Sebahagian besar bangsa Arab mengikuti benar dakwah yang disampaikan oleh Nabi Ismail AS iaitu menyeru semua orang kepada agama bapanya, Nabi Ibrahim AS. Batu asas dalam ajaran tersebut adalah menyembah Allah SWT dan mengesakan-Nya semata-mata tanpa mensyirikkan Dia dengan sesuatu yang lain.

Waktu berlalu dengan sangat pantas dan sebegitu lamanya, sesetengah daripada bangsa Arab mula melalaikan ajaran tauhid yang telah disampaikan. Namun, masih terdapat saki-baki tauhid dan syiar ajaran Nabi Ibrahim AS sehingga muncul seorang pemimpin Bani Khuza’ah yang dikenali sebagai Amru bin Luhay.

Beliau amat terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang, senang membantu serta berbuat kebajikan kepada masyarakat sekeliling. Amru juga dikenali sebagai susuk lelaki yang suka menghulurkan sedekah dan sangat cakna terhadap segala macam urusan yang melibatkan keagamaan. Berkat daripada kebaikan dan kemuliaan yang ditonjolkan oleh Amru bin Luhay, beliau dianggap umpama wali besar dan dicintai oleh ramai pihak.

Sampai pada satu ketika, Amru membuat perjalanan menuju ke negeri Syam. Setibanya beliau di sana, Amru melihat penduduk Syam sedang menyembah berhala. Amru bin Luhay menganggap perbuatan itu sebagai satu perkara yang baik lagi benar.

Hal ini demikian kerana menurut hematnya, Syam merupakan bumi kepada para wali, rasul dan ahli kitab. Oleh hal yang demikian, Amru pulang ke Makkah dengan membawa berhala yang diberi nama Hubal dan meletakkannya di dalam Kaabah. Lalu, dia mengajak penduduk Mekkah untuk melakukan kesyirikan kepada Allah SWT.

Berhala tertua kepunyaan mereka ialah Manat yang ditempatkan di Musyallal di tepi Laut Merah berdekatan Qudaid. Kemudian, mereka mencipta Latta di Tha’if dan Uzza di Wadi Nakhlah. Demikianlah ketiga-tiga berhala utama dan terbesar yang menjadi pemujaan dan kesyirikan kepada Yang Maha Pencipta. Kemusyrikan ini semakin lama semakin bermaharajalela dalam kalangan penduduk di sekitar wilayah Hijaz.

Terdapat kisah yang menceritakan bahawasanya Amru bin Luhay mempunyai pembantu yang berasal daripada bangsa jin. Pada suatu hari, pembantunya memberi sebuah khabar bahawa berhala-berhala kaum Nuh seperti Wad, Suwa’, Yaghuts dan Nasr terpendam di bawah Jeddah. Tanpa melengahkan masa, Amru bin Luhay terus bergegas menuju ke sana lalu mengangkat semua berhala tersebut lantas membawanya ke Tihamah. Setelah tiba sahaja musim haji, beliau akan memberikan berhala-berhala tersebut kepada kabilah-kabilah yang mengunjungi Kota Makkah.

Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

  1. Mereka mengelilingi berhala sambil mulut terkumat-kamit meminta pertolongan daripada berhala tersebut.

  2. Mereka akan menunaikan haji dan tawaf mengelilingi berhala-berhala, tunduk serta sujud di hadapannya.

  3. Mereka mengadakan penyembahan kepada berhala dengan menyajikan beragam jenis penyembahan seperti korban yang berupa binatang sembelihan atas nama berhala-berhala yang ada.

  4. Mereka mengkhususkan sebahagian makanan dan minuman untuk disajikan kepada berhala. Ada sesetengah yang mengkhususkan bahagian tertentu daripada hasil tuaian dan binatang peliharaan mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT,

وَجَعَلُوا لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ وَالْأَنْعَامِ نَصِيبًا فَقَالُوا هَٰذَا لِلَّهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَٰذَا لِشُرَكَائِنَا ۖ فَمَا كَانَ لِشُرَكَائِهِمْ فَلَا يَصِلُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَا كَانَ لِلَّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَىٰ شُرَكَائِهِمْ ۗ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ertinya: “Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bahagian daripada tanaman dan ternakan yang telah diciptakan oleh Allah. Lalu mereka berkata sesuai dengan persangkaan mereka, ‘Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami.’ Maka sajian-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak akan sampai kepada Allah dan sajian-sajian yang diperuntukkan oleh Allah maka sajian-sajian itu hanya sampai kepada berhala-berhala mereka. Amat buruklah ketetapan mereka itu.

(Surah al-An‘am 6: 136)

  • Mereka memuliakan haiwan-haiwan ternakan. Beberapa jenis unta yang digelar Bahirah, Sa’ibah, Washilah dan Hami merupakan antara kepercayaan karut mereka bahawa haiwan-haiwan ini dianggap suci. Ibn Ishaq mengisahkan,

“Bahirah ialah anak kepada Sa’ibah iaitu unta betina yang telah beranak 10 dan kesemuanya betina, tiada seekor pun yang berkelamin jantan. Unta ini tidak boleh ditunggangi, tidak boleh diambil bulunya dan susunya tidak boleh diminum kecuali untuk dihidangkan kepada tetamu. Andai kemudian dia melahirkan lagi anak betina, maka telinganya harus dipotong lalu dilepaskan bebas bersama induknya dan harus mendapat perlakuan yang sama seperti induknya.

Washilah ialah domba betina yang selalu melahirkan anak kembar betina sebanyak lima kali secara berturut-turut dan tiada antaranya diselangi dengan anak jantan walaupun sekali. Domba ini dijadikan sebagai perantara untuk melakukan ritual ibadah. Sekiranya domba ini melahirkan anak jantan, maka dia dibenarkan untuk disembelih lalu dimakan dagingnya.

Hami merupakan seekor unta jantan yang sudah membuntingkan 10 ekor unta betina dan masing-masing melahirkan 10 ekor anak betina secara berturut-turut tanpa ada jantannya. Unta seperti ini tidak boleh ditunggangi, tidak boleh diambil bulunya, harus dibiar lepas dan tidak dibenarkan untuk dimanfaatkan atas apa-apa jua kepentingan.

            Bagi membidas kepercayaan karut ini, Allah SWT telah berfirman,

مَا جَعَلَ اللَّهُ مِن بَحِيرَةٍ وَلَا سَائِبَةٍ وَلَا وَصِيلَةٍ وَلَا حَامٍ ۙ وَلَٰكِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ وَأَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Ertinya: Allah sekali-kali tidak pernah mensyariatkan adanya Bahirah, Sa’ibah, Washilah dan Ham. Akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah dan kebanyakan daripada mereka tidak tahu.

(Surah al-Ma’idah 5: 103)

  • Orang-orang Arab menilik nasib dengan menggunakan anak panah yang tiada padanya bulu walaupun satu. Mereka menilik nasib atas bermacam-macam alasan hatta ingin berpergian sekalipun, mereka akan menggunakan anak panah ini untuk menentukan sama ada mereka harus keluar atau tidak.

  • Mereka membahagi-bahagikan daging korban melalui proses perjudian atau pengundian.

  • Percaya terhadap kata-kata peramal, orang-orang “pintar” atau ahli nujum.

  • Terdapat juga sesetengah orang dalam kalangan mereka yang mengamalkan budaya thiyarah iaitu bersikap pesimis terhadap sesuatu. Mereka akan mendatangkan seekor burung atau biri-biri lalu melepaskannya. Jika haiwan itu bergerak ke arah kanan, maka mereka akan menganggap bahawa itu merupakan satu petanda baik.

    Namun jika perkara yang berlaku adalah sebaliknya (haiwan tersebut bergerak ke arah kiri), maka akan terkubur hasrat untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana menganggap bahawa perkara tersebut merupakan satu petanda buruk bakal berlaku.

Mereka akan mengamalkan ramalan berdasarkan hari, haiwan, bulan atau wanita.

Anda sedang membaca sebahagian daripada buku Muhammad: Dakwah Dan Diplomasi. Berminat nak dapatkan buku ini? Sila wassap nombor: www.wasap.my/60195812791.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jurusan Pergigian, Universiti al-Azhar. Anak jati Kota Tinggi, Johor. Keturunan Jawa mengalir dalam pembuluh darahnya. Puisi Buya Hamka dan Pak Natsir menjadi bacaan saban hari. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau bosan, gitar dan irama puisi menjadi peneman.

Comments are closed.