Penjajahan dan penaklvkan Mongol berlaku pada sekitar abad ke-13, penubuhan Empayar Mongol yang sangat luas pada tahun 1300an meliputi sebahagian besar wilayah Eurasia.

Para sejarawan menganggap kebangkitan Mongol yang menyumbang kepada banyak kemusnahan tamadun-tamadun penting sebagai salah satu episod paling dahsyat dalam sejarah.

Di samping itu, ekspedisi penaklvkan Mongol diyakini telah menjadi punca utama yang mencetus dan menyebarkan wabak bubonic di sebilangan besar Eurasia terutamanya di Eropah, sekaligus menjadi penyumbang utama penurunan populasi manusia di Eropah akibat wabak Black De4th.

Empayar Mongol berkembang pada abad ke-13 melalui kejayaan bersiri melalui kempen-kempen mereka di seluruh Asia, hingga ke Eropah Timur pada tahun 1240an. Berbeza dengan “empayar laut” pada masa akan datang seperti British, Empayar Mongol bergantung kepada kekuatan dan kemahiran dalam pertempvran di daratan, didorong oleh pasukan berkuda Mongol yang terkenal dengan kelincahan di medan tempvr.

Oleh itu, kebanyakan penaklvkan dan penjarahan Mongol dilakukan pada musim panas, dimana musim itu menyediakan bekalan rumput yang cukup untuk haiwan ternakan dan kuda-kuda per4ng.

Kebangkitan bangsa Mongol didahului oleh 15 tahun cuaca panas yang sederhana dari 1211-1225 yang mewujudkan persekitaran yang amat menggalakkan untuk pembiakan kuda, lantas membantu perkembangan mereka.

Terdapat beberapa lagi fakta-fakta yang penting mengenai kebangkitan dan penaklvkan Mongol yang perlu kita ketahui.

SISTEM MERITOKRASI MILITARI MONGOL

“Terdapat Empat Ekor Anjing Temujin. Mereka ini memiliki dahi yang diperbuat daripada tembaga; rahang mereka ibarat bilah gunting; lidah mereka umpama jarum yang mencucuk; kepala mereka bak besi; dan cambuk mereka tajam bagaikan pedang. Pada hari-hari pertempvran, mereka meminum dar4h musuh. Saksikanlah, anjing-anjing ini kini telah dilepaskan dan mulut mereka tergiur kegirangan. Empat ekor anjing ini adalah Jebe dan Kublai, Jelme dan Subotai.”The Secret History of the Mongols

Salah seorang daripada “Empat Anjing Temujin”, Jebe, yang dilahirkan sebagai Zurgudai (1225), memulakan kerjaya tenteranya sebagai panglima angkatan tentera yang bermusuh dengan Genghis Khan. Semasa pertempvran pada 1201, Zurgudai memanah tepat ke bahagian leher Genghis Khan.

Setelah pertempvran dimenangi oleh Genghis Khan, Genghis yang sedang cedera bertanya kepada tahanan yang telah menemb4knya iaitu Zurgudai. Zurgudai mengaku dengan penuh rasa bangga, justeru, Genghis merasa kagum dengan sikap kejujuran dan keberaniannya.

Genghis kemudian mengambil Zurgudai untuk berkhidmat dengannya, dan memberi dia nama gelaran “Jebe”, yang bermaksud “panah”. Dengan nama itu lah Jebe Khan mencipta namanya dalam lipatan sejarah sebagai salah seorang panglima Empayar Mongol yang terhebat.

Jebe bangkit secara berperingkat dalam beberapa tahun sehingga dia menjadi salah seorang panglima kegemaran Genghis. Dia diberikan kepercayaan penuh untuk mengetuai angkatan tentera, antara sumbangan beliau adalah mengalahkan Kuchlug, salah satu musuh terakhir Genghis di dataran rumput, dan penaklvkan Empayar Kara-Khitai (Dinasti Liao Barat).

Jebe menyelesaikan misi nya dengan pantas, setelah mengakhiri penaklvkan dengan memenggal kepala Kuchlug, dia kemudian terus kembali bergabung dengan Genghis Khan untuk turut serta dalam membalas dendam terhadap Kerajaan Khwarezmian yang angkuh.

Genghis kemudian memberi kebenaran kepada Jebe dan Subutai untuk mengetuai serbuan pasukan berkuda yang besar. Kedua-dua pahlawan itu menunggang bersama ke barat melalui Parsi utara, melalui Caucasus, sekitar Laut Caspian, sebelum berpaling ke timur untuk kembali ke Mongolia.

Mereka mengakhiri eskpedisi dengan kemenangan megah setelah memusnahkan pasukan tentera Kievan Rus yang jauh lebih besar dan kuat berbanding mereka dalam Pertempvran Sungai Kalka pada tahun 1222. Kejayaan ser4ngan itu membina satu pentas untuk Mongol membuat persiapan yang lebih besar dan kembali lagi lima belas tahun kemudian.

Pencerobohan kali ini menggunakan kekuatan penuh yang menaklvkkan Kievan Rus dan menguasai Eropah Timur. Jebe, bagaimanapun, meninggal dunia pada tahun 1225, sebaik sahaja setelah dia kembali dari ser4ngan itu, dan tidak sempat hidup untuk menuai hasil yang dia tanam atau melihat hasil kerjanya yang membanggakan.

MONGOL MEMUSNAHKAN KHILAFAH ISLAM ABBASIYYAH

Hulagu (1217 – 1265), cucu Genghis Khan dan adik lelaki kepada dua orang Khan Agung iaitu Mongke dan Kublai, meluaskan sempadan wilayah Mongol ke Asia Barat dengan keganasan yang masih segar dalam ingatan wilayah ini hingga ke hari ini.

Dia menghancurkan Baghdad dan pemerintahan Khilafah Abbasiyah, menaklvki Syria, dan menjadi ancaman besar terhadap Mesir dan negara-negara Kristian yang masih terselamat. Beliau juga memusnahkan budaya Parsi zaman pertengahan, sambil menubuhkan Ilkhanate di Parsi, wilayah yang menjadi pelopor Iran moden.

Pada tahun 1251, Hulagu diperintahkan oleh Mongke Khan untuk meluaskan pengaruh dan kuasa Mongol ke dalam dunia Islam. Sebagai permulaan, Hulagu menyer4ng dan menawan kubu kumpulan Hashashin (Assassin), sebuah kumpulan pembunvh misteri Islam yang dipimpin oleh seorang mistik yang dikenali sebagai “Orang Tua Gunung”.

Kumpulan Assassins dianggap sebagai kumpulan Al Qaeda pada Zaman Pertengahan, yang melakukan ser4ngan senyap dan gerila terhadap mana-mana sasaran di Timur Tengah selama beberapa generasi, sehinggalah Hulagu muncul dan menghapuskan mereka sepenuhnya.

Sisa runtuhan Istana Alamut milik Hashasin

Hulagu kemudian mengalihkan perhatiannya kepada Khilafah Abbasiyah, dan menuntut Abbassiyah tunduk pada kekuasaan Mongol. Setelah Khalifah menolak untuk menyerah, Hulagu mengepungnya di Baghdad, dan menaklvk kota itu pada tahun 1258.

Askar-askar Mongol kemudian menghancurkan kota itu, bersama dengan segala khazanah warisannya, seperti Perpustakaan Besar (Baytul Hikmah), dan membantai antara 200.000 sehingga satu juta populasi penduduk.

Mongol amat patuh terhadap pantang larang tradiai mereka yang melarang dar4h musuh dari golongan kerabat diraja ditumpahkan, maka Khalifah Al-Musta’sim yang ditawan telah dihukum bunvh dengan cara digulung dalam permaidani, kemudiannya dipijak-pijak oleh kuda Mongol. Sekaligus mengakhiri pemerintahan Bani Abbasiyah, dan institusi kekhalifahan Islam sebelum bangkitnya Empayar Uthmaniyyah sebagai kuasa terbaru hegemoni Islam.

Baytul Hikmah di Baghdad

Hulagu kemudian menaklvki Syria, sehingga menamatkan dinasti Ayubid yang diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayubbi. Dia merancang untuk menawan Mesir, tetapi dibatalkan setelah menerima berita kem4tian saudara lelakinya, Mongke Khan, maka atas potensinya sebagai pengganti, Hulagu kembali ke Mongolia.

Dengan ketiadaannya di Mesir, tentera Mongol yang ditinggalkannya di bawah orang kepercayaannya telah dihapuskan oleh pasukan Mamluk Mesir dalam Pertempvran Ain Jalut pada tahun 1260. Ini adalah kekalahan besar pertama tentera Mongol, sekaligus mematahkan mitos kekebalan askar Mongol.

Hulagu tidak terpilih untuk menggantikan adiknya sebagai Khan Agung, jadi dia kembali ke barat untuk membalas dendam atas kekalahan di Ain Jalut. Namun, Hulagu akhirnya terpaksa berper4ng dengan sepupunya sendiri iaitu Berke Khan yang telah menjadi pemimpin Golden Horde dengan memerintah Rusia dan Eropah Timur.

Berke pada waktu itu telah memeluk Islam, dan sangat marah dengan kezaliman Hulagu terhadal dunia Islam terutamanya di Baghdad. Hulagu menghabiskan sisa hidupnya dengan memer4ngi sepupunya sendiri seumur hidupnya.

CAWANGAN MONGOL DI CHINA MENJADI DINASTI CHINA SETELAH ‘DI-CINA-KAN’

Kublai Khan (1215 – 1294) adalah cucu Genghis Khan, abang kepada Hulagu dan Mongke Khan, yang mewarisi takhta Khan Agung pada tahun 1260. Dia menaklvki Dinasti Song di selatan China dan mendirikan empayar Dinasti Yuan, sehingga berjaya menyatukan semula China buat pertama kalinya setelah perpecahan selama berabad lamanya.

Dia adalah penguasa nominal kesemua wilayah Mongol dari Pasifik hingga Carpathian. Namun, kekuasaan dan perhatiannya yang sebenarnya tertumpu pada China dan sekitarnya, yang lebih kaya dan berpopulasi lebih tinggi daripada semua wilayah Mongol yang ada.

Kublai Khan

Kublai berpegang kepada pepatah “seseorang boleh menaklvk sebuah kerajaan dengan menunggang kuda, tetapi tidak boleh memerintahnya dengan menunggang kuda”.

Setelah menaklvki Dinasti Song dalam kempen yang dipimpinnya secara peribadi, Kublai menghabiskan saki baki tahun-tahunnya dalam tugas pentadbiran awam dan tidak terlibat dalam urusan ketenteraan. Beliau memerintahkan beberapa kempen penaklvkan yang menghasilkan kejayaan, atau berakhir dengan malapetaka seperti pencerobohan yang gagal di Jepun, Dai Viet/Champa dan Pulau Jawa. Walau bagaimana pun, politik dan pentadbiran dalam negeri lebih menarik perhatiannya daripada berper4ng.

Pemerintahan Kublai dan penubuhan Dinasti Yuan menonjolkan proses peralihan kuasa yang berjaya oleh penaklvk berbangsa nomad. Setelah mereka mulai menghargai manfaat dan kehidupan selesa yang bertamadun, orang-orang Mongol mula meninggalkan cara hidup nomad yang mencabar di dataran rumput.

Secara beransur-ansur, mereka berasimilasi dengan peradaban yang telah ditaklvk oleh mereka, dan akhirnya terserap ke dalamnya. Dinasti Yuan salah satu contoh empayar Mongol yang telah menyerap budaya bangsa Cina/Han.

Kublai terpaksa menghadapi tentangan sengit dari golongan tradisionalis Mongol, yang mahu mengekalkan budaya dan cara hidup lama di dalam khemah padang rumput berbanding kehidupan bertamadun di istana-istana mewah China, tetapi dia menang.

Penaklvkannya terhadap Dinasti Song menyatukan China setelah berabad-abad lamanya berpecah belah, dan sempadan Dinasti Yuan, yang meliputi Manchuria, Tibet, dan Mongolia, membentuk satu garis besar wilayah China yang masih bertahan hingga hari ini hingga mempengaruhi sempadan China moden.

MONGOL MENGALIHKAN PUSAT KUASA GLOBAL DARI TIMUR TENGAH KE EROPAH

Mungkin kesan terbesar dan paling lama yang ditinggalkan oleh Empayar Mongol adalah peranan mereka dalam mengalihkan keseimbangan kuasa global dari dunia Islam ke Barat.

Tahun 1200-an bermula dengan baik untuk dunia Islam. Tentara salib telah dikalahkan dan Baitulmaqdis sedang dibangunkan kembali, kebanyakan kuasa dari Timur Tengah Arab bersatu di dalam Dinasti Ayubbid, dan Empayar Khwarezmian yang kuat telah muncul di Parsi dan Asia Tengah.

Wilayah terkemudian pula adalah pusat graviti dunia Islam pada masa itu yang berkembang secara budaya dan ekonomi. Sukar untuk dibayangkan apabila melihat negara-negara ‘Stan’ yang ketinggalan dari pelbagai aspek hari ini, yang terbentang dari bekas republik Islam jajahan Soviet hingga ke Lautan Hindi itu pernah menjadi wilayah yang paling kaya dan makmur di dunia, dengan kestabilan ekonomi yang tiada tandingan, menjadi tempat melahirkan golongan intelek, dan kebudayaan yang mempengaruhi dunia.

Wilayah-wilayah ‘Stan’ ini boleh disamakan dengan negerk California dan New York hari ini di Amerika Syarikat, ditambah dengan negeri Detroit pada zaman Henry Ford, semuanya digabungkan di dalam satu kuasa hegemoni Islam yang besar.

Kesan pertama dan berlaku dengan segera akibat dari penaklvkan Mongol adalah kejatuhan populasi penduduk di wilayah Islam. Sepanjang rantau ini, tentera Mongol terlibat dalam banyak siri pembunvhan beramai-ramai. Kebanyakan dari penduduk yang tidak terbunvh secara langsung akan m4ti kelaparan di daratan yang hanya tinggal sisa-sisa runtuhan yang ditinggalkan oleh kebangkitan penaklvk Mongol.

Lebih ramai lagi, yang lemah akibat kelaparan, menjadi k0rban kepada gelombang penyakit-penyakit wabak yang melanda dunia Abad Pertengahan setelah orang-orang Mongol yang jauh dari Eurasia membawa wabak itu jauh ke dalam wilayah Eurasia buat pertama kalinya.

Wabak Black De4th hanya menyer4ng Eropah, di mana ia bermula dari China, menyapu dunia Islam dalam masa yang singkat sebelum memusnahkan dua pertiga populasi di Eropah. Di sana, penyakit itu menyer4ng penduduk yang cuba bertahan hidup dalam landskap yang hancur, dikelilingi oleh infrastruktur yang telah musnah akibat per4ng.

Kesan lain ialah terhadap ekonomi. Wilayah-wilayah Islam yang ditaklvki oleh bangsa Mongol sememangnya maju dari segi ekonomi, tetapi segala kemajuan itu bergantung pada infrastruktur canggih yang akhirnya dimusnahkan oleh orang Mongol.

Struktur sistem qanat di Parsi

Asas ekonomi, baik pertanian dan bandar, bergantung pada rangkaian saluran air bawah tanah yang dikenali sebagai qanat. Rangkaian itu mengangkut air secara jarak jauh untuk digunakan dalam sektor pertanian dan untuk memenuhi keperluan bekalan air di kota-kota rantau ini.

Rangkaian ini memerlukan sistem penyelenggaraan dan penjagaan yang konsisten menggunakan tenaga kerja yang mahir dan jurutera yang dibayar dan diselia oleh birokrasi kerajaan yang memahami kepentingan kerja itu.

Semasa pencerobohan Mongol, banyak qanat sengaja dimusnahkan, dan ramai pekerja mahir yang menjaga rangkaian saluran air samada dibunvh, diperhambakan, ditawan, atau melarikan diri. Para penaklvk Mongol tidak mempunyai sedikit pemahaman tentang kepentingan dalam projek infrastruktur seperti rangkaian qanat. Jadi, pemerintah baru melaburkan sedikit masa, usaha, dan sumber, untuk memulihkan sistem air bawah tanah.

Hulagu Khan

Pada saat pemerintahan Mongol berakhir beberapa abad kemudian, sebahagian besar qanat telah hancur, tiada lagi kepakaran dari tamadun Islam dalam teknik dan kejuruteraan untuk mengembalikannya ke zaman kegemilangan Islam, maka corak ekonomi baru telah terbentuk.

Kesan yang seterusnya ialah budaya. Penguasa Mongol yang baharu sangat berbeza dengan pendahulunya. Mereka berbicara bahasa yang berbeza, berasal dari budaya yang sangat berbeza, dan memiliki pandangan dunia yang asing bagi subjek mereka. Pada abad-abad sebelum penaklvkan Mongol, sebahagian dunia Islam di Parsi telah mengalami perkembangan kebudayaan yang hebat.

Dengan sokongan para penguasa yang arif berbahasa Parsi, bidang sastera dan puisi mencapai zaman kemuncaknya dengan melahirkan tokoh-tokoh seperti Ferdowsi, yang mengarang syair epik kebangsaan Parsi, Shah Namah.

Shah Namah

Para penguasa Mongol, yang tidak berbahasa Parsi, tidak berminat untuk melindungi atau menyokong para penyair Parsi dan golongan penulis. Walaupun apabila mereka melakukannya, mereka jarang mengetahui tentang nuansa bahasa dan selok belok linguistik dan terus kekal kekok dalam kebudayaan Parsi.

Hasilnya, budaya Parsi telah mengalami kemerosotan selama berabad-abad lamanya. Pengalaman yang serupa turut dialami orang Arab, yang mengembangkan tamadun Arab selama berabad-abad, hanya untuk mengalami kemerosotan budaya setelah mereka dikuasai oleh orang-orang Turki yang tidak memahami atau tidak ambil peduli dengan seni dan sastera mereka.

Wilayah ini tidak pernah pulih dari kesan buruk pencerobohan Mongol. Pada saat penduduk tempatan melepaskan belenggu Mongol, atau menyerap dan mengasimilasikan para penaklvk mereka, berabad-abad telah berlalu.

Pada masa itu, Eropah Barat telah mengalami era Renaissance setelah kebangkitan Uthmaniyyah menyebabkan penutupan Jalan Sutera lantas kuasa-kuasa Eropah memulakan alternatif perdagangan rempah melalui jalan laut sekaligus memulakan Zaman Penerokaan dan Eksplorasi.

Ia menjadi langkah pertama Eropah menuju hegemoni global yang akhirnya kekal menjadi kuasa terbesar dunia yang bersaing dengan kebangkitan Empayar Turki Uthmaniyyah, setelah jatuhnya Uthmaniyyah, dunia Islam tidak lagi atau belum berjaya mengembalikan zaman kegemilangannya hingga ke saat ini.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.