Kalau negara lain asyik bimbang dengan masalah Covid-19, Malaysia pula asyik bimbang siapa pegang jawatan apa. Uniknya negara kita ni boleh dikatakan hampir tiap bulan ada kejutan yang berbeza. Edisi oktober, majoriti ahli Parlimen yang berpihak kepada kerajaan sangat tipis katanya, dalam lingkungan 113 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Kejutan akhir tahun, kerajaan gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional pagi 23 Oktober selepas adakan mesyuarat kabinet demi menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik, telah bersetuju untuk isytihar darurat politik. Persoalannya, darurat politik ni bagaimana? Sama ke macam darurat biasa?

Kalau kita lihat Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, Secara am, proklamasi darurat boleh diklasifikasikan apabila berlaku suatu ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagian yang terancam. Senang cerita, darurat ni betul-betul kalau perlu sahaja kerajaan persekutuan akan mohon dekat Yang di-Pertuan Agong dan proklamasi darurat akan diisytiharkan baginda.

Antara kesan sampingan darurat boleh rujuk Perkara 150(4) Perlembagaan Persekutuan, di mana semasa proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan akan berkuasa penuh meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu negeri. Ini bermakna, badan eksekutif secara rasmi memegang kuasa penuh terhadap pentadbiran negara.

Situasi Parlimen pula bagaimana? Mengikut Perlembagaan, Parlimen masih akan berjalan macam biasa kalau tak dibubarkan.

Kesan lain pula, proklamasi darurat membenarkan Parlimen untuk membuat undang-undang dalam apa perkara pun tanpa melalui proses seperti undang-undang lain untuk ianya diluluskan. Ini bermakna, undang-undang ini mampu mengatasi Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan yang membincangkan perjalanan kuasa perundangan bersama. Rang undang-undang tak perlu dibahas atau dibaca sampai tiga kali, kalau Parlimen setuju, boleh guna terus walaupun ianya tak selaras dengan Perlembagaan.

Tahun 1969, Malaysia isytihar darurat buat pertama kali. Rusuhan yang meragut ratusan nyawa, ribuan yang ditahan dan beratus harta benda awam yang musnah. Sampai kereta pakcik singgah 7E pun kena bakar. Kerajaan ambil keputusan untuk isytihar darurat atas dasar keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Timbul persoalan baru, atas dasar apa Perdana Menteri rasa darurat politik ini satu keperluan negara? Memandangkan skop darurat ni termasuk darurat terhadap kehidupan ekonomi, umum ketahui bahawa negara kita sedang alami kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Antara sebab kenapa sistem demokrasi ni kadang rumit kadang okay dekat sini lah bermula. Majoriti Parlimen ni antara komponen paling penting dalam pembentukan kerajaan. Kenapa penting? Selain daripada pembentukan kerajaan, kebanyakan proses meluluskan sesuatu perkara atau usul perlu melalui undian dari Parlimen.

Contoh paling terdekat, usul Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk kosongkan jawatan beliau pada awal sidang Parlimen sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri. Kalau ikut Perlembagaan, Perkara 57(2) membenarkan Dewan Rakyat untuk mengeluarkan usul itu dengan ketetapan “Dewan Rakyat” bahawa beliau sudah hilang kelayakan.

Untuk kaitkan dengan situasi sekarang ni, pentadbiran kerajaan mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya pihak kerajaan sendiri tiada majoriti. Maka, kalau darurat politik ini merujuk kepada kehidupan ekonomi yang terancam, mungkin ianya satu tindakan yang wajar diambil untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong mengambil alih pentadbiran kerajaan. Tambahan pula dengan gelombang ketiga Covid-19 ini, pilihan raya umum tak sepatutnya jadi satu pilihan.

Takat mana kehidupan ekonomi terancam sampai perlunya darurat bukan keputusan untuk kita rakyat marhaen putuskan. Apa yang jelas sekarang ni kalau pentadbiran tak bertindak dengan cepat dan atasi kemelut politik yang berlaku, berkemungkinan besar, ekonomi Malaysia mungkin akan bertambah teruk.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

To learn is a blessing but to share is truly an honour

Comments are closed.