Dua benda paling renyah kalau pergi pasaraya: cari tempat letak kereta dan troli bersepah. Bila troli bersepah, satu kerja nak alihkan sebelum letak kereta. Kadang kesian tengok pekerja pasaraya terkejar sana-sini kumpul troli sebab benda tu ada merata tempat. Dan ini mengundang satu soalan, apa kejadahnya orang suka sangat biarkan troli bersepah?

Kalau tanya orang sebab troli dibiarkan bersepah, sedia jelah dengar jawapan cliche. Antara alasan yang selalu kita dengar ialah faktor cuaca, tempat kumpul troli terlampau jauh atau nak bergegas balik rumah/pergi tempat lain.

Kalau orang kelainan upaya (OKU) tu, kita bolehlah terima sebab ada benda fizikal dia tak mampu buat. Tapi yang sihat walafiat di luar sana, apa cerita? Kalau biar bersepah tapi tak halang jalan orang, orang tak marah juga. Yang orang marah bila biar troli bersepah, orang susah nak buka pintu atau melambatkan orang yang nak masuk/keluar tempat letak kereta.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan THE HUMAN’S COMPLEX. Cerita troli bersepah ni sebenarnya uji minda manusia sama ada mahu mengikut peraturan sosial atau tidak. Ada penjelasan logik kenapa sesetengah orang tak nak buat. Nak tahu sisi minda yang mengejutkan ini, dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-The-Human%E2%80%99s-Complex.-i.238336777.7938249293

Menariknya, benda ini pun jadi subjek kajian saintis sosial. Kajian diorang dapati orang yang letak troli di tempat asalnya sebenarnya orang yang ikut norma sosial. Kalau mereka tak buat, orang yang nampak akan hakimi mereka sebagai orang tak bertimbang rasa dan mementingkan diri. Tapi yang suka biar troli bersepah, ini jenis orang yang dahulukan diri sendiri berbanding orang lain. Asal dia punya lepas, dia terima walaupun tindakan dia tu menyusahkan orang lain.

Jadi, bagi membuktikan teori ini betul atau tidak, satu eksperimen dijalankan. Saintis meletakkan helaian risalah yang meminta pengguna agar meletak troli di tempat yang sepatutnya membabitkan dua tempat letak kereta pasaraya berbeza. Nak bezakan mudah saja, troli-troli dibiarkan bersepah di salah satu tempat letak kereta yang dipilih. Matlamat eksperimen bukan nak tau troli disusun atau tak tetapi bilangan risalah yang dibuang mengikut situasi di tempat letak kereta yang dinyatakan.

Dan hasilnya amat mengejutkan. Siapa sangka 58% pemandu pilih untuk buang risalah troli di tempat troli yang bersepah. Sementara 30% lagi melakukan perkara sama di tempat di mana troli dipulangkan ke tempat asalnya. Jadi, nampak sangat peraturan sosial menjadi pendorong utama sama ada seseorang itu biarkan troli bersepah atau kembalikan ia ke tempat asal.

Tetapi sejak kajian tersebut diterbitkan, ramai yang hubungi saintis yang terlibat dalam kajian troli itu dan beritahu mereka bukan anti-peraturan sosial. Kononnya, dengan tinggalkan troli bersepah merata, mereka nak pastikan pekerja pasaraya sentiasa sibuk dan mendapat ganjaran daripada titik peluh mereka. Ini tahap baru ni bab tegakkan benang basah!

Tempat letak troli jauh bukan alasan untuk troli dibiarkan bersepah! Sumber: Iluminasi

Eh, mengarutlah alasan ini! Memang betul kerja orang pasaraya kumpulkan troli tetapi mereka ambil dari tempat kumpul troli. Bukannya terpaksa bergerak jauh nak dapatkan troli yang dibiarkan bersepah! Lagipun, diorang ini pun ada kerja lain dalam pasaraya nak dibuat. Takkan kerja satu hari hentak kumpul troli saja?

Kita ni terlupa, kalau kita mudahkan urusan orang, Tuhan pun mudahkan urusan kita. Benda ini bukan sekali Nabi s.a.w sebut. Misalnya, baginda bersabda, “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Atau hadis Nabi s.a.w ini yang lebih panjang yang berbunyi, “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim) Benda ini terpakai dalam banyak perkara termasuk bab susun troli.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Apa salahnya kalau nampak troli bersepah, alih dan susun kat tempat letak troli. Bila kita alih, orang senang nak keluar masuk tempat letak kereta. Yang OKU lega sebab takde troli halang mereka keluar masuk. Yang baru datang boleh terus guna tanpa perlu tercari-cari. Kat sini saja, berapa banyak kebaikan yang kita buat?

Tuhan ini kaya, bab kebaikan, benda yang memberi manfaat kepada orang dikira di sisi-Nya walaupun remeh. Sebab orang yang beri manfaat kepada orang lain dicintai Dia dan Rasul-Nya. Sabda Nabi s.a.w mafhumnya, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kalau Tuhan mencintai manusia yang melepaskan orang daripada bebanan hutang atau kelaparan, apatah lagi orang yang alihkan troli. Dan orang terlupa, membantu sebenarnya satu sedekah sekaligus menjadikan ia sebagai penolak bala dan jaminan bantuan Allah kepada orang tersebut. Nampak troli bersepah, jangan pandang itu sebagai beban. Tapi anggaplah itu sebagai lubuk kebaikan kurniaan-Nya bagi manusia menambah amal kebajikannya.

RUJUKAN

Clancey, C. (2021, 8 September). Scientists Have A Theory About Those People Who Don’t Return Shopping Carts. Diply.

Nasir, M. S. (2019, 2 Disember). Allah tolong kita. Harian Metro.

Illani, R. (2017, 15 Mei). Kenali 5 kategori pengguna troli di pasar raya. Iluminasi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply