Per*ng Bola Sepak (juga dikenali sebagai Pera*g 100 Jam) adalah per*ng singkat yang dilancarkan antara El Salvador dan Honduras pada tahun 1969. Ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara tercetus dengan rusuhan semasa sesi kelayakan Piala Dunia FIFA 1970.

Perang bermula pada 14 Julai 1969, ketika tentera Salvador melancarkan serangan terhadap Honduras. Organisasi Negara-negara Amerika (OAS) mengadakan rundingan gencatan senjata pada malam 18 Julai yang berlaku sepenuhnya pada 20 Julai. Pasukan tentera Salvador kemudian dipanggil pulang pada awal Ogos.

BAGAIMANA IA BERLAKU

Per*ng yang berlangsung selama empat hari itu telah mengakibatkan kehilangan beribu-ribu nyawa dari kedua belah pihak. konflik berdar*h ini dikenang sebagai per*ng Bola Sepak.

Keputusan terikat 2-2 selepas 90 minit di Stadium Azteca di Mexico City. Ini adalah perlawanan ketiga antara Honduras dan El Salvador dalam beberapa minggu dalam sesi kelayakan Piala Dunia 1970 di Mexico yang dianggap sebagai sesi kelayakan paling getir, persaingan sengit yang tidak pernah berlaku di antara kedua-dua negara sebelum ini.

Honduras memenangi pusingan kelayakan pertama 1-0 di tempat sendiri semasa perlawanan di Tegucigalpa, manakala El Salvador membalas 3-0 semasa pertemuan di San Salvador. Laporan kegan*san di antara penonton sebenarnya telah bermula semasa pertembungan di dalam kedua-dua perlawanan ini.

Ketika perlawanan penentuan pula, memasuki minit ke-11 masa tambahan, pemain El Salvador, Mauricio “Pipo” Rodríguez berlari masuk ke kawasan petak penalti untuk mengambil hantaran silang dan melakukan sepakan perlahan hingga bola melepasi penjaga gol Honduras, Jaime Varela, sekaligus menyingkir Honduras dari kelayakan piala dunia.

Pasukan El Salvador

El Salvador akhirnya meraih kemenangan 3-2. Para pemain berpeluk, berjabat tangan, dan meninggalkan padang. Situasi yang kelihatan sangat normal. Namun siapa menyangka dalam masa tiga minggu, negara mereka akhirnya terlibat dalam peper*ngan.

Sebelum itu mari kita fahami dulu kronologi kes dan dari mana punca nya yang mengakibatkan kedua negara ini boleh berper*ng.

KRONOLOGI

El Salvador, kira-kira hampir menyamai saiz sebuah negara Wales, mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 3 juta populasi pada tahun 1969. Kebanyakan tanah di sana dikuasai dan dimiliki oleh golongan elit, lantas meninggalkan ruang yang sangat sedikit untuk golongan petani Salvador yang lebih miskin.

Honduras pula, yang juga dikuasai oleh sebilangan kecil pemilik tanah adalah lima kali lebih besar, dan pada tahun yang sama mempunyai populasi kira-kira 2.3 juta.

Akibatnya, sepanjang abad ke-20, ramai rakyat Salvador telah berpindah ke Honduras untuk mencari peluang mengerjakan tanah ladang yang banyak terdapat di situ, dan untuk bekerja dengan syarikat pembekal buah-buahan Amerika Syarikat yang beroperasi di negara ini. Kira-kira 300,000 orang berhijrah ke negara-negara jiran menjelang tahun itu.

Pihak berkuasa Honduras ketika itu tidak memberi tumpuan kepada tanah yang dimiliki oleh para elit dan syarikat buah-buahan milik Amerika tetapi pada tanah yang diusahakan oleh para pendatang Salvador.

Maka Presiden Honduras Oswaldo López Arellano mula mengusir ribuan rakyat Salvador supaya pulang ke negara asal mereka.

Ini mengakibatkan Presiden Salvador, Presiden Fidel Sánchez Hernández bergelut untuk mengatasi sejumlah besar pendatang yang kembali ke kampung halaman, sementara pemilik tanah mula mendesak tindakan ketent*raan diambil kerajaan.

Fidel Sanchez

Ketegangan antara dua negara mula meningkat selepas tersebar pula laporan berita tentang penganiayaan oleh pihak kerajaan Honduras tehadap para petani Salvador, diikuti dengan kes rog*l dan pembun*han mula memenuhi di dada akhbar tempatan.

Ia berlaku di saat ketegangan yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi kedua-dua negara ini akan bertemu di padang bola sepak.

Pada 27 Jun, para pemain telah bersedia untuk peringkat penentuan pada petang itu di ibu negara Mexico. Manakala El Salvador telah memutuskan perhubungan diplomatik dengan Honduras.

Menteri Dalam Negeri, Francisco José Guerrero berkata hampir 12,000 warga Salvador meninggalkan Honduras selepas perlawanan kedua, dengan akhbar UK Guardian melaporkan bahawa dia menyalahkan “dakwaan penganiayaan, yang berpunca dari perlawanan bola sepak antarabangsa”

Sehari selepas perlawanan, agensi berita Amerika Syarikat UPI menerbitkan berita dengan tajuk “Per*ng Bolasepak Dimenangi Oleh El Salvador, 3-2 “. Menurut laporan tersebut, 1,700 orang anggota polis Mexico dikerah mengawal perlawanan itu untuk menghalang sebarang kejadian tidak diingini dan kegan*san.

Para penyokong Salvador dilaporkan melaungkan slogan dan lagu atau ‘chant’ yang berbunyi  “pembun*h, pembun*h” dari tempat duduk penonton.

Pihak luar menganggap perlakuan itu sebagai penyebab utama yang memulakan per*ng, namun menurut pemain Salvador yang menjaringkan gol penentuan, Rodríguez, beliau mengandaikan bahawa per*ng tetap akan berlaku samada gol itu dijaringkan atau tidak sekali pun.

Pada hari-hari berikutnya, pertikaian di sempadan semakin meruncing. Pada 14 Julai, kementerian pertahanan El Salvador mengarahkan pasukan tent*ra untuk menyer*ng Honduras, dan melancarkan jet pejuang untuk mengebom negara tersebut.

BUKAN KERANA BOLASEPAK SEMATA-MATA

Ketika Pertubuhan Negara-negara Amerika berjaya mengaturkan gencatan senjata pada 18 Julai, dianggarkan kira-kira 3,000 orang telah terk*rban di mana majoritinya adalah orang awam Honduras.

Manakala ada ramai lagi yang diisytiharkan sebagai hilang semasa pertemp*ran. Melalui tekanan antarabangsa yang berterusan, El Salvador menghentikan ser*ngan dan memanggil pulang kesemua pasukan tent*ranya dari Honduras pada bulan Ogos.

Ketegangan tidak berakhir setakat itu sahaja. Perdagangan di antara kedua-dua negara telah dihentikan dan memakan masa selama beberapa dekad, malahan sempadan juga ditutup.

Namun masalah domestik di El Salvador juga turut menyumbang kepada tercetusnya Per*ng Bola Sepak, contohnya golongan elit yang menguasai hak pemilikan tanah dan kes sejumlah besar petani yang dianiaya telah menjejaskan negara selama beberapa dekad yang akan datang.

Buktinya persoalan sosioekonomi yang lebih besar yang merupakan peristiwa lanjutan daripada per*ng Bola Sepak sebelum itu adalah punca utama yang mencetuskan per*ng saudara El Salvador dari tahun 1979 hingga 1992, lebih daripada 70,000 orang dijangka terk*rban dalam konflik itu.

PANDANGAN PARA PEMAIN BOLASEPAK YANG TERLIBAT

Ketegangan antara El Salvador dan Honduras masih berterusan sehingga saat ini. Pertikaian sempadan antara kedua belah pihak terus berlanjutan, meskipun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengadili kes tersebut.

Tetapi bagi pemain yang menjaringkan gol untuk El Salvador, dia tidak pernah mengingati peristiwa tersebut dengan rasa dendam. Hanya pihak berkuasa dan ahli politik yang telah mempergunakan kemenangan pasukan bola sepak untuk membersihkan imej El Salvador dan menampakkan seolah-olah diri mereka sebagai mangsa keadaan.

Bagi pasukan El Salvador, mereka terus mengekalkan sikap profesional melalui penghargaan dan penghormatan yang besar bagi pasukan lawan mereka itu iaitu Honduras. Samada dari pemain Honduras mahupun Salvador.

Mereka masing-masing tidak pernah menganggap perlawanan mereka sebagai perlawanan di antara musuh dua negara, tetapi ianya adalah persaingan yang sihat di dalam sukan.

RUJUKAN:

Sports History Weekly : When Soccer Triggered An Armed Conflictd


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.