Baru-baru ini seorang pemuda telah ditangkap atas dakwaan cuba menyer-ng kem askar dan sebuah kubur di masjid di Singapura. Pemuda itu dikatakan telah terpengaruh dengan idea-idea r-dikal IS.

Macam mana dia boleh terpengaruh?

Katanya dia mula terpengaruh dengan idea-idea berkenaan sejak menonton video Z-kir Naik bermula tahun 2020. Dari situ lah dia terlibat dengan pelbagai perbincangan di media sosial sehingga terdedah kepada idea-idea IS.

Bila dah terdedah tu, dia pun pergi gantung bendera buatan sendiri semasa hari kemerdekaan Singapura. Dia cakap dia telah menubuh Negara Islam Singhafura dan berharap rakyat Singapura akan menyertai negara barunya.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Macam biasalah, orang tak kan layan kalau claim benda bukan-bukan ni. Tapi masalah jadi semakin besar apabila pemuda ni cuba nak buat hal terhadap orang bukan Islam dan kem askar.

Dia didapati dah buat segala persediaan dengan peralatan itu ini yang di beli dekat kedai runcit atas tujuan ni. Dia juga dah plan nak buat hal kem Amoy Quee di Ang Mo Kio bersama beberapa orang yang lain.

Pemuda berkenaan (Photo: Singapore’s Internal Security Department/Handout))

Hal ini telah membuatkan pihak berkuasa Singapura terus menahan pemuda itu dibawah akta ISA. Setelah disiasat, rupa-rupanya segala plan pemuda tu masih lagi diperingkat awal. Sebab tak ada seorang pun anggota yang dapat dia rekrut. 

Singapura bernasib baik kerana berjaya mengesan ancaman yang agak berbahaya ini lebih awal. Jika tidak, pasti banyak benda buruk akan berlaku. 

Situasi berkenaan mengingatkan kita betapa pentingnya ada akta macam ISA ni. Ia perlu digilap supaya tak boleh kerajaan salahguna untuk menind-s rakyat. Asalkan demi keselamatan negara. Dan Singapura tunjuk contoh pelaksanaan sangat baik. Entah apa akan jadi jika mangkuk hayun ni dibiarkan berleluasa macam tu jer.


Dah ada negara amende nak tubuhkan negara lagi kan? Haaa. ‘Negara’ sebenarnya adalah konsep sangat subjektif. Kalau korang nak belajar lagi pasal hal ehwal kenegaraan, jemput beli buku POLITIK UNTUK PEMULA di Shopee: https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply