Dunia mungkin tidak akan tahu tentang kes bunuh jika bukan kerana seorang remaja yang datang membuat laporan tentangnya dalam keadaan menggigil. Ini adalah kisah pembunuhan kejam dalam patung Hello Kitty yang berlaku di Hong Kong.
Pada Mei 1999, seorang gadis berusia 14 tahun pergi ke balai polis Hong Kong. Dia memberitahu pegawai bahawa sejak beberapa minggu lalu, dia sentiasa diganggu oleh hantu seorang wanita yang telah diikat dengan wayar elektrik dan diseksa hingga mati.
Polis tidak mempercayainya, menolak dakwaannya sebagai mimpi karut remaja. Namun, polis mula berminat dengannya apabila dia menjelaskan bahawa hantu itu adalah seorang wanita yang pernah dia bunuh.
Remaja itu membawa polis ke sebuah flat di daerah Kowloon yang terpencil. Dan, ia ternyata bukanlah satu kisah yang mengarut. Di dalam flat itu, mereka menjumpai anak patung Hello Kitty bersaiz besar dengan tengkorak seorang wanita yang telah dipenggal di dalamnya.
Kes itu dikenali sebagai pembunuhan Hello Kitty, dan dianggap di seluruh Hong Kong sebagai salah satu jenayah paling kejam pernah berlaku.
Mangsa, Fan Man Yee, ialah seorang pelacur kelab malam, berusia 23 tahun. Dia berkenalan dengan seorang pengedar dadah, Chan Man-lok, pada 1997. Terdesak untuk wang dan dadah, Fan Man-yee mencuri dompet Man-lok dan cuba untuk melarikan diri dengan $4,000 di dalamnya.
Dua lelaki diarahkan untuk menangkap Man Yee. Ya, kedua-dua orang ini adalah mereka yang menyeksa gadis itu selama sebulan dengan pelbagai tindakan kejam seperti membakar wajahnya, malah memaksanya makan najis.
Tapi, yang lebih mengejutkan, gadis 14 tahun yang membuat laporan polis juga turut terlibat dalam penyeksaan Man Yee. Ah Fong adalah salah seorang teman wanita lelaki itu, yang juga seorang pelacur.
Selepas sebulan, Ah Fong mendapati Man Yee telah meninggal dunia akibat seksaan itu. Perkara paling kejam adalah mereka merebus mayat Man Yee untuk menghilangkan baunya, malah memotong kepala untuk disumbat ke dalam patung Hello Kitty.
Malah, apartmen tempat mayatnya dijumpai turut dipenuhi barangan Hello Kitty yang lain, dengan pelbagai bahagian badannya.
Anda rasa kes ini mengejutkan? Ya, dunia ini sentiasa punyai kisah yang mengejutkan, dari dulu hingga sekarang. Sama seperti dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih