Beberapa hari ini kecoh di media sosial berkenaan kenyataan daripada Tun Dr Mahathir tentang Melayu malas. Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya daripada kaum Melayu.
Kerana apa? Kerana mereka ini sebenarnya tidak malas. Melayu hari ini kebanyakannya rajin. Bekerja dua tiga kerja dalam satu masa, tidak malu membawa Grabfood atau FoodPanda mencari rezeki dan beratur seawal jam 4 pagi di tambak Johor untuk mencari rezeki di Singapura. Kalau ada pun yang malas, itu adalah masalah individu bukanlah masalah bangsa.
Tahukah anda apakah kesan stereotaip ini? Apa kesannya kepada sesebuah kumpulan atau bangsa? Dahulu kita dimomokkan dengan kata-kata daripada penjajah tentang idea Melayu malas yang telah pun disanggah oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya Mitos Peribumi Malas, kini Tun M pula meneruskan ideologi daripada penjajah.
Jadi hari ini kita cuba untuk melihat apakah kesan stereotaip ini berdasarkan sebuah kajian daripada Stanford University. Mari kita lihat apakah hasil kajian daripada beberapa eksperimen yang telah dijalankan oleh Claude M Steele.
Eksperimen 1: Kajian dilakukan berdasarkan pecahan jantina. Kumpulan satu diberitahu bahawa wanita ini tidak hebat dalam ilmu Matematik. Manakala kumpulan kedua tidak diberitahu apa-apa tentang perbezaan penguasaan ilmu Matematik mengikut jantina.
Hasilnya? Wanita di kumpulan pertama mendapat skor yang jauh lebih rendah berbanding lelaki. Manakala wanita di kumpulan kedua mendapat skor yang tidak jauh berbeza berbanding kaum lelaki.
Eksperimen kedua pula dijalankan berdasarkan perbezaan kaum (African-American VS American). Ujian verbal test. Sama seperti eksperimen pertama, dipecahkan mengikut kumpulan, kumpulan pertama distereotaipkan, kumpulan kedua tidak. Hasilnya seperti di bawah .
Atas sebab inilah saya dan rakan begitu marah sekali dengan stereotyping ini, kerana anda tidak sedar bahawa minda anda boleh dibentuk hanya dengan kata-kata, apatah lagi ia datang daripada pemimpin nombor 1 negara. Diulang berkali-kali sehingga ia terpahat di minda.
Bayangkanlah daripada zaman British sehinggalah ke hari ini Melayu telah dimomokkan dengan pelbagai sifat-sifat negatif, benda ini sudah tertanam bergenerasi, puluhan tahun.
Jika benar pemimpin ingin memajukan kaum Melayu, cabarlah mereka dengan yang betul seperti “Saya cabar Melayu meningkatkan pegangan ekuiti sehingga 40% dalam masa 5 tahun” misalnya. Bukannya dengan cara stereotaip begini.
RUJUKAN:
A threat in the air. https://drive.google.com/file/d/1qCkdO0eNU1-iFBMiJD4p-mbr7Qk6Kez0/view
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih