Cakap pasal cinta lagi-lagi di zaman dominasi Gen Z ini, mesti kita hanya terfikir mereka nyanyi sesama sendiri lagu “oi aku nak tanya ni, suka matcha atau suka kopi”. Si lelaki nyanyi, si perempuan balas.
Namun, kalau korang nak tahu apa itu maksud cinta yang sebenar, korang patut dengar kisah Dashrath Manjhi yang betul-betul menuntun hati ini. Lelaki dari India ini bukan orang kaya, bukan ada kuasa, malah hidup miskin di sebuah kampung kecil di Bihar. Tetapi, dia menunjukkan tekad yang sangat tinggi sampai sanggup buat benda orang fikir mustahil.
Semuanya bermula sebab satu tragedi. Pada satu hari, isterinya, Falguni Devi telah mengalami sakit pada tahun 1959. Sakit itu berlaku disebabkan dia terpaksa berjalan jauh melalui bukit-bukau hanya untuk mengambil air.
Bahkan, orang kampung di situ pun terpaksa lalu jalan-jalan berbahaya itu, kerana tiada jalan lain yang dapat diakses oleh mereka. Malangnya, keadaan inilah yang menyebabkan Devi meninggal dunia.
Saat inilah yang terus mengubah nama Manjhi sehingga disebut-sebut dunia atas perlakuan “gilanya”, iaitu dengan bertekad memecahkan bukit-bukit itu seorang diri. Dia tak ada mesin, tak ada duit, cuma hanya mempunyai tukul besi dan pahat buruk. Macam mana dia nak buat?
Seperti yang disangka, tidak sahlah hasad dengki itu tidak ada jika kita nak buat idea-idea sebegini. Orang kampung gelakkan dia, serta menganggap bahawa dia ni rasanya dah gila.
Tapi Manjhi tak peduli dan tak ambil hati langsung atas kutukan dan cemuhan orang lain. Setiap hari, pagi sampai malam, dia ketuk batu demi batu. Hujan, panas, lapar, semuanya dia hadap dengan bersikap sabar.
Kerja itu bukan sekejap dan mudah dilakukan. Dia mengambil masa memahat dan membuang batu-batu itu bukan satu dua tahun, tetapi selama lebih 20 tahun!
Bayangkan, selama lebih dua dekad hidup dia habis dengan kerja hanya pecahkan bukit, demi isterinya yang jatuh sakit dan meninggal dunia kerananya.
Akhirnya, ramai orang mula simpati lepas melihat kesungguhannya. Kadang-kadang ada yang hulur makanan, dan kadang-kadang ada yang bantu sedikit. Tapi kebanyakannya dia sentiasa hadapnya seorang diri dengan semangat luar biasa.
Selepas berhempas pulas dan penat lelah, akhirnya dia berjaya membuang batu-batuan di sana pada tahun 1982. Dia siapkan jalan sepanjang lebih 100 meter, lebar cukup untuk orang lalu dengan selesa. Jarak kampung ke bandar yang dulu 55 kilometer jadi pendek kepada 15 kilometer saja.
Orang kampung yang dulu ketawakan Manjhi mula tabik hormat kepadanya. Daripada dahulu dianggap gila, kemudian akhirnya dia terus dijulang sebagai wira kampung. Dari sinilah, orang ramai memanggilnya sebagai “Mountain Man” kerana dia betul-betul tembus bukit dengan tangan sendiri.
Kerajaan India kemudian akui jasa dia. Jalan rasmi dibina di kawasan itu supaya kampung lebih mudah capai hospital dan pekan. Walaupun pengiktirafan datang agak lambat, hasil kerja Manjhi kekal sampai hari ini.
Dashrath Manjhi meninggal pada tahun 2007, tetapi namanya terus disebut-sebut bukan sahaja di India, tetapi di seluruh dunia. Manjhi menjadi simbol bahawa jika kita membawa cinta suci, bahkan benda yang mustahil pun menjadi tidak mustahil.
Bak kata orang kampung, “There’s I’m possible in impossible.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





