ketika dia menyertai kempen p3rang pertamanya pada tahun 1497. Götz berkhidmat untuk Empayar Rom Suci dalam kempen di seluruh Eropah terutamanya di Burgundy, Lorraine, Brabant, dan Switzerland.

Tetapi itu tidak mencukupi. Götz kemudiannya merasa bosan dengan perkhidmatan ketenteraan sebagai pekerjaan tetap. Beliau sebenarnya mempunyai aspirasi yang jauh lebih besar dari itu.

DARI TENTERA MENJADI PER0MPAK

Bersama abangnya, Philipp, pada tahun 1500, mereka bertemu dengan Thalacker von Massenbach. Lelaki ini lah orang yang dicari-cari oleh kedua beradik tersebut. Dia adalah seorang kesatria-per0mpak, yang telah meraih kekayaannya sebagai per0mpak dengan menceroboh kediaman, menawarkan pertukaran tebusan, dan menj4rah desa-desa.

Sebagai anggota organisasi jenayah ini, Götz hampir samada ditangkap atau maut di tangan para perwira Liga Swabian. Dia berjaya melarikan diri dan mendapatkan perlindungan pada musim dingin tahun 1501 di Istana Sodenberg, yang dimiliki oleh salah seorang saudara beliau.

Semenjak itu, dia tidak boleh lagi menjalankan sebarang urusan di Swabia. Namanya telah menjadi terlalu panas kerana dia dikenali sebagai per0mpak terkenal paling dikehendaki di seluruh rantau ini. Dia perlu mencari tempat yang baru sebagai platform.

KESATRIA TANGAN BESI

Pada tahun 1502, Berlichingen menyertai perkhidmatan Margrave Brandenburg di mana dia bertempur melawan tentera kota Nuremberg. Kemudian pada tahun 1504, beliau berkhidmat di bawah bendera Duke Albrecht Bavaria dan mengambil bahagian dalam pengepungan Landshut.

Satu kejadian yang berlaku di Landshut telah memberi Götz von Berlichingen nama gelaran sebagai “Kesatria Tangan Besi”.

Secara kebetulan, tembakan dari meriam di lapangan menghancurkan tangan kanannya yang kemudiannya dipotong. Walau bagaimanapun, sumber lain mengatakan bahawa tembakan meriam itu sebenarnya mengenai pedangnya, menyebabkan dia memotong lengan kanannya sendiri. Apa sahaja yang berlaku, keputusannya adalah tetap sama.

Selepas beberapa minggu terlantar kerana kecederaan, Götz mengupah tukang besi di desa untuk membuat tangan palsu dari besi. Biasanya, prostesis lengan pada zaman itu terdiri hanya daripada jenis cangkuk logam yang mudah untuk menarik objek.

Walau bagaimanapun legenda mengatakan bahawa Götz berupaya memegang pedangnya sekali lagi dan terus mengejar kehidupan impian yang paling dicintainya, iaitu menjadi seorang pahlawan p3rang yang kaya raya.

Dalam majalah Medieval Warfare Magazine, terdapat artikel mengenai Götz von Berlichingen, mereka menyebut tentang beberapa penyelidikan yang dibuat berkaitan penggunaan tangan itu, dan mendapati bahawa sementara tangan itu berfungsi dan dapat digunakan dalam beberapa tugas (contohnya memegang tali pinggang), ia tidak cukup kuat untuk memegang pedang atau tombak.

Oleh itu ia menimbulkan persoalan tentang legenda penggunaannya dalam pep3rangan dan sebahagian besarnya menganggap ia hanya sebagai perhiasan. Ia mungkin mampu digunakan hanya untuk memegang pedang semasa perarakan sahaja, jadi mungkin itulah kisah sebenar cerita itu.

Beberapa tahun kemudian, dia telah membuat prostetis lengan kedua yang termasuk sendi jari dan membolehkannya menggenggam pedangnya dengan lebih ketat. Model ini dianggap sebagai ciptaan melangkaui zaman dan masih wujud sehingga hari ini, ia dipamerkan di sebuah muzium di Jagsthausen.

GOTZ YANG DALAM TAHANAN

Dalam tujuh tahun yang berikutnya dia bertempur dalam 15 pep3rangan, dia membantu rakan-rakan dan rakyat yang lemah ​​menentang per0mpak dan penculik. Walau bagaimanapun, dia melampaui batasan kerana dia meny3rang 95 pedagang di Forchheim pada Mei 1512.

Akibatnya, Maharaja Maximilian I mengusir dia dan memenjarakannya. Selepas memperoleh kebebasannya, Berlichingen kemudian menawan Count Philipp von Waldeck dan menjadikan dia sebagai tebusan, sekali lagi mengundang kemarahan Maharaja dan menyebabkan dia dihalau keluar dari sempadan.

Walau bagaimanapun, dengan sikap keras kepalanya yang luar biasa, beliau meneruskan kegiatannya sehingga sebuah pasukan tentera dari kota Heilbronn menundukkan beliau pada tahun 1519. Dia disumbat lagi ke penjara untuk tiga tahun seterusnya sehingga lah rakannya, Franz von Sickingen, membebaskannya.

Untuk menjamin kebebasannya, Götz perlu bersumpah “Urfehde” sejenis “sumpah laknat” bahawa dia tidak akan pernah mencuri atau mer0mpak lagi, dan dia akan bersara dan menetap di rumah peninggalan nenek moyangnya yang dipanggil Hornberg am Neckar.

KEBANGKITAN KEMBALI

Pada musim bunga tahun 1525, P3rang Besar Petani Jerman meletus. Apabila “Odenwälder Haufen” atau Kumpulan Odenwalder, salah satu kumpulan tentera petani yang paling penting pada waktu itu mendekati istana Berlichingen, dia segera menyertai kumpulan itu atas kapasiti sebagai kapten.

Menurut beberapa sumber yang berbeza, dia dijadikan ketua kumpulan tersebut. Walau bagaimanapun, Götz dengan segera menyedari bahawa golongan para petani tidak mempunyai disiplin. Mereka bukan tentera tetapi hanya sekadar pencuri picisan yang akan merampas apa sahaja yang melintas di depan mata.

Malahan mereka gemar membuli para bangsawan yang menjadi tawanan. Dalam satu kes, mereka memaksa Count of Lowenstein memakai pakaian lusuh petani, menyuruh dia memegang tongkat gembala, dan diletakkan di hadapan sekawanan biri-biri sebagai bahan hiburan.

Götz tinggal bersama Odenwälder Haufen untuk seketika dan mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran kecil melawan Knights of the Swabian League, tetapi selepas empat minggu beroperasi dalam keadaan yang huru-hara, dia tidak mampu bertahan lagi lantas kembali ke kastilnya.

Tempoh berehat beliau juga tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian, Götz naik bosan lagi, jadi dia sekali lagi berangkat menyertai kempen namun ditangkap dalam pertempuran pada 1528 berhampiran Augsburg.

Di sana, dia menghabiskan dua tahun lagi di penjara bawah tanah dan kemudiannya dibebaskan setelah sekali lagi mengangkat sumpah bahawa dia tidak akan meninggalkan istana nya dan kawasan sekitarnya, ternyata, perintah kuarantin tidak tertakluk kepada masalah penyebaran wabak penyakit sahaja kan?

Pada usia 50 tahun dan setelah menjadi bapa kepada sepuluh orang anak, sikapnya menjadi lebih tenang. Kali ini, dia berjaya menunaikan janji, tapi sekejap saja lah.

Apabila Maharaja Charles V membuat kemaraan melawan kemaraan Empayar Turki Uthmaniyyah di Hungary pada tahun 1542, kesatria yang terkenal itu tidak mampu menahan getaran tangan besi nya.

Beliau rindu untuk menyertai pertempuran dan meraih kemenangan, beliau akhirnya menyertai pasukan tentera dan menuju ke timur. Dia juga mengambil bahagian dalam kempen melawan raja Perancis pada 1544.

Götz von Berlichingen tidak pernah bersara. Dia dengan penuh bernafsu memenuhi keghairahannya untuk berp3rang sehingga kehidupannya yang mencabar dan penuh pengembaraan berakhir pada usia 82 sekitar tahun 1562.

Satu perkara yang pasti: dia tidak sesuai dinobat sebagai pahlawan dengan ideal bangsawan Kristian bangsa Jerman yang diasaskan oleh Martin Luther pada waktu itu.

Pada dasarnya, Götz adalah seorang penyangak, meskipun begitu dia seorang yang sangat berani. Selepas kem4tiannya, dia menjadi tokoh yang dilupakan untuk sementara waktu sehinggalah demam drama Goethe di Eropah melalui persembahan-persembahan teater mengembalikan kegemilangannya, pada era moden, filem-filem sejarah juga membawa namanya muncul kembali dalam lipatan sejarah Eropah.

Johann Wolfgang von Goethe adalah orang pertama yang mengembalikan kisah-kisah kepahlawanan Götz kepada pengetahuan umum. Oh ya, berkenaan frasa makian tu, dikatakan dia menggunakannya selepas salah satu pertempuran yang disertainya.

“Er soldt mich hinden leckhen!”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.