Pencalonan Bernie Sanders dilihat suatu harapan yang terlepas oleh kerana kebangkitan mengejut daripada Joe Biden. Asalnya disangka Sanders akan bertembung dengan Pete Buttigieg, tetapi keadaan sudahpun berubah dengan jurang ratusan yang menggunungkan Biden.

Sementara itu Parti Republikan semestinya bersatu di belakang Donald Trump yang bukan sahaja telah mengelak pelvrv politik mengenai usaha pemecatannya.

Koronavirus mungkin memberikan kesan terhadap kepimpinan Trump. Amerika Syarikat sepatutnya lebih bersedia berbanding keadaannya sekarang.

Washington D.C. sebenarnya mempunyai masa sekurang-kurangnya 21 hari, tetapi sekarang ini Amerika Syarikat mengharapkan derma daripada Jack Ma (Zhou, 2020) oleh kerana kekurangan stok topeng muka dan pembersih tangan di hospital-hospital negara (Elgin & Tozzi, 2020).

Trump pun kelihatan ibaratkan nyanyuk. Pada 22 Januari (semasa China dalam perancangan menutup Wuhan), beliau mengatakan COVID-19 telah dikawal Amerika dan tiada apa akan berlaku (Mangan, 2020). Dua hari kemudian beliau mengulangi optimisme yang sama.

Pada 30 Januari, sekali lagi optimisme diulangi mengatakan semua terkawal sedang masalah sangat kecil (White House, 2020). Tetapi keesokannya, Trump telah mengharamkan semua pendatang yang pernah mengunjungi China.

Pada 5 Februari, Pusat Kawalan dan Pencegahan Peny4kit (CDC) menyedari apa yang sedang berlaku. CDC pun hantar alat-alat diagnostik ke seluruh negara yang malangnya tidak digunakan langsung (Kenen, 2020).

Kegagalan beberapa dasar lagi telah menjemput COVID-19 masuk. Hasilnya boleh dilihat dalam statistik semasa. Semakin Trump mengukuhkan optimismenya, semakin keruh lagi keadaan dengan COVID-19 bermaharajalela.

Terapung Demi New York

Cacamarba politik Malaysia yang mana beberapa negeri tidak dijemput dalam mesyuarat kecemasan tidak berlaku di Amerika Syarikat. Gabenor Andrew Cuomo (Demokratik) tidak perlu berdepan dengan COVID-19 seorang diri.

Donald Trump menghantar sebuah kapal hospital yang boleh memuatkan 1,000 pesakit ke persisiran New York ekoran 2,382 orang telah disahkan positif (Seligman, 2020).

USNS Comfort bukan saja boleh mengurangkan bebanan hospital-hospital bandaraya. Tetapi ia juga boleh menguarantinkan mangsa-mangsa COVID-19 sambil merawat.

Bantuan Kewangan di Amerika Syarikat? Gilakah?

Amerika Syarikat jarang sekali disebut sebagai negara yang mengizinkan sebarang bantuan kewangan. Sanders yang ingin menubuhkan sistem penjagaan kesihatan dibiayai percukaian seperti Malaysia pun boleh ditolak.

Tetapi COVID-19 telah mewajibkan perlaksanaan dasar-dasar sosialis daripada parti yang paling kapitalis sekali.

Trump telah menggunakan Akta Perlindungan untuk menambahkan bekalan peralatan utama. Amerika tidak lagi mahu berharap bantuan dunia (derma Jack Ma).

Selain itu Trump telah merangka rancangan bantuan AS$1 trilion yang separuh daripadanya akan disalurkan sebagai tunai kepada rakyat Amerika. Dijangka setiap rakyat akan mendapat AS$2,000 (dua kali ganda berbanding cadangan Mitt Romney).

AS$50 bilion lagi ialah pinjaman pantas kepada industri penerbangan. dan AS$150 bilion pula diagihkan pun sebagai pinjaman pantas kepada bahagian-bahagian lain.

Betapa kayanya Amerika Syarikat sampai boleh mencampakkan AS$1 trilion sesuka hati.

Bolehkah Bantuan-Bantuan Ini Menangkan Trump?

Dengan pilihanraya yang semakin menghampiri, Trump ialah seorang presiden gula-garam. Masin dan manis pada masa yang sama memberikan citarasa pelik.

Tetapi 11 tahun yang lalu, Obama telah mengeluarkan bantuan seakan-akan sama untuk mengapungkan semula ekonomi negara ditenggelami krisis.

Beliau mendapat kemenangan mudah semasa menentang Romney. Apakah sejarah bakal berulangan? Dengan bantuan wang terus ke poket rakyat (yang sangat menakjubkan), Trump barangkali menimang sokongan penting jika berdepan dengan Biden kelak.

RUJUKAN:

Elgin, B., & Tozzi, J. (2020, March 18). U.S. Hospital Workers Are Making Masks, Protective Gear From Office Supplies Amid Equipment Shortage. Time. Retrieved from https://time.com/5805557/homemade-medical-face-mask-shortage/

Kenen, J. (2020, June 3). How testing failures allowed coronavirus to sweep the U.S. Politico. Retrieved from https://www.politico.com/news/2020/03/06/coronavirus-testing-failure-123166

Mangan, D. (2020, March 17). Trump dismissed coronavirus pandemic worry in January – now claims he long warned about it. CNBC. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/03/17/trump-dissed-coronavirus-pandemic-worry-now-claims-he-warned-about-it.html

Seligman, L. (2020, March 18). Trump dispatching Navy hospital ship to New York Harbor. Politico. Retrieved from https://www.politico.com/news/2020/03/18/trump-navy-ship-coronavirus-new-york-harbor-135732

White House. (2020, January 30). Remarks by President Trump at a USMCA Celebration with American Workers | Warren, MI. White House. Retrieved from https://www.whitehouse.gov/briefings-statements/remarks-president-trump-usmca-celebration-american-workers-warren-mi/

Zhou, C. (2020, March 17). Coronavirus: Masks and test kits donated by Jack Ma arrive in US. South China Morning Post. Retrieved from https://www.scmp.com/news/china/article/3075469/coronavirus-masks-and-test-kits-donated-jack-ma-arrive-us

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.