Kampung Stoke Poges yang penuh dengan seni bina klasik British merupakan tempat tinggal Jeneral Richard Vyse dan isterinya Anne Howard. Pasangan ini mempunyai anak bernama Howard Vyse yang mewarisi estet-estet di Boughton dan Pitsford.
Harta kekayaan sedikit sebanyak membolehkan karier Vyse dalam dunia politik. Beliau memenangi pilihanraya yang memberikannya kerusi parlimen untuk Beverley di Yorkshire.
Namun dua bulan kemudian, Vyse dituduh mengamalkan k0rupsi sekaligus membatalkan kemenangan pilihanrayanya.
Vyse tidak dikenali dengan kecenderungannya dalam politik. Beliau tidak mempunyai karier yang hebat pun, kerana pilihanraya hanya bersifatkan sementara sahaja. Sejarah mengingati Vyse kerana penjelajahannya di Mesir pada tahun 1835 apabila beliau menyertai misi penggalian oleh Giovanni Battista Caviglia di Giza.
Namun gandingan Vyse dan Caviglia tidak bertahan lama. Vyse kemudian bekerjasama dengan John Shae Perring dalam usaha mendokumentasikan penemuan-penemuan mereka dalam piramid.
Kedua-dua mereka menemui sebuah keranda batu di kamar pengebvmian utama. Keranda ini tidak langsung mempunyai sebarang hieroglif melainkan hiasan-hiasan diraja yang melayakkannya sebagai keranda seorang firaun. Bersebelahan dengan kamar pengebvmian tersebut, mereka menemui serpihan-serpihan kayu yang tertulis nama firaun ini.
Pewaris Takhta Raja Khafre
Sejarawan silam Manetho pernah menulis bahawa Menkaura memerintah selama 63 tahun. Namun tempoh panjang ini tidak bertepatan, kerana pakar-pakar Mesir berpendapat pemerintahannya sepatutnya dalam tempoh 18 hingga 22 tahun sahaja (Verner, 2001).
Menkaura menurut Herotodus telah meringkankan kesusahan rakyat disebabkan pemerintahan ayahandanya. Mungkin disebabkan itu Menkaura disebut sebagai “Netjer-er-Menkaure” iaitu “Menkaura Ialah Tuhan”.
Tuhan Yang Tenggelam
Tamadun Mesir Purba memang cenderung mengagungkan para raja mereka dengan darjat ketuhanan. Namun sama seperti manusia lain, raja-raja mereka pun m4ti jua dalam keadaan kadangkala jauh lebih hina berbanding orang umum.
Menkaura pula terkena nasib jauh menyayatkan.
Howard Vyse dan John Shae Perring telah mengeluarkan kerandanya daripada piramid untuk dibawa ke Muzium British. Pada ketika itu, British mengamalkan dasar penj4rahan untuk melangsungkan kebudayaan imperialisme mereka.
Mungkin Vyse dan Perring telah mengidamkan pameran megah di kota London, yang pada masa itu sudahpun kaya dengan harta-harta agung Ramses II.
Menkaura diletakkan dalam kapal pedagang Beatrice. Namun setelah berlepas darpada pelabuhan di Malta, pada 13 Oktober 1838 yang malang, kapal Beatrice dipercayai karam. Dibawa bersamanya ialah tidak lain tidak bukan Firaun Menkaura serta keranda besarnya.
Barangan-barangan yang ditemui bersama Menkaura telah dibawa dengan kapal lain. Bahan-bahan sejarah ini berjaya dipamerkan di Muzium London , termasuk juga serpihan-serpihan kayu dimana nama Menkaura dituliskan.
Kehilangan kapal Beatrice ialah salah satu contoh campurtangan British yang merugikan dunia ini. Jika Menkaura dibiarkan di tempat asalnya, nescaya semua orang boleh mengunjunginya di Mesir. Lebih menimbulkan persoalan,
Vyse dan Perring juga dituduh menuliskan nama Khufu (ayahanda Menkaura) di kamar-kamar piramid “dalam keazaman membuak-buak untuk menemui sesuatu yang penting setelah menghabiskan duit yang banyak.” (Sitchin, 1987).
Vyse juga dituduh menggunakan bahan letvpan untuk menggali dinding berbatu yang keras.
Semasa bekerjasama dengan Caviglia, Vyse mengesyaki ada satu kamar di atas sebuah kamar yang ditemui Nathaniel Davidson 170 tahun sebelumnya.
Ini kerana Vyse boleh menyumbat buluh halus sedalam dua kaki melalui rekahan di siling “Kamar Davidson”.
Maka Vyse menyumbat bahan letvpan untuk membuka ke empat kamar di atas, yang dinamakan sempena Arthur Wellesley, Horatio Nelson, Anne Arbuthnot dan Patrick Campbell.
RUJUKAN:
Sitchin, Z. (1987). Forging the Pharaoh’s Name. The Stairway to Heaven (Chapter 13).
Verner, M. (2001). Archeological Remarks on the 4th and 5th Dynasty. Halaman 363-418.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih