Sebilangan besar maklumat yang kita ketahui mengenai pep3r4ngan terutamanya P3r4ng Dunia Pertama dan Kedua, berasal dari imej dan visual pada foto yang diambil oleh jurugambar atau jurnalis p3r4ng. Ada di antara jurugambar ini yang terbvnuh atau terc3dera ketika sedang membuat liputan di tengah-tengah medan pertempvran, supaya kita yang berada di rumah boleh mengetahui bagaimana rupa sebenar sebuah pep3r4ngan.

Untuk artikel ini penulis akan tumpukan kepada P3r4ng Dunia Kedua. Kebanyakan visual tentang P3r4ng Dunia Kedua adalah gambar visual yang pegun dan bergerak, dirakam oleh jurugambar p3r4ng untuk mendokumentasikan setiap fasa tr4gedi kemanusiaan yang bernilai ini.

Hingga ke hari ini, mungkin sudah ada berjuta-juta keping gambar dirakam oleh jurugambar profesional dan amatur. Seseorang yang pernah menjadi jurugambar profesional sebelum p3r4ng biasanya diminta oleh kerajaan mereka untuk mempraktikkan kepakaran namun dengan menyarung pakaian seragam t3ntera selaku jurugambar rasmi angkatan t3ntera. Yang lain kebiasaannya dihantar sebagai petugas media oleh majalah, surat khabar, dan agensi foto mereka untuk mendapatkan rakaman yang dramatik.

Jurukamera Jerman merakam barisan berperisai yang bergerak mencer0boh Kesatuan Soviet

Bahkan sebelum penglibatan Amerika Syarikat, Jerman dari awal lagi telah melaksanakan tugas yang sangat baik dalam mendokumentasikan p3r4ng mereka dalam bentuk foto dan video.

Dengan penubuhan unit Propaganda Kompanies (PK), jurukamera gambar pegun dan bergerak akan turut serta ke mana-mana saja pasukan t3ntera akan pergi, dan gambar mereka sering muncul dalam berita dan majalah ket3nteraan seperti Signaland Der Adler, belum lagi akhbar-akhbar arus perdana yang popular.

British juga turut sama membuat rakaman fotografi p3r4ng, dengan menubuhkan Unit Filem dan Fotografi T3ntera Darat (AFPU) bagi memastikan detik-detik penting operasi ket3nteraan mereka sentiasa dirakam.

Seperti yang dapat dibayangkan, turun ke medan tempvr ‘bersenj4takan’ set kelengkapan kamera dengan menyarung vest kalis pelvru yang tertera tag perkataan ‘media’ bukanlah jaminan bagi seorang jurnalis dan jurugambar p3r4ng untuk pulang hidup-hidup. Sudah ramai jurugambar yang terbvnuh atau c3dera ketika berusaha merakamkan aksi tempvr, samada mereka memang sengaja dijadikan sasaran mahupun menjadi m4ngsa pelvru sesat.

Sebagai contoh, dari 1,400 orang jurugambar Kor Isyarat T3ntera Amerika Syarikat di teater Eropah Barat semasa P3r4ng Dunia Kedua, 32 orang terbvnuh semasa bertugas dan lebih dari 100 lagi c3dera. Jurugambar lain yang berkhidmat dengan Navy dan Kor Marin juga kehilangan nyawa mereka ketika berusaha mendapatkan “shot” terbaik. Bahkan, jurugambar awam juga tidak kebal dari sebarang bah4ya, daripada 21 orang jurugambar LIFE Magazine yang dihantar ke luar negara, lima c3dera dan 12 lagi dij4ngkiti malaria.

Foto kabur semasa pendaratan D-Day oleh Robert Capa

Dua bulan selepas peristiwa Pearl Harbor, ketika p3r4ng semakin memuncak dan keperluan fotografi t3ntera meningkat, Angkatan T3ntera AS mengambil alih bekas pejabat dan studio milik Paramount Studios di Long Island City, New York, dan mengubahnya menjadi Pusat Fotografi Kor Isyarat, kemudian ditukar kepada Army Pictorial Center yang menjadi rumah bagi pembikin filem dan jurugambar pegun yang membuat liputan p3r4ng dan yang menghasilkan ratusan video latihan secara profesional.

Setelah pusat ini ditubuhkan, Army Pictorial Service menjadi penerbit filem utama. Samada menjadi sukarelawan atau dikerah, beberapa pengarah, jurukamera, penulis, dan juruteknik terbaik Hollywood pernah ditugaskan untuk pusat ini, di mana mereka akan menerapkan bakat dan kepakaran mereka. Ramai lagi mereka yang memiliki latar belakang fotografi pegun, jurugambar akhbar, majalah, dan juruteknik bilik gelap juga berkhidmat disini.

Menjelang tahun 1943, foto dari seluruh dunia disalurkan ke pusat dalam jumlah puluhan ribu, maka fasiliti itu perlu memperbesarkan lagi kapasiti ruang penyimpanannya. Menjelang berakhirnya p3r4ng, simpanan di dalam arkib p3r4ng berjumlah lebih dari 500,000 keping gambar.

Foto kibaran bendera Iwo Jima oleh Joe Rosenthal

P3r4ng Dunia Kedua adalah peristiwa yang paling banyak didokumentasikan secara visual dalam sejarah. Terdapat berjuta-juta gambar yang diambil oleh ribuan jurugambar semasa k0nflik. Ada banyak gambar yang menjadi gambar yang popular dan ikonik.

Siapa yang tak kenal foto kibaran bendera di Iwo Jima milik Joe Rosenthal, foto pendaratan Sekutu semasa ser4ngan D-Day milik Robert Capa yang menunjukkan imej kabur seorang askar sedang mengharungi ombak di Normandy, atau foto Margaret Bourke-White yang menunjukkan m4ngsa p3r4ng yang kurus dengan wajah bingung sedang menatap t3ntera bersekutu ketika membebaskan mereka di Buchenwald?

Semua jurugambar ini, bekerja untuk majalah atau perkhidmatan talian, menerbitkan foto mereka di majalah seperti Life, Time, dan U.S. News And World Report. Mereka biasanya dikenali sebagai wartawan p3r4ng dan dianggap “pegawai awam di Jabatan P3r4ng A.S.”, jadi mereka memakai seragam pegawai dengan tanda khas (biasanya ditulis perkataan MEDIA) yang menunjukkan bahawa mereka adalah jurugambar rasmi bagi mengurangkan risiko mereka dijadikan sasaran yang salah oleh mana-mana pihak bertempvr.

Tetapi rakan-rakan t3ntera mereka yang turut bertugas di sebalik lensa, sebahagian besarnya, kekal tidak dikenali. Foto dari hasil kerja mereka hanya akan tertera tanda kredit (watermark) seperti “Official U.S. Army Photograph.” atau “Official U.S. Navy Photograph”

Sebilangan besar masalah mereka dalam Army Pictorial Services disebabkan oleh hakikat bahawa mereka tidak pernah diberi sebarang penghargaan setelah foto mereka diterbitkan. Berikut adalah dua kisah jurugambar p3r4ng yang sebelum ini “tidak dikenali” dan layak bagi nama dan karya mereka dikreditkan.

Bagi jurugambar t3ntera, kredit gambar untuk seorang jurugambar ibarat kredit untuk ribuan jurugambar t3ntera yang tidak dikenali. Pengalaman dua orang “askar kamera” ini memberi gambaran tentang apa yang diperlukan untuk mendapatkan foto yang terbaik semasa bertempvr tanpa merisikokan nyawa.

William T. Barr

William T. Barr adalah jurugambar kelas pertama yang berkhidmat dari tahun 1942 hingga 1945 di Bougainville di Kepulauan Solomon, Pulau Leyte dan Luzon di Filipina, serta di Formosa, China, Iwo Jima, Okinawa, Ulithi di Carolines, dan Jepun.

William T. Barr merakam gambar ini setelah TBM Avenger terlepas dari kabel pendaratan semasa mendarat dan melanggar beberapa pesawat yang berada di atas kapal USS Enterprise pada 11 April 1945.

Antara tugasan beliau adalah mengendalikan kamera filem yang dipasang pada struktur atas mensasarkan ke arah hujung belakang kapal, semasa pesawat cuba mendarat, dia merakam banyak filem ketika pesawat sedang dibedil atau mengalami kesukaran untuk mendarat, atau rakam apa sahaja yang berlaku. Dia juga merakam beberapa kejadian kem4langan dan sesetengah daripadanya diabadikan sebagai beberapa babak dalam filem di Amerika Syarikat yang berjudul The Fighting Lady.

Tugasan lain yang dilakukan adalah ketika kapalnya diser4ng, William akan membawa kamera dan menuju ke dek pelepasan pesawat lalu merakam gambar ketika sedang diser4ng dengan pesawat pejuang Jepun sedang menuju ke arahnya, tetapi lazimnya dia akan merakam video pesawat musuh yang berjaya dibedil dan jatuh terhempas di sisi atau berhampiran kapal pengangkut dinaikinya atau mana-mana kapal berdekatan, beliau berjaya merakam banyak aksi yang mendebarkan sebegitu.

Pada suatu hari sebuah pesawat Jepun menjatuhkan bom ke dek penerbangan kapal USS Enterprise, tetapi ia gagal meletup. Sebelum itu dia sedang memerhatikan skuadron pesawat A.S. yang sedang pulang dari misi ser4ngan dan mereka kelihatan berada dalam keadaan baik, manakala William tidak ditugaskan untuk merakam kamera filem pada waktu itu. William bersiar-siar di atas dek dengan kamera di tangannya sambil melihat pesawat mendarat satu demi satu. Ketika giliran pesawat yang terakhir, semua orang terperanjat kerana mereka baru menyedari bahawa itu adalah pesawat Jepun.

Pesawat itu terbang dalam bentuk pola pendaratan, jadi tidak ada sesiapa yang menyedarinya. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mengangkat muncungnya melintas tepat di atas USS Enterprise dan menjatuhkan sebutir bom, tetapi kerana ketinggiannya yang rendah, bom itu tidak sempat memusingkan hujung muncungnya ke arah bawah. Ini kerana apabila bom dijatuhkan ke atas kapal, ia biasanya akan jatuh secara menegak, dan letupan hanya akan diaktifkan oleh alat sensor di bahagian muncung hadapan bom.

Emil Edgren

Emil Edgren adalah Juruteknik Kelas 4 T3ntera A.S., bertugas di Iceland, England, Perancis, dan beberapa tempat lain di Teater Eropah semasa bertugas dalam Batalion Perkhidmatan Isyarat ke-3908 dari tahun 1941 hingga 1945.

Emil Edgren merakam gambar GI Amerika ini bersama r4ifal automatik Browning sedang merenung pesawat B-17 yang terbabas semasa mendarat di sebuah ladang di Belgium

Semasa bertugas di England, tugasnya adalah untuk membuat liputan dan rakaman foto pesawat pengebom yang sedang kembali dari ser4ngan di Jerman. Namun bagi Edgren, menyaksikan pesawat yang rosak teruk kembali mendarat dengan beberapa anggota kru dikeluarkan tidak bernyawa dari B-17 Flying Fortresses bukanlah satu pengalaman yang indah.

Pada suatu hari, seorang rakan jurugambar mendatangi Edgren dan mengatakan bahawa dia akan terbang dengan pesawat untuk menghantar bekalan kepada beberapa pasukan. “Ini pasti akan menyeronokkan,” katanya, “kerana mereka akan membuka pintu sisi agar kita dapat merakam foto ketika bekalan sedang dijatuhkan”.

Rakannya kemudian bertanya adakah Edgren mahu turut serta namun Edgren tidak mahu ikut kali ini, kerana dia sedang menguruskan kameranya. Edgren cuba menutup sebahagian krom yang menyilaukan pada kamera Speed ​​Graphic 4 × 5 miliknya kerana bimbang ia akan menjadi sasaran temb4kan jika dia mendekati musuh.

Tidak lama kemudian, dia menerima berita bahawa pesawat yang dinaiki rakannya itu ditemb4k jatuh di sekitar Perancis. Edgren merasa terkejut kerana memikirkan betapa dekatnya ajal telah menghampirinya. Masih terngiang-ngiang suara rakannya itu memujuk untuk turut serta. Itulah harga sebuah pep3r4ngan dan peringatan bahawa pelvru musuh tidak pernah membeza-bezakan sasarannya.

Foto m4yat tent3ra Jerman ini dirakam oleh Edgren

Itu bukan satu-satunya saat di mana Edgren tertanya-tanya apakah ada malaikat yang menjaganya. Pada suatu hari dia terlewat untuk sarapan lalu keluar dari biliknya dan berjalan beberapa blok untuk sarapan. Apa yang menyambut Edgren adalah satu lubang yang terbuka dan membara di mana sepatutnya ruang makan dan dapur berada. Sebutir roket V1 telah menghentamnya bersama-sama dengan kakitangan dapur dan anggota yang berkumpul untuk sarapan.

Akhirnya, setelah Paris dibebaskan pada bulan Ogos 1944, Edgren dihantar ke Perancis. Dia tidak mengetahui apa tujuannya pada masa itu, tetapi itu merupakan kali terakhir dia mengembara ke Place de la Concorde di Paris. Takdir telah menentukan sejarah akan tercipta di hadapan lensanya.

Batalion fotografi ditempatkan di tengah kota Paris. Tempat tinggal mereka tidak sama seperti berek t3ntera biasa. Ia adalah pangsapuri yang mewah dengan perkhidmatan pembantu rumah untuk mengemas rumah. Banglo The Rothschild Mansion terletak hanya satu blok saja jaraknya namun sama seperti di England, kemewahan tidak terlepas dari luka pep3r4ngan atau hakikat bahawa p3r4ng masih panas di sekitar mereka.

Ketika mereka mendapat tugasan, setiausaha Mejar McAlister bernama Virginia menguruskan semua keperluan dan aturan, seperti pengangkutan dan jangka masa untuk menyiapkan tugas. Tugasan Edgren adalah untuk menyertai 82nd Airborne Division dalam operasi peluncuran ke Belanda.

Setelah diberi taklimat mengenai lokasi pendaratan, sebanyak tiga kali dia memasuki pesawat peluncur, tetapi setiap kali itu jugq penerbangan dibatalkan kerana cuaca burvk. Dia kemudian dipanggil oleh mejar untuk bertolak dengan sebuah jip, maka mungkin mereka akan tiba lebih lewat. Namun keesokan harinya dilaporkan berlaku pencer0bohan.

Foto Per4ng Vietnam yang menghadiahkan jurugambar AP Eddie Adams anugerah Pulitzer tetapi gambar itu menghantui dia hingga hari ini

Kemudian, Edgren dihantar bersama seorang jurukamera filem bernama Herb Shannon untuk melapor diri kepada 82nd Airborne Division kerana Pertempvran Bulge telah bermula. Mereka bertolak dalam satu rejimen dari markas utama kemudian berhenti di sebuah desa kecil yang sepi di Belgium. Oleh kerana sudah tiada sesiapa yang tinggal di desa itu, maka mereka boleh memilih hendak bermalam di mana-mana rumah dikehendaki.

Ketika itu cuaca sangat sejuk. Musim sejuk di Belgium menduduki tempat kedua selepas Iceland.  Mereka memilih rumah dan tidur di tingkat atas untuk malam itu. Keesokan paginya, ketika mahu bersiap, dia bersama-sama rakan jurukameranya menuju ke dapur lapangan. Alangkah paniknya mereka apabila mendapati seluruh rejimen telah bergerak keluar pada waktu malam.

Akhirnya tinggallah mereka bersendirian, menanti t3ntera Jerman mendatangi mereka. Edgren merasakan dia mendengar bunyi perarakan satu rejimen Jerman. Edgren dan rakannya bergegas keluar dari sana, dia mendengar dengan teliti setiap suara, setiap saat akan terdengar suara jeritan perbarisan Jerman, dan sesekali terdengar teriakan “Halt!”. Mereka mengikut jejak tapak kasut melalui jalan berlumpur dan akhirnya berjaya ditemukan kembali dengan 82nd Airborne.

Semasa sedang merakam barisan hadapan tersebut, dia berjaya mendapatkan foto yang terbaik apabila salah seorang askar 82nd Airborne berlari untuk membantu rakannya ketika t3ntera Jerman menemb4k ke arah mereka. Semasa berbalas temb4kan, beberapa t3ntera musuh terbvnuh dan tidak ada k0rban di pihak mereka samada yang terbvnuh atau c3dera.

Lebih kurang satu minggu yang membeku, akhirnya, seorang leftenan baru dari ibu pejabat telah menemui mereka dengan membawa bersama pesanan iaitu mereka perlu melapor diri kepada Eagle. Mereka menyangkakan kod nama Eagle itu adalah Paris, maka mereka dengan gembiranya segera berangkat ke Paris.

Setibanya di Paris, mereka terus melapor diri kepada Mejar McAlister. Namun McAlister yang terkejut bertanya kembali “Apa yang kamu buat di sini?”

Edgren menjawab “Leftenan Sheldon menyuruh kami pulang.” Rupa-rupanya mereka tersalah sangka, kod Eagle bukanlah untuk Paris tetapi ianya adalah markas Army Corps.

Seorang paratrvper Amerika tanpa helmet dari 82nd Airborne yang membawa tommygvn di berlari melintasi lapangan di Belgium dirakam oleh lensa Emil Edgren

Namun jika difikirkan kembali, Edgren sebenarnya berada di tempat dan waktu yang tepat, kerana pada 8 Mei 1945, dia berdiri di Place de la Concorde dan mengetik kameranya ke arah orang ramai yang berkumpul. Suara Jeneral Charles de Gaulle terdengar dari pembesar suara yang kuat dari rumah opera. “P3r4ng di Eropah telah berakhir.  Jerman telah menyerah kalah. Viva la France!”

Masih ada ramai lagi jurugambar p3r4ng jika hendak diceritakan satu demi satu, tetapi dua orang ini mungkin sudah cukup memadai. Mereka ini tidak pernah dilupakan. Kisah dua jurugambar t3ntera ini adalah sebagai penghormatan terhadap ratusan petugas fotografi yang lain atas jasa mereka merakamkan detik pep3r4ngan dan berusaha tanpa dikenali nama mereka demi kepentingan sejarah dan mendedahkan kebenaran di medan tempvr atas dasar kemanusiaan.

Antara yang layak namanya untuk disebut adalah jurugambar per4ng wanita yang pertama, Gerda Taro. Gerda Taro terk0rban ketika bertugas merakam foto di bandar Brunete di Sepanyol, ketika Per4ng Saudara Sepanyol sedang berlangsung. Beliau mavt apabila kenderaan tenter4 yang ditumpangnya terkena temb4kan dari kereta kebal mvsuh. Ketika itu beliau hanya berusia 26 tahun.

Gerda Taro bersama seorang t3ntera di Cordoba, foto ini dirakam oleh Robert Capa pada tahun 1936

Seperti yang biasa disebut oleh seorang jurugambar p3r4ng, “Mereka pada hari ini, iaitu semasa saya masih ada, dan mereka pada hari esok, dan hari-hari berikutnya, akan melihat detik bersejarah yang saya lihat ini. Mereka akan melihatnya melalui mata saya.“

RUJUKAN:

Edgren, Emil. (2011). 3: 01 P.M. Pacific W4r Time. AuthorHouse; Illustrated edition.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.