Sejak ditemui semula pada abad ke-17, Pompeii sentiasa mempunyai kejutan kepada para pengkajinya. Walaupun banyak khazanah kota Rom itu hilang akibat kecurian, sesetengah khazanah terpelihara daripada pencuri-pencuri ini dan menjadi hadiah kepada pengkaji yang menyingkap sejarah di sebaliknya.
Pada minggu lepas, pengkaji arkeologi menemui sebuah kereta kuda beroda empat yang diperbuat daripada besi, gangsa dan timah. Kereta kuda ini ditemui berhampiran sebuah kandang kuda sebuah vila lama di Civita Giuliana, 700 meter di utara tembok Pompeii. Lokasi ini berhampiran dengan lokasi tiga bangkai kuda yang ditemui pada 2018, salah satu daripadanya masih dipasang dengan tali kekang.
Pompeii yang terletak di tenggara Naples diliputi abu, habuk dan serpihan yang terhasil akibat letusan gunung berapi Vesuvius pada 79 Masihi. Letusan tersebut turut mengakibatkan 13,000 penduduk kota berkenaan terbunuh. Sejak aktiviti ekskavasi dimulakan secara tersusun pada 1750 di Pompeii, dua pertiga daripada kota seluas 65 hektar sudah diteroka oleh pengkaji arkeologi.
Menariknya, kereta kuda ini gagal dikesan oleh perompak-perompak arkeologi ini walaupun menggali terowong dari kedua-dua arah. Bagi memastikan kereta kuda berada dalam keadaan baik, pengkaji arkeologi menuang plaster ke dalam ruang kosong yang terdapat pada kereta kuda.
Ini bertujuan untuk melindung sebarang kesan bahan organik pada kereta kuda yang telah tiada. Hasilnya, ini membolehkan kereta kuda dapat dikeluarkan dengan sempurna tanpa merosakkan mana-mana bahagian. Bagi Menteri Kebudayaan Itali Dario Franceschini, penemuan kereta kuda itu dianggap unik dan menunjukkan Pompeii sentiasa mempunyai kejutan buat para pengkajinya.
RUJUKAN:
Jones, G. (2021). Reuters. Archaeologists find unique ceremonial vehicle near Pompeii.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih