Seorang pelancong telah memulangkan sebuah artifak yang dicuri dari Pompeii 15 tahun lepas selepas mendakwa objek tersebut sebenarnya telah disumpah. Ini kerana menurut warga Kanada yang hanya dikenali sebagai Nicole, ia banyak mendatangkan pelbagai kejadian malang kepada keluarganya seperti masalah kewangan dan dirinya pernah mengalami k4ns3r payu dara.

Justeru, bagi meredakan kemurkaan Tuhan, dia memulangkan semua objek yang diambil semasa dia berusia 20-an kepada pihak berkuasa Itali. Antara objek yang diambil ialah dua jubin mozek, kepingan seramik dan sebahagian daripada sebuah amfora.

Dalam surat yang disertakan sekali bersama objek-objek yang dipulangkan, Nicole berkata, “Kami tidak pernah bernasib baik dalam kehidupan kami. Kami orang yang baik dan saya tidak mahu memindahkan sumpahan ini kepada keluarga saya, anak-anak saya atau diri saya lagi. Tolong maafkan kecuaian saya yang dilakukan bertahun-tahun dahulu. Saya sudah serik dan faham tentang pengajaran yang diberi.”

Surat dan objek-objek ini dihantar ke sebuah agensi pelancongan sebagai perantara sebelum diserahkan kepada Carabinieri (polis kebangsaan Itali) yang bertanggungjawab menjaga keselamatan tapak kota berkenaan.. Semua artifak kemudiannya dipulangkan dengan selamat ke Pompeii.

Ribuan orang terbvnvh di bandar purba Pompeii apabila Gunung Vesuvius memuntahkan lahar berapinya pada tahun 79 Masihi. M4y4t dan runtuhan kota terpelihara kemudiannya ditutup dengan jutaan tan abu gunung berapi dan tidak diketahui ramai selama lebih 1600 tahun sebelum dijumpai pada lewat abad ke-16.

Penemuan semula kota yang hilang ini amat kritikal kepada pengkaji sejarah dan pakar arkeologi. Ini kerana ia membolehkan mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang kota dan kehidupan harian penduduk Pompeii.

Sebelum penemuan kota ini, mereka bergantung kepada keterangan penulis Rom, Pliny the Younger berkenaan kisah kota berkenaan.

Dalam surat tersebut, Nicole, 36, menambah, “Saya cuma mahukan secebis sejarah yang tidak boleh dibeli. Saya tidak fikir atau sedar apa yang saya sebenarnya lakukan. Saya mengambil secebis sejarah yang mengandungi terlalu banyak tenaga negatif yang melekat kepadanya. Ramai m4t1 dalam keadaan memilukan dan saya mengambil jubin-jubin yang ada kaitan dengan kemvsn4han kota berkenaan.”

Isu kecurian artifak dalam kalangan pelancong bukan sesuatu yang baru dan ini menyusahkan pihak berkuasa yang menyelia tapak-tapak arkeologi. Tetapi sejak beberapa tahun ini, banyak artifak yang dipulangkan semula disertakan dengan surat berbaur kekesalan oleh si pencuri.

Ketua pengarah tapak Pompeii, Massimo Osanna pernah memberitahu akhbar Il Messaggero pada tahun 2014, “Ramai orang menulis menyatakan kekesalan mereka, selepas sedar mereka melakukan kesilapan besar dan mereka tidak akan melakukannya lagi dan atas sebab itulah, mereka memulangkan kembali artifak yang dicuri.

“Tetapi yang menariknya, dari perspektif antropologi, surat-surat yang mengandungi fragmen artifak yang dicuri yang mendedahkan pelbagai jenis orang amat berbaloi untuk dikaji.”

 

RUJUKAN:

Gregory, Andy. (2020). Woman who stole ‘cursed’ artefacts from Pompeii returns them after 15 years of bad luck. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/world/europe/pompeii-curse-artefacts-theft-canada-vesuvius-b987558.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.