Pada 26 Mac 1991, lima keluarga di sebuah kampung di Daegu bersedih selepas lima orang anak lelaki mereka gagal dikesan. Mereka yang hilang ialah Cheol-won, Chan-in, Yeong-gyu, Ho-yeon dan Jong-sik. Menurut bapa Cheol-won, Woo Jong-woo, lima sahabat itu mempunyai hubungan rapat.
Pada hari kejadian, Cheol-won sepatutnya menghadiri kelas taekwando tetapi dia tidak hadir. Risau dengan keselamatan anaknya, Jong-woo segera mencarinya.
Pada awalnya, dia menyangka anaknya itu pasti menghabiskan masa dengan empat lagi rakannya itu. Tetapi selepas mendapati mereka juga tidak tahu tentang lokasi anak mereka, sedarlah dia bahawa lima sahabat itu telah hilang.
Seorang rakan kemudian memberitahunya bahawa lima sekawan itu dikatakan pergi ke kawasan gunung untuk melihat telur Salamender. Tetapi apabila mereka mencari di kawasan tersebut, tiada langsung kelibat mereka dikesan.
Berita kehilangan mereka dinaikkan di dada akhbar tetapi ia dibayangi oleh pilihan raya tempatan yang berlaku pada ketika itu. Polis dan wartawan ketika itu menyangka mereka sama ada lari dari rumah atau bermain sehingga lewat petang.
Apa yang lebih menyayat hati ialah ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba mempermainkan mereka termasuk mendakwa sebagai penculik anak-anak mereka. Selepas seminggu, barulah media menjadikan kehilangan mereka sebagai berita utama.
Ironinya, siaran berita yang menyebut “Kanak-kanak katak masih hilang selepas mencari telur katak” menjadi pencetus kepada nama kes berkenaan walaupun mereka mencari telur Salamender.
Tidak lama selepas itu, seorang rakan Cheol-won memberitahu dia mendengar bunyi te.mbak.an dan jeritan pada malam mereka hilang.
Ibu bapa kanak-kanak yang hilang itu percaya kehilangan mereka ada kaitan dengan pangkalan tentera yang terletak berhampiran dengan perkampungan tersebut.
Bagaimanapun, cubaan mereka menggesa polis menyiasat pihak tentera gagal di sebalik tekanan daripada pihak media.
Pada 26 September 2002, rangka milik kanak-kanak yang hilang itu dijumpai berhampiran dengan perkampungan itu.
Kebanyakan barang yang dijumpai bersama rangka menunjukkan unsur jenayah di mana baju-baju mereka diikat bersama dan beberapa butir peluru ditemui.
Malangnya, daripada menunggu pasukan profesional untuk menguruskan rangka-rangka berkenaan, polis mengambil keputusan untuk melakukannya. Akibatnya, bahan-bahan bukti bernilai untuk dijadikan sebagai bukti kes musnah sama sekali.
Para ibu bapa mangsa yang berang menuduh polis bersikap cuai dan menyaman mereka di mahkamah. Bagaimanapun, saman mereka ditolak oleh mahkamah.
Sehingga ke hari ini, kes pembu.n.uhan kanak-kanak katak ini masih gagal diselesaikan. Dengan had statut kes pembu.n.uhan dimansuhkan pada 2015, ini memberi harapan baru kepada mereka bahawa keadilan masih boleh ditegakkan.
Kisah kanak-kanak ini turut diadaptasi dalam filem Come Back Frog Boys yang ditayangkan pada 1992.
Dan betapa sebenarnya Korea ialah tempat yang tidak asing dengan kisah-kisah pembunuhan seperti ini, kami nak cadangkan kita membedah karya thriller pemb.unuhan mereka bertajuk The Insect. Tentu lain daripada yang lain. Jom beli di: https://bit.ly/MK-The-Insect (TI)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih