Kita selalu dengar ramai usawahan-jutawan beritahu bahawa kemiskinan berpunca daripada sikap kita sendiri. Kemiskinan berpunca daripada kejahilan kita dalam membuat keputusan. Kemiskinan berpunca daripada kejahilan kita dalam menguruskan kewangan.

Kita mungkin percaya dengan benda ini kerana inilah yang selalu dicanang di setiap seminar-seminar dan buku-buku tentang keusahawanan. Tetapi kajian saintifik berkata sebaliknya. Banyak kajian mendapati, jahilnya dan rendahnya kemampuan kita dalam membuat keputusan dan mengurus adalah disebabkan kemiskinan itu sendiri.

University of Princeton pernah membuat kajian ke atas 464 orang petani di India pada sekitar tahun 2010-2011. Petani ini memang bergantung sepenuhnya pendapatan mereka dari pertanian. Jadi, petani ini akan kaya selepas menuai dan miskin sebelum menuai. Ujian IQ diambil ke atas petani-petani ini pada waktu sebelum dan selepas menuai.

Hasilnya, IQ mereka sebelum menuai memang jatuh berbanding dengan selepas menuai. Ada perbezaannya. Pengkaji berkesimpulan kemiskinan dan kesempitan seperti kemiskinan wang dan kesempitan masa akan menjatuhkan jalur mental manusia (mental bandwith).

Kajian lain pernah juga dibuat oleh mereka yang tidak miskin. Hasilnya tetap sama. Ia bukan soal miskin duit, tapi miskin perkara yang berharga untuk menampung hidup. Boleh jadi duit, masa, keperluan, dan lain-lain. Kajian dari University of Texas dan University of Edinburgh mendapati rakyat Amerika Syarikat menderita akibat kemiskinan lebih tinggi berbanding rakyat Eropah.

Kajian ke atas 25,000 orang ini mendapati hal ini disebabkan oleh jurang pendidikan dan kesihatan yang diterima oleh kedua-dua benua tersebut. Kajian dari National Institute of Health, U.S mendapati pendapatan yang rendah memberikan kesan ke atas pembesaran dan perkembangan otak anak-anak.

Kajian dari University of Miami mendapati, kemiskinan akan menyebabkan;

1. Kehidupan yang tak sihat seperti minum alkohol yang berlebihan, merokok, tak bersenam, makan makanan ringan secara berlebihan (makanan sihat terlalu mahal) yang akhirnya memberikan kesan pada kelemahan kognitif otak.

2. Kemiskinan boleh menyebabkan terbantutnya pendidikan yang hasilnya juga akan menyebabkan terbantutnya perkembangan kognitif dan pemikiran.

3. Kemiskinan juga telah dikaitkan dengan otak yang tak dapat berfungsi dengan baik iaitu kepincangan hypothalamic adrenocortical axis.

4. Kemiskinan akan menyebabkan kuranganya pelaburan dan pembayaran cukai ke ruangan awam yang akhirnya perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan akan terbantut.

Tokoh seperti Thomas More, Martin Luther King dan Milton Friedman mencadangkan ‘universal basic income’ (UBI) untuk menyelesaikan masalah ini.Sebenarnya, cara paling mudah untuk selesaikan masalah ini adalah dengan memberikan duit, bukannya minta mereka berusaha cari duit.

Konsep UBI ini paling tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka seperti makan, bil-bil, pendidikan dan lain-lain sampaikan mereka tidak perlu pun serabut dan pening kepala dengan keperluan asas. Solusi UBI ini pernah dibuat di sebuah bandar di Kanada iaitu bandar Douphin. Sejak tahun 1974, bandar ini menerima pendapatan asas yang menghalang setiap rakyat di bandar ini dari jatuh miskin.

Penyelidik pergi ke bandar ini dan buat analisis. Selama 5 tahun program ini berjalan, eksperimen terbukti benar. Penduduk di bandar ini semakin kaya, semakin sihat dan semakin cerdik. Apabila program UBI dihentikan, perkara itu semua semakin merosot saban tahun. Pendudukanya semakin tidak sihat, semakin tidak cerdik dan tentulah, semakin miskin.

Apabila dilihat pada hierarki keperluan Maslow, tentu kita boleh bersetuju. Maslow menyatakan, sikap kita sendiri akan berubah dan terpengaruh berdasarkan tahap-tahap keperluan. Orang yang keperluannya lain akan mempunyai sikap yang berbeza-beza.

RUJUKAN:

  1. Al Hazzouri, A. Z., Elfassy, T., Sidney, S., Jacobs, D., & Yaffe, K. (2017). Sustained economic hardship and cognitive function: The coronary artery risk development in young adults study. American journal of preventive medicine, 52(1), 1-9.
  2. Kelly, M. (2013). Poor concentration: Poverty reduces brainpower needed for navigating other areas of life. News at Princeton, Princeton University, August, 29.
  3. Tucker-Drob, E. M., & Bates, T. C. (2016). Large cross-national differences in gene× socioeconomic status interaction on intelligence. Psychological science, 27(2), 138-149.
  4. Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological review, 50(4), 370.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.