Saya berpendapat pasti tak ramai yang tahu bahawa di tanah besar China pernah wujud sebuah kesultanan Islam. Ya, kerajaan Islam yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi malah pemerintahnya adalah seorang Sultan, bukannya Maharaja seperti dinasti China yang lain seperti kerajaan Ming, Yuan dan Song yang kononnya adalah kerajaan Islam padahal agama rasminya belum tentu Islam. Namun kerajaan Islam Dali memang pernah wujud di selatan China iaitu di Yunan. Kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 1856 rentetan daripada peristiwa pemberontakan orang-orang Islam Hui dan Uyghur di seluruh China terhadap penindasan kerajaan pusat Emperial China Dinasti Qing.
Pemberontakan ini berlaku kerana kerajaan Manchu kurang berkompromi dengan orang-orang beragama Islam berbanding Dinasti-dinasti China lain sebelum ini. Mereka tidak dibenarkan berkumpul di masjid malah tidak dibenarkan menyembelih lembu. Hal ini kerana bangsa Manchu adalah penganut Buddha yang kuat dan mereka adalah bangsa asing dari rumpun Moggol yang berasal dari Manchuria.
Pemberontakan bertambah buruk apabila berlakunya peristiwa pergaduhan diantara pelombong Cina Muslim dengan Cina bukan islam dan kemudiannya menjadi konflik keagamaan yang melarat-larat. Pada tahun 1855, kelompok majoriti Islam Yunnan memberontak lagi kerana menentang polisi-polisi pegawai dinasti Qing yang menekan mereka. Sebahagian mereka berasa tidak puas hati kerana dihalang naik pangkat sebagai pegawai walaupun telah menjalani peperiksaan kerajaan. Para pegawai tinggi Qing secara rahsia menyuruh perusuh untuk menyerang orang cina muslim yang kaya bagi mencetuskan kekacauan anti-orang Islam, dan memulakan satu konflik agama yang membawa kepada pemusnahan masjid-masjid dan perniagaan orang Islam cina.
Namun demikian pemberontakan orang-orang cina Muslim akhirnya berjaya menawan bandar Dali yang menjadi pangkalan bagi operasi orang Muslim, dan mereka mengisytiharkan kota itu mereka sebagai entiti politik yang terpisah daripada China. Mereka menamakan negara mereka sebagai Pingnan Guo iaitu, Negara Selatan yang Aman.
Pemimpin mereka adalah Sulayman ibn `Abd ar-Rahman yang dikenali sebagai Du Wenxiu yang juga digelar Qa´id Jami al-Muslimin iaitu ‘Ketua Jemaah Orang Islam’, namun biasanya dirujuk dalam sumber-sumber asing sebagai sultan sahaja. Beliau memerintah dari tahun 1856 hingga 26 Disember 1872. Sultan Du juga telah mewajibkan penggunaan tulisan Arab dan pengajaran bahasa Arab di dalam kerajaannya. Baginda juga mengharamkan babi bagi seluruh kawasan pemerintahannya tidak kira terhadap orang Islam atau bukan Islam.
Tentera cina muslim Yunnan, pernah mengepung bandar Kunming iaitu ibu kota Yunnan untuk beberapa kali iaitu dalam tahun-tahun 1857, 1861, 1863 dan 1868. Ma Rulong, seorang pemimpin pemberontak Hui dari selatan Yunnan, telah mengepung bandar tersebut pada tahun 1862, tetapi berpaling tadah kepada tentera kerajaan pusat setelah ditawarkan jawatan dalam tentera kerajaan.
Namun para pengikutnya yang masih mahu berjuang menegakkan Islam telah mengambil peluang itu untuk membunuh Jeneral Gabenor Pan Duo, lalu merampas bandar itu daripada pihak Qing pada tahun 1863 dengan niat menyerahkan bandar itu kepada Du Wen xiu Sultan mereka. Walau bagaimanapun, sebelum pasukan tentera Du sampai, Ma Rulong dengan bantuan seorang pegawai tentera Qing iaitu Cen Yuying telah menyerang ke Kunming dan mendapatkan kembali ibukota wilayah tersebut dari tangan orang Islam.
Kemudian, apabila tentera pihak Qing mula dapat mengatasi orang-orang Islam Yunnan dan mengepung kota Dali, Sultan Du telah mengirim surat kepada Ratu Victoria melalui anaknya putera Hassan pada tahun 1872 untuk meminta pengiktirafan rasmi dan bantuan ketenteraan daripada Empayar British, walau bagaimanapun permintaan ini ditolak.
Nampaknya Du telah tersalah tempat untuk meminta pertolongan, jelas di sini kerajaan tidak akan membantu mana-mana negara Islam. Kerajaan Kesultanan Islam Dali akhirnya ditumpaskan apabila tentera Qing berjaya menyerang dan merampas Dali dengan bantuan ketenteraan berupa pakar dan persenjataan dari Perancis. Mereka telah membunuh dan memenggal kepala ‘sultan’ Du. Kepala baginda dibawa ke Beijing dan dipersembahkan kepada Maharaja sebagai bukti dan ditunjukkan kepada para pembesar. Jasad beliau telah disemadikan di Xiadui.
Dunia termasuk masyarakat Islam sendiri tidak tahu malah telah melupakan kekejaman yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Yunnan. Pemberontakan berdarah itu telah menyebabkan kematian sebanyak satu juta orang Islam di Yunnan dan melenyapkan satu-satunya kesultanan Islam di China. Akibatnya ramai pelarian Hui yang terselamat melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Burma, Thailand dan Laos, lalu membentuk populasi minoriti Cina Hui di negara-negara tersebut yang masih wujud hingga sekarang. Oleh sebab itu jika kita melancong ke utara Thailand, kita pasti akan terjumpa dengan komuniti Islam di sana.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
Moga Allah mencucuri inayah rahmat dan magfirahnya kepada orang-orang Islam Tionghua/Chi’na yang telah mati atau syahid bagi menegak paksi ugama Islam yang suci murni kepada seluruh orang Tionghua Islam di seluruh peperangan dan pemberontakan yang mereka sertai lagi2 pada masa pemerintahan jepun di Tanah besar Tiongkok dan Manchuria yang mengorbankan jutaan orang2 Islam Tionghua serta pemusnahan masjid-masjid serta pelanggaran syarak ke atas masyarakat Islam Hui spt dipaksa membela babi atas paksaan jepun dilaknat serta penganiayaan serta jenayah sial spt membunuh masyarakat Tionghua Hui dan mmprkosa wanita,orang tua,kanak-kanak perempuan Hui sampai mati yg lebih hina aniaya membunuh bayi dengan pedang serta memasukkan panah,alat celaka sial ke dalam alat sulit perempuan Islam Tionghua di Tanah Tiongkok/Negeri China dan kebanyakan masjid dihancurkan serta ia marak depenuhi mayat jenazah orang2 Tionghua Islam yang dibunuh kejam tentera Jepun,bukan sahaja di Tanah Tiongkok malah di Tanah airku di Semenanjung Malakkah/Melaka berarti tempat berdagang serta di seluruh Kepulauan Tanah Melayu/Nusantara yang dipacu kepimpinan kerajaan oleh Kerajaan Na-gara Kedah Pasai Ma Ayutia syahrunnawi yang memakai gelaran Maharaja Melayu atau Siam berarti Melayu campur Tionghua Islam Manchu Chi’ng yang mentadbir ke seluruh kepulauan Melayu dari Chang Mai hingga kepulauan Albani(australia) di selatan srta kepulauan Lesong/luzon diterajui Kota Maynillah di utaranya serta menggunapakai cara perintah raja daerah di setiap kawasan dan perintahnya seperti Raja Daerah Larut Matang,Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin dikenali Nai lang,panglima Bukit Gantang dan Raja Daerah Johor( jauhar) Riau Paduka Seri Sultan Ali Riayat/ruayah… sekian. Sekiranya ingin kebarangannya lanjut sila ke Blog Minda Ahad dan Nagara Siam Islam Kedah…. sekian memohon diri ampuni kesalahan jika terslah rapi.. Salam saudara seislam,assalmkmw.r.w.b.t..