Kes Dudley & Stephens merupakan kes terkenal dan penting dalam menetapkan duluan kehakiman (judicial precedent) dalam undang-undang Inggeris bahawa dalihan keperluan (defence of necessity) tidak terpakai dalam kes pembµ.nµhan. Dudley dan Stephens telah dituduh membµnµh dan mengamalkan kα.nibαlisme ke atas seorang remaja bernama Parker. Mereka akhirnya didapati bersalah atas pertuduhan membµ.nµh dan dijatuhi hukuman mαti namun kemudiannya mendapat pengampunan di mana hukuman dikurangkan kepada enam bulan penjara.
Kisahnya bermula apabila kapal layar yang dinaiki oleh Dudley, Stephens, Brooks dan Parker hancur dibadai taufan, memaksa mereka berempat untuk menaiki sebuah sampan. Dalam keadaan itu, mereka berada di kedudukan yang terlalu jauh daripada daratan, kira-kira 1600 batu. Di dalam sampan tersebut hanya terdapat dua tin lobak putih sebagai makanan dan tiada minuman.
Pada hari keempat mereka tersadai, mereka sempat menangkap seekor penyu dan itu sahaja makanan yang mereka ada sehinggalah hari ke-20, hari di mana Parker dibµnµh dan tubuhnya disantap oleh mereka yang lain. Beberapa hari sebelum pembµnµhan berlaku, Dudley dan Stephens mencadangkan kepada Brooks agar salah seorang daripada mereka harus dikorbαnkan demi kelansungan hidup yang lain. Namun Brooks tidak setuju malah Parker juga lansung tidak diberitahu akan cadangan tersebut.
Dalam keadaaan di mana tiada makanan dan minuman dalam tempoh yang panjang, Dudley dan Stephens melihat Parker yang harus dibµ.nµh untuk dijadikan korbαn. Mereka berpendapat sebegitu kerana Parker merupakan seorang anak yatim dan sebatang kara, dan yang lain pula mempunyai keluarga untuk disara dan dijaga. Pada masa itu juga, Parker adalah individu yang paling lemah dan tidak berdaya, di mana ketiga-tiga yang lain yakin Parker yang akan mαti dahulu jika bantuan tidak tiba.
Akhirnya, Parker dibµn.µh oleh Dudley dan Stephens atas sebab kelansungan hidup. Parker lansung tidak melawan, tidak berdaya kerana kebuluran yang melampau dan akibat meminum air laut. Setelah empat hari Parker dibµ.nµh, ketiga-tiga mereka telah diselamatkan oleh sebuah kapal yang kebetulan melalui tempat mereka tersadai. Setelah diselamatkan, Dudley dan Stephens telah dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayah membµ.nµh Parker.
Hujahan di Mahkamah
Peguambela berhujah bahawa tertuduh tidak bersalah atas kesalahan tersebut kerana mereka bertindak atas faktor keperluan (necessity). Malah tambahnya niat tertuduh juga bukan untuk memb.µnµh Parker, tetapi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing, di mana Parker dipilih kerana keadaannya pada ketika itu adalah yang paling teruk berbanding yang lain. Dudley dan Stephens tidak semborono dalam memilih siapa yang ingin dikorbαnkan, malah banyak faktor dipertimbangkan seperti latar belakang dan tanggungan.
Di pihak pendakwa pula, mereka berpendapat dalihan keperluan (defence of necessity) tidak terpakai dalam kes ini. Mengikut prinsip, dalihan keperluan hanya boleh diterima sebagai cara untuk mempertahankan diri. Bermakna seseorang boleh membµ.nµh atas sebab si mangsa mahu mencederakan si pelaku. Dalam kes ini, adalah jelas bahawa Parker tidak memberi apa-apa reaksi, jauh sekali untuk memberi ancaman kepada kedua-dua tertuduh.
Kes ini mendapat perhatian umum kerana faktanya yang dianggap pertama kali berlaku dalam sejarah perundangan Inggeris. Setelah beberapa kali penangguhan, Ketua Hakim England pada ketika itu Lord Coleridge, mewakili kesemua lima hakim yang bersidang, menjatuhkan hukuman mαti ke atas Dudley dan Stephens atas kesalahan memb.µnµh Parker.
Keputusan kes ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang menyokong keputusan itu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan pemb.µnµhan itu adalah dibenarkan mengambil kira faktor keperluan pada ketika itu. Selain dari isu perundangan, kes ini turut dirujuk sebagai kes kajian dalam perbahasan falsafah moral. Perbahasan lebih menfokuskan kewajaran tindakan Dudley dan Stephens memb.µnµh Parker demi kelansungan hidup.
Perspektif Utilitarianisme
Falsafah utilitarianisme muncul pada abad ke-19, diasaskan oleh seorang pemikir British bernama Jeremy Bentham (1748-1832). Falsafah ini merupakan salah satu spesis dalam teori consequentialist, satu bentuk pendekatan dalam memahami normatif moral. Perkataan ‘utilitarianisme’ itu berasal daripada ‘utiliti’ yang secara umumnya bermaksud kebaikan.
Menurut Bentham, baik atau buruk suatu tindakan itu akan ditentukan oleh kesan atau akibatnya (consequences). Jika suatu tindakan menghasilkan lebih kebaikan (utiliti), maka tindakan tersebut wajar dinilai sebagai baik. Menurut Bentham, utiliti bermaksud apa sahaja yang menghasilkan kebahagian/kebaikan dan apa sahaja yang dapat menghalang kesengsaraan/keburukan.
‘The right thing to do is whatever produces the greatest good for the greatest number’
Falsafah ini mengusulkan satu pendekatan straightforward dalam menilai tindakan. Bagi utilitarian, suatu tindakan itu secara semulajadinya tiada sifat baik atau buruk. Untuk menilainya, kita perlu melihat kepada akibat/kesan tindakan tersebut.
Dalam kes Dudley & Stephens, utilitarian menyokong atau membenarkan tindakan kedua-dua tertuduh memb.µnµh Parker. Ini kerana, dalam keempat-empat mereka, kem.αtian Parker adalah yang paling kurang memberi kesan buruk kepada keseluruhan keadaan. Parker seorang yatim piatu dan tiada keluarga, berbeza dengan tiga yang lain yang mempunyai keluarga dan tanggungan.
Perspektif Kantianisme
Kantianisme diformulakan oleh seorang pemikir bernama Immanuel Kant (1724-1804). Kantianisme merupakan sintesis yang terdiri daripada banyak teori-teori di bawah deontologi, iaitu salah satu pendekatan untuk mengukur normatif moral. Kantianisme boleh dianggap sebagai anti tesis kepada utilitarinisme.
Oleh kerana kantianisme merupakan spesis deontologi, maka elok kita semak maksud deontologi itu sendiri. Deon berasal dari perkataan duty yang bermaksud ‘tanggungjawab’ manakala logos bermaksud ilmu. Menurut kantianisme, suatu tindakan dianggap sebagai bermoral kerana ciri-ciri yang ada pada tindakan itu sendiri, tanpa mengambil kira kesan tindakan tersebut.
Tidak seperti utilitarinisme, kantianisme berhujah bahawa setiap tindakan mempunyai merit yang tersendiri, maka menjadi tanggungjawab (duty) manusia untuk samada melakukan tindakan tersebut atau menahan diri daripada melakukannya. Tidak perlu untuk melihat kepada kesan atau akibat tindakan itu.
Menurut Kant, tiada yang lebih baik berbanding niat yang baik. Tambahnya, manusia tidak boleh menggunakan orang lain sebagai satu alat untuk memenuhi kepentingan dirinya. Sebab itulah kantianisme dianggap oleh sesetengah pemikir sebagai satu pendekatan yang formal dan tegas.
Telah menjadi tanggungjawab manusia untuk melakukan tindakan yang baik dan menahan diri daripada melakukan tindakan buruk. Juga, manusia dianggap mempunyai hak untuk dilayan secara baik dan dilindungi daripada sebarang tindakan buruk ke atasnya, biarpun haknya itu akan merugikan orang lain.
Dalam kes Dudley & Stephens ini, keputusan mahkamah dianggap selari dengan pendekatan kantianisme. Tindakan kedua-dua terduduh dianggap tidak bermoral kerana pemb.µnµhan sememangnya adalah satu tindakan yang buruk. Ditambah lagi dengan tindakan tertuduh menggunakan Parker sebagai alat untuk memastikan kelansungan hidup mereka yang amat bertentangan dengan prinsip Kantian. Bµn.µh tetap bµ.nµh.
Malah, jika tiada seorang pun yang dikorbankan dalam sampan itu dan semuanya mαti kebuluran, kesemua mereka dianggap bermoral kerana menahan diri daripada melakukan tindakan membµ.nµh.
Konflik Utilitarianisme – Kantianisme
Kedua-dua doktrin saling bercanggah antara satu sama lain. Utilitarian melihat kepada kesan atau akibat, kantianisme pula lebih menfokuskan merit suatu tindakan itu sendiri. Perbezaan sudut pandang inilah yang akhirnya akan mewujudkan satu jurang yang besar antara dua pemikiran.
Dalam satu sisi, kita melihat utilitarianisme sebagai satu bentuk penyelesaian yang jitu dan mudah. Bentham telah memberikan satu jalan keluar yang mudah kerana dalam banyak situasi, keputusan harus dicapai. Penulis beranggapan bahawa utilitarianisme bukan penyelesaian konkrit kepada masalah moral, ianya cuma satu jalan keluar dalam membuat keputusan berdasarkan kebaikan umum. Demokrasi adalah refleksi utilitarianisme.
Sehingga satu tahap, perbuatan yang kita anggap secara hakikinya sebagai satu kesalahan mungkin tidak bagi utilitarian. Sebagai contoh, pembµ.nµh upahan, di mana pendapat umum menganggap ianya salah. Tetapi utilitarian akan mempersoalkan jika yang dib.µnµh itu merupakan orang jahat, maka ia dibenarkan.
Kelemahan terbesar utilitarianisme adalah pencero.bo.han ke atas hak individu yang ada antara kita menganggap sebagai sakral dan tidak boleh disentuh sama sekali.
Kantianisme pula bersifat formal kerana sifatnya yang memerlukan seseorang sentiasa mematuhi suatu peraturan. Kantian juga tidak meminggirkan naluri semulajadi manusia seperti hubungan istimewa bapa-anak. Bayangkan, jika kita sebagai bapa mempunyai pilihan untuk menyelamatkan seorang anak dan 5 orang saintis, sudah tentu kita memilih anak sendiri. Ini adalah fitrah.
Namun, Kantian tetap memiliki kelemahan. Antara yang terbesar adalah doktrinnya yang tidak menghiraukan elemen akibat atau kesan yang diutamakan dalam utilitarianisme. Ada keadaan di mana seseorang harus bertindak ke.jam untuk mengelakkan akibat yang lebih buruk. Sebagai contoh, kewajaran dalam menyeksa seorang pengganas bagi mendapatkan maklumat tentang perancangan b0m.
Jika tiada penyeksaan, maka pengganas tersebut tidak akan berkongsi maklumat tentang bom, sudahnya akan membµnµh ribuan orang. Bagi utilitarian, penye.ks.aan dalam kes ini adalah dibenarkan.
RUJUKAN:
Stanford Encyclopedia of Philosophy. (2007). Deontological ethics. https://plato.stanford.edu/entries/ethics-deontological/
Encyclopedia Britannica, Inc. (2020). Deontological ethics. https://www.britannica.com/topic/deontological-ethics
http://justiceharvard.org/lecture-2-the-case-for-can.nib.alism/#1477504398770-429c5ad9-ee6c
Utilitarianism, J.S. Mill. https://www.leaxr.com/mod/page/view.php?id=9090&forceview=1
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih